Wednesday, January 27, 2010

Bunga Hati - Kalau Tidak Cantik Dan Hodoh, Tidak Boleh Jadi Artis Ya?


Oh, soalan itu aku tujukan buat Bunga Hati yang dengan baik hatinya telah meninggalkan komen di penulisan aku sebelum ini. Ya, sekalung tahniah buat Bunga Hati.



Oh, kalau hendak menjadi artis kena cantik, menarik, kacak dan apa lagi ya?
Aku sendiri kurang pasti.
Nah, sejak bila aku menjadi artis?
Aku adalah penggiat seni yang memperjuangkan aliran tulisan aku dan juga kerjaya seni aku.
Ya, kerjaya seni aku sebagai pendidik.
Aku tiada hasil keluaran berbentuk lagu, drama atau filem buat tontonan kamu.
Ketawa.

Aduhai.
Aku keletihan sekarang ini.
Mungkin akan menulis tentang acara merentas desa kalau aku tidak sibuk memenuhi undangan acara menandatangani autograf di buku-buku latihan dan nota peminat aku yang memakai seragam putih, hijau dan biru. Ya, peminat aku adalah budak bawah umur tahu. Hebat bukan?
Ketawa.

Sudahlah.
Aku mahu buat penggambaran di atas ranjang dengan bayi aku.
Sean sedang menanti aku bersama dengan buku-buku tentang tokoh-tokoh yang harus aku tiru untuk menjadi terkenal. Ah, mereka terlekat di buku sejarah. Oh, tidak lupa juga di buku perdagangan dan sains.

Masa untuk merehatkan neurons.
Masa untuk meregangkan ligamen.
Sambil mengulangkaji mata pelajaran Sains Tingkatan Empat.
Oh, aku memang bukan artis Bunga Hati.
Aku penggiat seni yang gilakan kerjaya sebagai seorang pendidik bergelar guru.
Sekian.

Zara : Masih ketawa sambil mahu menyumpah gembira bersama teman baik yang sangat memahami.

25 comments:

.siv. said...

rilek sudah kak.
die jeles tu.

Pali Rawk said...

beb, tu bukan bunga hati. itu bunga taik ayam. kekeke

dah la perangai huduh, tunjuk lg bunga bodoh. penakut lagi tu.

mmg mantap pelepek~ ;)

vidadarisakura said...

maigod. ada haters.
ko rilek jak zara...

vidadarisakura said...

maigod. ada haters.
ko rilek jak zara...

~kuyam~ said...

uih,nape dgn bunga hati tu?ad xpuah hati la kot..ke dia dengki ja.jgn di layan org begitu...

nway,penulisan u menarik.like it :)

Shahira said...

mengapa perlu ada benci.
huhu.
zara, dia adalah peminat senyap2 ko.
sb tu kritik secara telus.

oranglidi said...

uih!! kurang asam!!

apa dia pikir team senario tu hensem smpai boleh jadi artis?

x smestinya laa.

Alimaz-Kembara Terasing said...

dia dengki tu

acik ayu said...

hmm.

payah la kalo de org jeles2 cmnni.

hmm.

Kyuubi_85 said...

ek, ada gak org mcm tu? lawa sgt ke dia tu kak? ish3..
bukan ke salah tu nak simpan dengki kat org lain...

Uruchimaru @ kf said...

nk gwe sepak bdk tue?

sharamli said...

letak nick bunga hati bajet cun cam bunga la tu...

miss zahidah said...

kamu kan kuat....cool beb...

Jard The Great said...

huhuhu.. sian kamu.. bertabahla ye...

ku rasa org tu kurang kasih syg je.. huk huk

Cik Biol said...

ada je yg tak puas hati isk3

aien_Raz said...

sah2 dia jeles ngn akak..
layan je la kak... hehehehe

faqhrule said...

hati dia tengah berbunga tu

♥Hernee Nazir♥ said...

alahai siannye adik akk ni..buat xtau je zara..die jeles tu..biar muke tak cntik jnji hati putih bersih..btul x..

Tfaaaaaa said...

org dengki mmg mcm tu kak zara.
sabar & senyum :)

ashie023 said...

ahhaha..gitu plak..artis kene lawa segala...kalu camtu, aku x minatlah tamil ..dorang hero x lawa, aku tonton je, janji cite best..

khairil said...

sengal...
org mcm tu pun ada gk,
jeles la tu haha

cInTa aDrIaNa said...

haha...bodoh...aiskrim dengan air kisar oren pun tak reti beza...

Dak Wan said...

Pedulikan jewr sampah camtu. "Tak pedih kan mata!" kata iklan syampu.

Lifesaver said...

macam2 dalam dunia blog ni ya

Wanita Itu said...

wah kakak enter the rame la sayang...

kakak pun artis lalalalalalala...

meh bunga ... komen lagi komen lagi...

hahahaha..