Friday, January 08, 2010

Bersorak Kuat Bila Jejaka Panas Mahu Bertanding Sendiri Di Pentas Akhir


Usai pulang ke rumah hari ini, tangan yang lenguh mengangkat dua mangkuk bubur Asyura sumbangan sekolah rendah berdekatan pudar.
Perut yang kelaparan walaupun nasi tomato yang kami bertiga (Aku, Cikgu F, Cikgu H) belanja guru-guru lain menggamit kantung perut yang kosong tanpa sebarang rezeki, dilupakan.
Muka hadapan ruangan hiburan membuat aku tersenyum gembira.
Ya, jejaka panas kembali!

Walaupun masih dirundung kesakitan tetapi dia akan tetap bertanding di pentas akhir.
Kemenangan bukan yang dikejar tetapi kepuasan diri serta memenuhi permintaan peminat yang mahu lihat dia beraksi. Gembira.
Sungguh, aku tersenyum ceria.

http://cutecarry.files.wordpress.com/2009/03/faizal2.jpg 
Gambar Penghargaan  Di SINI

Ada seseorang yang menyatakan aku seorang yang sangat menggembirakan.
Aku hanya dapat menyatakan bahawa aku akan sentiasa begitu.
Sebab itu aku.
Walaupun sakit, aku akan tetap bernafsu mahu ketawa riang.
Ia tidak akan membantutkan hasrat yang sentiasa mahukan hidup yang gembira.

Kamu boleh tarik picu sebelah kepala aku.
Kamu boleh letak pisau dan cuba tikam aku dari belakang.
Kamu boleh sentak lutut dan layangkan hinaan kepada aku.
Tetapi aku tidak akan pernah benarkan kamu renggut senyuman aku.
Kerana apa?
Itu sebab aku terus bernyawa.

Hidup yang gembira.
Hidup yang ceria.
Kerana aku masih punya Tuhan Yang Maha Esa.
Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Zara : Esok perlu ke sekolah. Ada majlis sambutan Maal Hijrah, sesi pengurusan kelas, sesi ceramah biasiswa dan juga pertandingan catur dalaman.

11 comments:

IyouweBlog.com said...

yes always smile...ketawa
nanged u....nang this to read about sweet wedding with cupcakes....

panggiL guA siv. said...

eh duda ku!

:D

leadleedeea said...

hi zara..lama tak jenguk sini..segan nak tegur org femes..huhu~!!

faizal tahir rawks~!!!

[z@ck] said...

hip hip hoorey!!
go faizal tahir!

SHiKiN said...

suke3....en faizal ....tapi lg suke ayat ahir cikgu...kerana tuhan untuk manusia

Dak Wan said...

Yup, senyuman tu menceriakan suasana dan mengubat jiwa :) Teruskan harimu dengan penuh senyuman ya Zara?

anith said...

*plok*
kalau dyorg xnk bg kakak glk, bg kakak senyum, sile seru nme anith, nnt anith dtg dlm mimpi! hehehehe
sure kakak senyum smpi pg~
weee

Ries Lee said...

teruskan tersenyum.

acap2405(1169) said...

minat ngan faizal tahir..??
same arr iter..
saye pon minat giler ngan dier..
terutama lagu coba

arnamee said...

Salam yg,

hebatkan FT, walau sakit, tetap turun padang :)

p/s; kamu seorang yang mengembirakan semua, namun hati kamu perlu juga digembirakan, tau:)

Lifesaver said...

oh FT!!!