Saturday, January 02, 2010

"Saya Beri Awak Pinjam Kereta, Motor Awak Saya Hantar Ke Rumah"


Hujan lebat menggila dalam perjalanan pulang dari sekolah memaksa aku tumpang berteduh di sebuah restoran makanan segera. Ya, kedai pakcik janggut putih yang jual ayam itu. Sehingga menjilat jari katanya. Dia tidak pernah menjelaskan dengan lebih lanjut jari apa, maka kita anggap jari tangan. Ya, tangan.
Eh, itu cerita lain, bukan ini.

Bila berteduh di situ, harus sahaja aku perlu membeli sesuatu.
Segan hanya mahu duduk tanpa menikmati apa-apa.
Satu set hidangan utama dan tambahan aku bawa ke meja.
Ya, keseorangan dan basah serta kesejukkan yang menggila.
Oh, gila itu aku.


[Budak ini bermasalah, sila berada jauh tiga nautika dari dia]

Dalam menikmati kepanasan hidangan, pengurus restoran menghampiri aku.

Pengurus : Hujan lebat ni.
Aku : Ya, sebab itu saya berhenti rehat di sini sekejap. Makan tengah hari sekali.
Pengurus : Nak balik rumah ke nak pergi kerja.
Aku : Nak balik rumah dari tempat kerja.

Pengurus : Oh, ya ke? Dari mana ni?
Aku : Dari sekolah.
Pengurus : Oh, cikgu ke? Nampak muda sangat jadi cikgu ni. Cikgu sementara ke?
Aku : Tak muda sangat pun. Bukan, cikgu betul lah. *senyum*
Pengurus : Umur berapa ni?
Aku : 22 tahun.
Pengurus : Muda sangat. Orang lain umur 25 baru kerja. Beli kereta lah cikgu. Naik motor kan bahaya?
Aku : Sedang kumpul duit ni.
Pengurus : Cikgu, kalau hujan lebat sangat, cikgu ambil kereta saya dulu. Motor cikgu saya boleh hantar nanti.
Aku : Eh, tak mengapa. Saya redah sahaja nanti kalau tak berhenti.
Pengurus : Alahai.

Usai dulang di hadapan aku kosong, aku angkat barang ke luar.
Pilu melihat hujan lebat menggila.
Berdiri, kira titisan hujan.
Pengurus datang menghampiri.

Pengurus : Cikgu takkan nak redah hujan?
Aku : Tak mengapa, dah lama sangat saya tunggu hujan ni.
Pengurus : Nanti demam cikgu.
Aku : Balik nanti saya makan ubat. Lagipun bukan hujan batu.
Pengurus : Kalau hujan batu, calar muka nanti.
Aku : Betul.

Meredah hujan lebat.
Basah kuyup.
Telan dua biji Panadol.
Pakai baju sejuk putih.
Tarik selimut.
Baring di atas katil sambil meraba Sean.
Menulis ini buat tatapan kamu semua.

Senyum kanyur.
Kepala pusing.
Hujan masih mencurah-curah jatuh di luar.
Rebah.

Zara : Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu tadi amat memenatkan. Pegang duit hampir empat ribu dalam tangan membuat aku hampir pitam. Usai pendaftran, cepat-cepat serahkan pada mereka yang lebih berhak untuk menyimpan. Hati lega pegang duit kecil. Ketawa.

26 comments:

missiesya said...

hehe.alahai..baiknya nk kasi cikgu pnjam keta..

enyheartsdiamond said...

zara..rehat byk2..minum air byk2 :)

GhOsToNe said...

musti pgurus sudah jatuh cinta same cikgu!

sI tEDI said...

rembatlah je lah kete dia.. ekekekkee.. buat sistem bater..
dia amek motor.. kamu amek kete.. ekekekekke

abe long said...

wow...
22 dah jd cikgu...
bekenan la plak

ai hai hia
hai
leh kenalan?
heheehe

cj'alhafiz said...

haaa....zara, da ada yg nak masuk daun.. tibai ja la... pengurus tu....
(cj masih kecewa kalah pertandingan aritu).... xmo dtg sini....hahaha

Wanita Itu said...

kiter pun kecewa..tapi tetap sayang kamoo..kamoo jaga diri baik2 bagi betul2 sihat dan kuat bak milo tin hijau ya sayang!!!!!! :)

cikgu isza said...

jaga kesihatan tau.. takut demam nnt susah nak keje...

saypOOL rafhtello said...

boleh jadi bini pengurus.xyah susah jadi cikgu...makan boleh sesuka hati.. =)

Uruchimaru @ kf said...

pegg duit 4 rib pitam ea! emm =)

qila~ said...

cmne korg tau bhwasanya pgrus itu adalah seorg lelaki..?? kompius2..alamak,mau chezzy wedges,huhu..

panggiL guA siv. said...

baiknye!
pengorat abadi!

AiE bAhRi said...

taktik mengurat tu..

boleh buat lagu memori hari hujan la zara..ganti lagu memori daun pisang...hehehe

ashie023 said...

wahahaha..amboi baik ati nye manager tuh..keke..siap nak pinjamkan kete..sekali zara rembat kang kete tuh baru tau..hehe

selamat mengajar kembali zara!

kawie2020 said...

hehehehhehe.. itu untungnya menjadi cikgu.. ramai yg hormati dan mahu tolong cikgukan..

rehat2 yer.. semoga cepat sembuh..

ciK LyndaWawa igUana said...

teknik mengorat tu...hehe

Eyriqazz said...

fuh,serius nampak..Isteriku cikgu..

Eyriqazz

::puteri_katak :: said...

ahhaha
baek ati btol pengurus 2... :P

AzuanBudakPandai said...

wah kalu 4ooo ribu duit sendiri mesti best kan haha

Pocket said...

1) pat ribu tu sila bagi kat pocket yang lebih memerlukan,

2) pat ribu tu sila buat downpayment utk sebuah kereta savy

3) pengurus tu buleh jer sediakan bumbung dan kereta buat cikgu umur 22 kalau cikgu tu kata 'i do'

4) pocket rindu kamu selalu melompat dulu...

Tirana said...

Sesekali mandi hujan seronok tau..hehehe..dah lama kak tirana tak main air hujan.

annaskeatiakuh said...

wah.ade pula org nk pinjam kan kreta. :D

mkn ubat taw

zeqzeq said...

lain kali cari BF kaya, minta tolong beli kereta

Dak Wan said...

Zara tabah lah k? Nanti ada rezeki boleh sambar Keter Sport trus :)

Lifesaver said...

pengurus restoran hensem?

acap2405(1169) said...

sabar cik lord zara...
bak kata orang tua tua dahulu..
bersusah susah skang..bersenang senang kemudian..
macam saye arr..

T_T