Sunday, January 03, 2010

Tabah Dan Semangat : Hari Pertama Bakal Lelah, Penat Dan Tenat.


Malam ini malam pertama.
Pagi esok pagi pertama.
Macam menjejakkan kaki ke sekolah buat kali pertama.
Bukan untuk berpoya-poya, tetapi memberi sesuatu pada anak bangsa.



Kepala pusing kalah putaran Bumi.
Hati meronta masih mahu membaca dan mendalami.
Esok punya lima waktu untuk menguji diri.
Mengajar sesuatu yang bukan kelebihan diri.
Ketawa menggigil.
Gigit jari.

Buku rekod mengajar sudah siap.
Charlene - Si Gebu merah jambu pemberian kekasih gelap sudah terlentok sama.
Mata mula kuyu.
Hati mula berlagu.

Selamat datang hari bahagia.
Hari pembuktian bahawa kampus selatan adalah yang terbaik.
Hasil keluarannya juga adalah tunas yang mekar.
Subur dan bakal mewangi.

Zara : 4 Januari 2010. Sesi persekolahan bermula. Mungkinkah satu persembahan bakal berlangsung dengan jayanya? Mata pelajaran pertama - Sejarah Tingkatan Dua.

21 comments:

Eyriqazz said...

Pandai Lord Zara berpantun..Kreatif..I like it..

Great Teacher Onizuka

iyouweblog.com said...

wah, cikgu.... tabik skit, susah nak dapat cikgu yg inn macam u, blogging weih...selamat mengajar

nanged u. Nang this to read "STOP, please let me DO u....." tq v much

amirah said...

salam
cikgu chayok2
bersemangat cket

Uruchimaru @ kf said...

mmg xsyak lagi!

kawie2020 said...

selamat mengajar cikgu... semoga esok akan berjalan lancar dan ceria selalu..:)

Dak Wan said...

Cikgu Sejarah? Adeihh... teman kureng ah bab tu.

fadh said...

ohoihoi~~~
aja aja fighting la cikgu zara!
go!!!

[z@ck] said...

ko ajar sejarah ke..?
terbaik la! =)

YobSumo said...

hehehehhehehehe.

SELAMAT MENGAJAR ZARA!

CIKGU DAH CUTI LAMA WOOOO!

HASILKAN BUDAK2 STRAIGHT A LAGI EH!

saypOOL rafhtello said...

rotan wajib bawa 1st day..

HEMY said...

selamat mengajar anak2 bangsa

AzuanBudakMemandai said...

semoga berjalan lancar hoho

et said...

sejarah? huhu..yeah..selamat mengajar kak zara..^^

sI tEDI said...

selamat kembali bertugas dak zara

ingat daku dalam rotanmu!

avid gunner said...

buktikan utm power!

ashie023 said...

selamat kembali ke sekolah dak zara

Lifesaver said...

yeah!all d best!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

selamat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa, cikgu zara! =D

naz said...

buktikaaannn :)

zan-xray said...

Dah buka sekolah yer..
selamat mengajar dan melalui jalan2 sibuk sebelum sampai..aduh

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih