Saturday, January 30, 2010

Terowong Kecil Cinta Zara - Pembinaan Dalam Dunia Kehancuran, Pemikiran Sempit Dan Lucah?



Terowong kecil yang aku bina semalam adalah demi kasih sayang aku pada kalian semua - pencinta Dunia Sebelah Zara.
Nah, kalau aku sering dihimpit dengan kesibukkan dan tidak dapat mengunjungi kalian, bukankah lebih baik jika ada insan lain yang sudi melawati?
Maka kita boleh berkongsi keseronokkan menulis di alam maya dengan gembira.
Senyum mesra.

Tapi, itu kronologi semalam.
Hari ini lain pula yang timbul akibat pembinaan terowong sebagai jambatan ke Dunia Sebelah Zara.

Ambil kertas, lukis gambar senyum.
Tampal di muka.
Tepat di bibir.

[Pernah menulis mengenai Bunga Hati di SINI]

Siapa setuju bahawa komentar dia boleh membuat aku ketawa?
Cepat angkat tangan.
Siapa laju cikgu bagi hadiah.
Tahniah.
Satu ciuman setiap seorang.

Aku ketawa lagi sejujurnya.
Melihat seorang 'pencinta' yang tidak mahu mengaku tentang kebenaran hati yang diulit bahagia.
Ah, kalau kamu benci, apa mungkin kamu akan berkunjung ke mari bukan?
Kalau kamu sakit hati, tidak mungkin kamu meninggalkan pesan.
Senyum.

Alahai, kebenaran sudah terbongkar.
Beritahu sahajalah.
Aku mengerti perasaan benci tapi rindu itu.
Aku faham - sebab kalau kamu jujur tidak suka, kamu tidak akan menerjah bukan?
Ketawa besar.

Tutup mulut.
Tutup mata.
Tutup telinga.
Kepala tersengguk-sengguk mengalunkan tawa.

Zara : Sudah ditemui apa yang diburu selama ini. Hati gembira bukan kepalang. Sudah meniarap, baring dan terlentang menikmati setiap inci sesuatu yang memikat hati.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di

12 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

huhuu~ tak terpikir pulak sumi benda tu lucah?? pelik laaa..

sharamli said...

sekali lagik bunga hati yang c0mel jadik femes...zara..bia je la...
xyah kisah sgt..

Aus said...

ahaha zara..zara..
cet..eh , kau nak tahu
mula - mula aku baca aku gelak sebab maybe ada sedikit unsur tuut kalau mengikut pemikiran sesaat aku
..hahak..
tapi refer balik pada style penulisan kau , ada maksud yang tersembunyi yang mungkin kau cuba simpulkan menjadi tersirat .

baru tadi aku masuk ke blog terowong kecil dan aku berkata ,

kenapa terowong kecil zara , dan ahahaha..mengikut tafsiran aku ,

terowong kecil = laluan nye sempit dan sukar utk berjalan tetapi jalan yang sempit dan kesusahan lah selalunya membawa kejayaan berbanding jalan yang luas , mudah tapi membawa kesesatan . macam ibarat kita belajar berjalan , dari bertatih ke berlari .


cinta zara = em , ni x terpikir sgt tapi aku tengok penulisan kau penuh dengan nada melankolika dan dapat rasakan hati kau seorang yang penyayang .


ahaha , okies . rasanya ini kali ketiga kot aku komen kat blog kau sebab selalu nya aku baca pastu blah sebab aku jadi macam speechless baca ayat kau , hebat .

takpe , kalau cuma ada sekuntum bunga yang rosak di kalangan rose yang wangi , kau buangkan saja lah yang rosak itu agar rose yang lain dapat membesar dan mekar wangi beseri .


okay !

Uruchimaru @ kf said...

saper bungahati tu?

YobSumo said...

panjangnye kumen Aus.

Zara, kenapa blog perempuan selalu kena serang dgn org2 sayang hati sendiri, benci hati org lain eh?

jarang blog lelaki kena.

faye said...

hai...manusia nie....kdg2 yang suka kata benci...yg benci kata suka...suka melawan arus...biakan aja ia berlalu mana tahu ia mungkin beralih kearah yang betol....!!betol x cik Zara

Nakamura Kazuki said...

sensei zara....yang pasti ambe rasa bunga hati tu cemburu pada kome....hahahaha...ni kes pasal poligami ke...hahahaha..apapun ignore je...tapi yang ambe nak ketawa juga..sempat lagi dia membelok ke blog kome....hahaha..nampak sangat dia tu ske blog kome zara..cuma segan nak mengaku je...hahaha

Framestone said...

bro sokong huhu.... dari terowong.. baik amik lorong... suspen sikit he..23x

BroFramestone Blog

Anonymous said...

akak~
kite cam penah google blog minah senget nih...
google je blog bunga hati...
ade la minah senget nih...
dengki kowt..

-FADH COMEY-
ngee~

Dak Wan said...

Bunga hati yg sengal buat diri teman dan langsung tiada bermakna komennya itu.

saypOOL rafhtello said...

sokong yob..kenapa ye??

Lifesaver said...

macam2 karenah..ish3