Saturday, January 09, 2010

Tanda Matang Adalah Punya Teman Hidup Dan Berkahwin?




Ketawa mengekeh.
Kesat air mata.
Lawak, sumpah lawak.

Kamu kata aku buat keputusan kurang matang?
Pemikiran dangkal.
Sempit.
Gila.



Apa maksud matang bagi kamu?
Ada teman hidup?
Berkahwin?
Ada anak satu?
Dua?
Tiga?

Takkan bila bergelimpangan di ranjang bersama itu baru dikira matang?
Takkan bila terkedang di bilik bersalin itu baru dipanggil matang?
Habis, apa itu matang?


[Hadiah khas tanda kematangan]

Kata orang, mulut boleh dibiar buka luas-luas.
Tapi mulut yang dibuka luas-luas juga perlu ada bukaan tertentu.
Bukan semua boleh keluar.
Bukan semua boleh diluah.
Bukaan luas bukan kamu boleh berlagak megah.
Gah.
Hidung di atas langit.
Hingus pasti akan meleleh ke bumi juga.
Ketawa.

Jangan sampai aku perlihatkan sisi kematangan.
Jangan sampai nanti kamu gosok mata tidak percaya.
Jangan sampai kamu hentak-hentak kepala, curiga.
Ketawa sambil geleng kepala.

Ini hidup aku.
Aku yang menentukan apa yang aku mahu.
Bukan kamu.
Bukan.

Kata-kata kamu sila simpan dalam longkang.
Eh, maksud aku bukan simpan.
Tapi buang.
Geli.

Zara : Hari yang ceria membuatkan aku rasa gembira sambil menyanyi lagu dendangan hati berbungakan jiwa dan cinta kepada diri sendiri.


18 comments:

amirah said...

punya tmn hidop ..dats matang?
org yg ckp cm2 xmtg kot...

naz said...

matang bukan sebab status pun kan. patut la lelaki kahwin 4. tak cukup matang rupanya hahaha

hans said...

matang tu bergantung pada orang kan
xsemestinya muda itu mentah dan xsemestinya tua itu matang
ikut persekitaran

arnamee said...

Salam yg.

Matang tu bila kita mampu rasional pada waktu genting.
Banyak pengalaman, serta bijak aqal fikiran.

Bukan usia dan keadaan yang membuatkan kita matang, sayang:)

sI tEDI said...

semua org cakap diri dia matang. tapi tak semua org matang!
:)

pudding pie said...

matang bila dpat bezakan perkara yg betul dan salah

tahu berfikir

sweet.ants said...

saban hari bile mngenang hari2 yg lepas i rase i blom matang wlupun umur dah nk masuk 24 tahun ni...

Ries Lee said...

bagus2..
tgh hepi..

Pocket said...

matang adalah apabila cukup umur untuk kahwin...

...adalah pendapat orang yg tak gi skolah.

amacam? Matang tak jawapan pocket?

chokio_nia said...

skali akak berkata2 geram..hah..ain pon terdiam..sungguh mendalam..eh2..it rhymes..=)

Framestone said...

matang bukan bermaksud diranjang mahupun di biik bersalin he...23x

matang dapat dilihat dari cara:-
1- berfikir
2- menyelesaikan masalah
3- menyempurnakan tggjwb
4- mampu membezakan pros n cons
5- mampu berfikir sebelumbuat dan bukan buat baru fikir

BroFramestone Blog

ashie023 said...

aku sokong kamu..
matang x semestinya , bile dah kawin matang..kekadang org yang dah kawin pun, perangai cam bebudak..

avid gunner said...

bagi aku tanda matang adalah bila dah bole buat keputusan yg betul pada masa yg betul.

anith said...

matang???
setiap org mempunyai kematangan yg berbeze.. kn kakak kn? hehe

Lifesaver said...

matang bukan nya perlu berkahwin..beranak pinak..kadang2 budak kecik pon leh berfikiran matang

acik ayu said...

org yg br bkawen slalu pasan yg mereka itu matang.

owh tidak.

kawen=matang?

xkawen=xmatang?

demit!

lol!

panggiL guA siv. said...

aku selalu je kene kutuk budak bawah umur.
tapi aku bgga kak!
:D

Dak Wan said...

Jangan ajar kita jadi jahat kan Zara? Hehehe