Thursday, January 21, 2010

Memang Kelakar Cara Kamu Menyeludup Gula Di Tepi Cawan.


Sumpah.
Aku sedang ketawa terbahak-bahak lagi.
Malam semalam si penipu kelihatan di jaringan sosial dengan kata-kata yang buat aku tertawa.
Dalam masa yang sama, bekas pemuja dia pula menulis mengenai kisah mereka berdua.
Kasihan pada pendayung seterusnya, kapal yang kamu naiki sekarang ini penuh nista.
Hati-hati.
Kamu mungkin karam tapi sebagai manusia, aku mendoakan yang terbaik.
Sungguh, hati aku bukan tempat terbaik untuk menyimpan dendam.



Permainan yang berunsurkan kata-kata sering menjadi taruhan kamu.
Aku termangu berfikir tentangnya.
Mengapa setiap kali harus aku lihat penceritaan yang serupa walaupun wataknya berbeza.
Nah, yang arjunanya sudah tentu kamu tetapi bidadari yang mengiringi acapkali manusia yang entah siapa.
Aku sesungguhnya enggan mahu ambil tahu.
Tapi kerana kamu wujud dalam hidup aku, aku merasakan yang aku perlu menegur walaupun sedikit.
Kamu pernah menjadi kawan baik bagi aku.

Diam.
Fikir.
Baca.

"Ibu, papa sayang ibu. Ibu jaga diri ya? Papa janji papa makan nanti. Ibu pun makan juga tahu?"

Aku ketawa lagi bila membaca coretan kamu kawan.
Setiap kali harus memainkan watak yang bertopengkan kasih sayang.
Kasihan aku melihat diri kamu kawan.
Simpati aku menggunung tinggi.
Kesat mata, hilangkan tangisan.
Akibat ketawa menggila.

Kawan, tidak ada yang salah dengan cinta.
Kamu berhak memilih sesiapa sahaja.
Tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia celaka dan buaya.
Berapa banyak hati wanita yang kamu injak dengan megah?
Kesal aku kawan.
Kesal.

Tatkala kamu sedang ketawa gembira merangkul pinggang sempit dara terbaru, aku sedang melihat seorang lagi gadis tumbang akibat cinta gila kamu. Permainan keji yang kamu mainkan sejak bertahun kini berputar lagi. Adakah kamu akan datang jumpa aku semula dan menyatakan betapa kecewanya kamu dengan dunia yang kononnya tidak pernah menjanjikan bahagia? Aku harap kamu tidak akan datang lagi kerana kamu pernah mengkhianati sesuatu janji.



Satu dalam sejuta.
Gunakan sebagai kata pemikat hati sang pencinta.
Pertama, kedua, ketiga dan entah keberapa.
Masih modal yang sama.
Kaku.
Beku.
Sayu.
Pilu.

Kamu boleh ketawa gagah dan megah.
Tapi jangan lupa satu perkara.
Hidup ini ibarat roda.
Karma.

Zara : Terfikir adakah patut membunuh secara berdepan ataupun membiarkan kejahatan dia berlalu begitu sahaja. Kasihan pada mereka yang kecewa dan bakal kecewa tapi hati hanya mampu mendoakan sekelumit bahagia buat insan-insan yang teraniaya dan menganiaya.

19 comments:

touyakaruma said...

Walaupun tidak faham apa yang telah berlaku sebenarnya , tapi macam serius jer.

ciK LyndaWawa igUana said...

yesh...
aku sokong...
kejahatan akleh dibiarkan begitu sahaja...
nanti badan merana..

GhOsToNe said...

uiks!!!

x paham..hehehe..

«♪Ruff♪» said...

erm..kronik neh...

faqhrule said...

hari ini kita mainkan perasaan orang, nanti orang mainkan perasaan kita,

ezzati said...

laki tak guna

mamai said...

semua itu cabaran buat kita menguji sejauh mana kesabaran dan kematangan kita dalam membuat pilihan...

mungkin kita juga pernah melukkan

hisham said...

jgn wat kt org..nnti org wat kt kite...

NICK IRFAN said...

entry ni x phm la psl ape? tp ayat2 dlm ni mmg puitis...

Emora Valeria said...

sedap dibaca meyh

Aus said...

zara
em..
ini macam sedih je ?

zan-xray said...

rasa rasa macam paham ...
tapi nak cerita balik takut orang tak paham... jadi buat buat paham je lah hehe.

dok dalam hati2 tu, ada masa kita terkena juga.

Lifesaver said...

wah...kenapa ramai yg bersifat jahat skrg?

zamdotcom said...

bunyinya seperti agak serius..apa yg sedang berlaku zara?

p/s: suka cikgu sejarah yg comel + serius diwajahnya

acik ayu said...

aku tak berapa paham.

tp kau dipermainkan ke?

HEMY said...

aku layan je walau tak tau ujung pangkal..aku layan je corak bahasa kamu..

Que3n of h3art said...

yup..thanx zara sbb u mmg memahami..
n thanx sbb sudi bca my blog..
thanx a lot dear.. ;))

anyss said...

Doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan...hati2

cj'alhafiz said...

zara!!!!! lama tak datang sini seyh...
erp....entry ni pasal apa ea....owh...owh.....
haha! tak pe la..nak berkasih sayang..hihi....

my blog update here!!

http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/01/true-false-x.html

My book blog:
http://coffeecrackers.blogspot.com/