Tuesday, February 16, 2010

Aku Mungkin Seorang Pelakon, Tetapi Aku Juga Seorang Penonton - Benci Dengan Pemikiran Dangkal Manusia Celaka.


Aku mungkin seorang pelakon.
Tetapi aku seorang penonton.
Atas pentas dunia.
Bumi yang semakin tua.

Jangan bunuh aku atas nama cinta.
Aku cinta hidup aku.
Noktah.

Jangan khianati aku lagi.
Jangan pernah cuba menyalakan api di lahar yang tersembunyi.
Sebab kamu pasti tidak mahu terbakar mati.
Pasti.



Benci dengan pemikiran dangkal sesetengah orang yang serupa macam celaka.
Bila kita kata kita orang Melaka - terus ditebak dengan mesti Baba Nyonya.
Bila kita kata kita orang Pulau Pinang - terus diterpa dengan kata-kata mesti Anak Mami.
Bila kita kata kita orang Johor - terus dituduh dengan kata-kata mesti Jawa.
Awak kata negeri awak terbaik - tiada negeri lain yang lebih hebat dengan keturunan kecuali negeri awak.

Kenapa tidak boleh buang pemikiran sebegitu?
Awak boleh gunakan kata-kata lain sebagai pembuka bicara yang lebih berilmu.

Awak, awak lupa awak pijak negara apa?
Ini negara bebas merdeka yang bernama Malaysia.
Boleh atau tidak jangan hulurkan sangat kebodohan awak yang melampau itu?
Bila menerangkan hal sebenar, awak mula melenting.
Awak terus keluarkan kata-kata kesat.
Mahu hantar ilmu awak pada kita.
Mahu beri kita menyesal sebab tegur awak walhal awak yang bingai tidak mahu terima.

Awak, awak sedar perangai awak macam celaka?
Kita kenal ramai orang yang belajar pelbagai ilmu, tapi sumpah, mereka ada kekuatan yang sungguh mantap. Mereka tidak melenting dan mereka tidak meninggi diri.
Awak pula dengan egonya tuduh kita bodoh.
Ya, kita bodoh.
Sebab kita lihat semua orang sama.
Kita lihat semua sebagai rakyat Malaysia.
Awak tuduh kita bodoh lagi bangsat bila kita kata begitu.

Lepas itu awak ketawa, awak kata kita pengecut.
Awak kata kita bodoh dan pengecut - hati takut.
Awak, awak jangan lupa, awak yang kalut.
Lepas itu melalut.

Awak, pentas dunia ini kecil sangat.
Awak jangan lupa bahawa awak sudah pijak lebih separuh usia Bumi yang semakin tua - ajal tidak kira cepat atau lewat.
Awak, awak tuduh kita kekwat.
Tuduhlah awak, kata kita muka ketat.
Kalaulah kita boleh pijak dan ikat awak pada duri kawat.
Lepas itu jerit-jerit kata palat.
Tapi kita tidak buat begitu, sebab kita lebih kenal siapa Yang Maha Hebat.

Sudahlah awak.
Awak fikir awak boleh terus berlagak.
Awak sudah lebih menyedihkan dari burung gagak.
Tolonglah berhenti menyalak.

Zara : Bila terjumpa manusia yang berperangai menjijikkan seperti itu, aku selalu tertanya-tanya. Mengapa masih ada manusia yang sanggup menginjak keturunan orang lain sesuka hati dan merasakan mereka berhak buat begitu. Celaka nasib badan.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati.
Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

14 comments:

noor afzan said...

ohhh.sesi luahan perasaan..
mulut manusia memang tak bisa di tutup seperti tempayan..
nak tak nak kena hadapi juga dengan sabar...=)

Emora Valeria said...

pemikiran sebegitu sangatla cetek
penah kena sebegini tapi melibatkan tempat sendiri.dikatanya tempat kita sangatla mundur.Maunya di balas balik,tapi diam membisu,takut nanti dikatanya sama perangai macam dia. =)

Moon Death Spell said...

manusia..mempunyai mentaliti yang cetek.... hurm... sehingga menyusahka manusia lain..

Aku yang bijaksana said...

Apehal ni??

menusuk kalbu aku membacanya..

terasa yg ko sdg dilukai...

tabahkan hati ye

CaPiQa said...

keturunan dibanggakan untuk dipelihara, bukan untuk menghina. tapi masih ada kan orang2 yang tak faham. orang2 begitu masih wujud supaya kita dapat bezakan yang mana bijak, yang mana tidak. chill my dear! ^_^

hans said...

uish zara
mengamuk sakan malam nih
awatnya>

faqhrule said...

orang letih kenduri memang selalunya sensitif :)

jijie said...

erm..
macam marah je zara...
huhu

min said...

sabar..sabar
jgn kamu pula jd seperti dia

syarifah radiah ibrahim said...

"Bila kita kata kita orang Melaka - terus ditebak dengan mesti Baba Nyonya."

bukan, orang selalu cakap orang melaka ni kasar-kasar bahasanya.
biarkan, mulut orang. mana boleh kita tutupkan mulut orang.

*inna Allah ma'a assobirin*

:)

marumaruchan said...

sape la suka carik pasal ngan zara ni??
xhabis2 lagi ke??
slalu nya orang akan carik pasal bila dia jeles dgn kita je~

teruskan tersenyum zara!!
zana akan senyum bersama :)
*hugs*

ninim said...

emosi terganggu
semoga cepat cool

ashie023 said...

itulah namanye manusia..slalu tidak puas hati..

smile and be happy..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

semangat kenegerian ni memang kuat, kalau dulu fikir mungkin orang2 tua saja bersikap macam tu tapi la ni generasi muda pun 2 kali 5...kalu tidak tak timbul isu bakar stadium hari tu...