Saturday, January 16, 2010

Bila Mak Buyung Merungut Tentang Nilai Pendidik Bangsa Yang Dicerca.


Bekas teman wanita yang kini isteri orang dan bakal ibu muncul petang tadi.
Bukan muncul di hadapan mata, tetapi menjerit memekik di talian maya.
Si Merah - telefon genggam berbunyi dan keluar gambar perkahwinan dua sejoli.

B : Sayang yang tembam, apa khabar?
Aku : Oh mak buyung yang sudah lupakan Malaysia. Aku baik dan bertambah gemuk. Mak buyung pula?
B : Aku tentu sedang bahagia mengusung perut dan dibelai jejaka yang semakin berkumis nipis.
Aku : Sengaja mahu buat aku cemburu ke? Pasti tidak akan berjaya (ketawa) 
B : Alahai, aku ingat kamu tengah bersedih.
Aku : Nak bersedih apa?
B : Aku lihat apa yang berlaku tetapi kamu pandai mahu sembunyi.
Aku : Jangan berdolak-dalik. Aku tidak mengerti.
B : Alam maya yang tanpa sempadan ini bisa buat sesiapa sahaja lihat kamu tanpa kamu sedari.
Aku : Memang, tapi aku masih kurang memahami.
B : Tentang dia.
Aku : Dia?
B : Dia lah!
Aku : Oh, mengapa?
B : Aku lihat perjalanan masa ungkapan terkini dia.
Aku : Aku malas mahu fikir lagi tentang perkara lama. Nanti otak kusut, jiwa kacau.
B : Tapi dia menghina kerjaya kamu.
Aku : Aku malas mahu fikir lagi. Biarlah dia begitu.
B : Bahkan dia mengatakan kamu bodoh, tolol, lembam.
Aku : Moga doa dia itu tidak akan sampai kepada aku.
B : Sejak bila kamu tutup hati sampai keras dan batu begini?
Aku : Sejak aku belajar aku perlu berjalan sendiri semula.
B : Setahu aku kamu akan menghempas muka mereka yang mengata kamu dengan terbuka.
Aku : Sudah sampai masa aku biarkan mereka.
B : Celaka badan tidak mengapa?
Aku : Bukan badan aku.
B : Habis, badan siapa?
Aku : Entahlah.
B : Ah, Zara sudah semakin dewasa.
Aku : Kamu kan mahu aku jadi ibu angkat pada anak dalam kandungan kamu?



Kelakar bila mengenangkan mak buyung itu sanggup membuat panggilan dari jauh untuk aku semata-mata untuk mengamuk tentang hal yang satu itu.
Alahai sayang.
Sumpah, aku memang memahami mengapa kamu begitu marah.
Aku kenal hati aku.
Sungguh.

Eh, mak buyung mana boleh marah-marah?
Nanti muka anak kamu masam sayang.
Jejaka, jaga isteri kamu yang comel itu.
Cubit pipi dia jika dia merungut perlu makan vitamin setiap hari.
Penting untuk bayi.
Ketawa.

Zara : Hujung minggu yang entah mengapa kurang ceria dari sepatutnya. Ah, mungkin kerana terlalu banyak kerja. Mahu ketawa dan meregang otot badan dengan sekata.

18 comments:

Uruchimaru @ kf said...

mak buyung? beliau xder blog ?

Yern Ain said...

wuuuu. sweetnya kwn u.
sanggup buat panggilan dr jauh. :)

Fyzal said...

oh.. saya tidak bisa komen tentang tulisan perihal mak buyung ini..

bila selesai load page blog saudari ini.. satu satu perkara yang paling meanrik perhatian saya ialah

"KURSOR MANCHESTER UNITED" :D

Fyzals Territory

kawie2020 said...

sweet je mak buyung tu kan.. kamu pun sama gak zara...

regang2kan otot kamu tu agar hilang stress kamu itu.. tc...

sharamli said...

zara semakin kuat....

et said...

ngee..sayang nya mak buyung dgn kak zara..swit~ ^^

Anneyz said...

kalau saya pun, saya akan merungut seperti mak buyung. geram betul dengan orang yang tidak puas hati dengan kerjaya pendidik. seperti mereka pula yang membayar gaji.

YobSumo said...

Zara membuat keputusan seperti orang tua sekarang.

tapi wajahnya tetap cun sebagai org muda.

wiiiihuuuu~

noor afzan said...

wow, nanti tanya bill berapa ye?

sI tEDI said...

harap nanti tepek muka anak mak buyung!

zeqzeq said...

..dan lalu ZARA pun membenihkan bibit2 Psikologi yang dipelajarinya..

HEMY said...

hehehe...sayang dia kat ko yeeee...hehehe..aku suka lenggok bahasa ko dlm entri ni

mamai said...

mak buyung tu sungguh perihatin

cintaAnna said...

Hah! Cik Zarra...yang comel..
Sweet nyee...hhehe

Nak jadi mama angkat ye...huhuhu

Dak Wan said...

Indahnya ada teman yang prihatin begitu. Bagi teman satu boleh?

hans said...

agak terharu la sebab dari jauh sanggup call kan?

Nakamura Kazuki said...

good frend......macam tu la kawan..mak buyung okla..mak dugong tak de ke sensei zara...hehehe

Lifesaver said...

oh!aku pon mak buyung