Thursday, January 07, 2010

"Kan Cikgu Dah Pesan, Ejaan Mesti Betul. Belajar SHTI, Bukan SHIT!"


Cikgu Sains Tingkatan 4.
Cikgu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5.
Guru Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan) Tingkatan 1 dan 2.
Guru Sejarah Tingkatan 2.

Lengkap.
Itu maklumat terkini siapa aku tatkala ini.
Jangan pernah tanya di mana Kimia aku.
Jangan pernah berani bertanya di mana Matematik aku.
Hilang, lesap.

Tapi tidak mengapa.
Ini pengalaman.
Mengajar sesuatu yang baru buat aku belajar sendiri dengan tekun sebelum  berhadapan dengan warisan bangsa yang memakai seragam putih-biru-hijau-kuning.

Sejarah Tingkatan Dua.
Tajuk pertama.
Kedudukan strategik mendorong penguasaan British.
Ya, di sini kita akan berbicara mengenai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Terdapat Francis Light, Stamford Raffles dan sebagainya.

Tetapi, yang menjadi inti pati pertama adalah mengenai Pulau Pinang.
Sudah aku pesan kepada warisan-warisan yang memakai seragam itu semua supaya mengeja dengan betul bila menulis nota. Ya, aku dengan senang hati merelakan mereka membuat kependekan perkataan agar mudah dan tangkas untuk diingat. Oh, bukan bahasa pesanan ringkas.
Ketawa.

Kejadian ini aku jumpa bila menanda buku mereka.
Hebat bukan?
Belum seminggu sekolah dibuka aku sudah menanda buku.
Ketawa lagi.
Tolak kepala ke meja.
Diam Zara.
Teruskan cerita.

Pelajar : (letak buku atas meja)
Aku : (tarik buku dan mula menanda)
Pelajar : (berdiri menunggu buku dia)
Aku : Eh, kan cikgu dah pesan, eja betul-betul.
Pelajar : Apa yang salah cikgu?
Aku : Kita belajar tentang SHTI. Apa maksud SHTI?
Pelajar : Syarikat Hindia Timur Inggeris, cikgu.
Aku : Yang awak eja SHIT kenapa? Aduhai.
Pelajar : Alamak, silap pula. Maaf cikgu.
Aku : Lain ejaan, dah lain maksud tahu? Betulkan nanti.
Pelajar : Baik cikgu.

Aduhai.
Memang kena bunuh dengan pakar sejarah kalau mereka lihat ejaan tersebut.
Alahai.
Aku masih mahu gelak lagi sebenarnya.
Lari jauh sudah maksud.



Tiba-tiba rasa mahu buat solekan sebegini ke sekolah.
Eh, bukan sudah buat ke mata begini?
Diam.
Senyum tawar.
Itu untuk menyembunyikan mata yang bengkak.
Betul.
Angguk.
Sengih.

Zara : Esok walaupun Jumaat, bukan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini. Perlu ke sekolah lagi pada hari Sabtu. Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah. Aku di bahagian pembuatan air. Ketawa.

34 comments:

Muhammad Ariff said...

ehehe, rindu nk skolahh

emencer said...

saya pun kena ajar2 mcm2 thn ni...juga ajar sivik form 4...nasib baik 4 Arif,,,,kalo 4 Cerdas,,,,,hmmmm ntah la,,,kuikui

DaHLia said...

SEJARAH?? naisb laaa sis xkena ajar tu, sis laa yg akan tido dulu...hahaha

enyheartsdiamond said...

shit lebih mudah utk dieja :)

QieFLy si Dolce said...

huhuhu.....mmg lain jadiknyer klu kita tak double check ejaan tu...

fadh said...

adoiyai...
klaka btol la...
sengaje dalam xsengaje....

black_mel said...

hahaha...masa sek dulu x terpikir pun nak tulis SHIT...

ms.iu said...

anak murid memang macam-macam...;)

Cik Biol said...

hehe lain lak diejanya hahaha

panggiL guA siv. said...

kau ajar sejarah kak?
mmg gua tabik!

Pais Chaos said...

shit punya budak..hahahha

KoozY said...

pakcik tak puas hati. sejarah pakcik belajar ajar KHTI. Kompeni Hindia Timur Inggeris. Muahahaha

zeqzeq said...

cikgunya sabaor

oranglidi said...

aduh. terkenang zaman2 gila sejarah dulu

min said...

hehee
budak2 skang memang mcm2..

arque said...

SHIT?hahaha.lempang 14 kali je budak tuh.

AzuanBudakMemandai said...

kretip yea student tue haha

Pocket said...

cikgu nak air!!

typo typo.. jgn silap yer kak..
wrapping buleh jadi
rapping
raping


hehehehe

~0~ said...

kekekeke..sape ajar tue??

Lifesaver said...

lain yg di dgr, lain yg ditulis

Atiqah Adnan said...

akak nak gelak sekali laa.. hehe

sweet.ants said...

mesti sbb selalu tulis pktaan SHIT tu smpai masuk dlm study :p

ashie023 said...

ahaha..tersilap tuh..
boleh dimaafkan..tapi kalu buat lagi dan lagi..sila hanto pada guru besar untuk disebat <-hulamak hukuman..(ok ah tuh)

Dak Wan said...

Tak terbayang peta minda bila Penang, Singapore dan Melaka diselubungi najis. Hehehe.

ezzati said...

aduhaiii anak murid..

ezzati said...

aduhaiii anak murid..

dila said...

budak tu sengaja je kot buat lawak tahun baru ngn cikgu dia..hehe.

miss zahidah said...

lamak dah kmk x komen...
sempat singgah baca jak....
teringat class sejarah masa sekolah...
masa tingkatan tiga kena dengan cikgu yang suka tanya soalan...
x dapat jawab kena berdiri atas kerusi, meja....
tapi paling tak tahan kena lari keliling banggunan...
xpun kena diri depan class budak form one...malu gilak....

Eyriqazz said...

cikgu oh cikgu..bertuahnya aku ,dapat beristerikan seorang cikgu,besar benar pengorbananmu..

Great Teacher Onizuka

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam,

"hebat ! guru kimia mengajarkan sejarah".

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ewaaaaaaaaah zara :)


HEBAT tul.

[z@ck] said...

gila hebat kau..
flexible

anith said...

walalaoooooo sudah bersmokey eye ke sek ek kakak!
bagussss~

acap2405(1169) said...

oo..
cikgu sejarah..
saye minat sejarah..
dulu sewaktu form rendah selalu score A..
best giler..
sib baik anak murid cik lord tuh dapat cikgu baik..klau saye maybe dah kene koyak buku sebab mencarut..