Thursday, February 11, 2010

Awak Tak Siap Kerja Saya, Saya Libas Huruf Z Nanti. Bukan Zorro, Tapi Zahrah. - Perlukah Saya Bagi Awak Sesuatu Bila Awak Tidak Beri Saya Sesuatu?


Bersiaran dengan emosi yang kurang stabil akibat masalah dalaman.
Hari ini sebelas hari bulan Februari.
Sudah bulan dua.
Sudah enam minggu bersekolah.
Minggu depan cuti.
Titik.

Rumah (malam)
Puan ketua keluarga melancarkan serangan pada waktu malam ketika aku sedang mamai.

Rumah (pagi)
Adik-adik lelaki yang sangat menghampakan sehingga buat aku sentap motosikal di pagi hari tanpa meminta bantuan mereka yang menyebabkan aku terlewat (bukan liwat) ke sekolah.

Sekolah (pagi)
Ahli sihir tiba-tiba menyerang sehingga buat aku terpana. Entah sejak bila dia pandai meminta tolong pada aku. Tiba-tiba menerjah dan mengatakan pernah minta aku bawa kamera panitia. Sumpah! Dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ini, aku boleh kira berapa kali ahli sihir cakap dengan aku. Jadi, sila jangan bikin panas pada aku yang sedia ada panas dan naik darah.

Tarik nafas panjang-panjang.
Selawat banyak-banyak.
Sabar Zara, sabar.
Dugaan memang banyak.
Minggu depan cuti.

Tadi kelas pertama Sivik dan Kewarganegaran.
Kelas terkawal - nah, mereka tahu aku pendendam.
Kalau cari pasal dalam kelas Sivik, mereka akan terima balasan dalam kelas Sains.
Jadi, mereka lebih berhati-hati untuk tidak buat aku naik angin.
Senyum.

Kelas kedua, kelas Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan Satu.
Satu masa sahaja.
Gabungan tiga kelas.

Aku : Keluarkan buku nota dan kertas yang saya berikan hari itu.
Pelajar : Yang tiga helai tu ke cikgu? Dah siap dah.
Aku : Kalau dah siap, keluarkan letak atas meja. Buku nota buka sampai muka surat terakhir yang awak buat. Apa yang dalam muka surat terakhir?
Pelajar : Gandin kayu, cikgu!
Aku : Tahniah! Pandai semua. Jadi buka buku, mari cikgu periksa satu-satu.

Aku berjalan sambil kendong beg.
Aku jengah satu buku demi satu buku.
Sambil aku periksa, aku berikan sesuatu pada mereka yang tidak culas dengan tugasan yang aku berikan.

Aku mula beri dari depan.
Pelajar sedang tekun membaca.

Aku : Azim, mari tengok buku.
Azim : Nah cikgu.
Aku : Tahniah. (sambil hulurkan gula atas buku)
Azim : Eh, dapat hadiah lah!

Hanya hadiah kecil buat mereka.
Alhamdulillah, mereka tersenyum gembira.

Bila dengar jeritan kecil Azim, semua sudah angkat kepala dan selak buku laju-laju.
Sudah jerit-jerit suruh aku periksa buku mereka dahulu.
Ada pula yang sembunyi-sembunyi kepala di belakang rakan-rakan.

Aku : Mana buku? Mana latihan?
Pelajar : Tertinggal cikgu. Malam tadi buat di rumah dia.
Aku : Tapi dia bawa buku.
Pelajar : Maaf cikgu.

Aku berlalu dan periksa buku pelajar lain.

Pelajar : Cikgu, mana gula saya?
Aku : Awak tak bawa langsung kerja saya, kenapa saya kena bagi awak pula?
Pelajar : Ala, cikgu.

Kelas aku teruskan seperti biasa.
Ada juga yang berani tidak mahu buat kerja.
Berikan penerangan sambil berlakon secara bersahaja.
Kelas berderai ketawa gembira.

Aku : Esok, saya nak lihat buku ya?
Pelajar : Kalau siap dapat hadiah lagi tak cikgu?
Aku : InsyaALLAH. Siapa yang tak siap pun dapat hadiah esok.
Pelajar : Hadiah apa cikgu?
Aku : Saya akan libas dengan huruf Z di belakang dia.
Pelajar : Z untuk Zorro ke cikgu?
Aku : Tidak. Z untuk Zahrah, nama saya. Jadi nanti awak ingat sampai bila-bila siapa yang rotan awak.
Pelajar : Takutnya. Mesti nak siapkan kerja sekolah hari ini juga.

Berjalan keluar dari kelas dengan gembira untuk separuh masa pertama.
Selepas ini ada lagi empat masa.
Cepatlah hari berlalu.
Aku mahu berikan yang terbaik dengan bangga.

Zara : Emosi kurang stabil sejak malam tadi. Terima kasih pada Encik Kubah dan Encik Idola yang berikan aku kekuatan untuk lebih tabah menghadapi hari dengan ceria. Senyum Zara. Itu akan ubat hati yang duka.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

14 comments:

Cik Biol said...

cikgu zahrah nk lolipop tp x mo uruf z libasan itu hehe

naz said...

haahaha pergh baru ada gaya :) kalau rotan bentuk z kurang2 rotan tiga kali baru jadi bentuk z hahahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hakhakhak...z for zahrah....untung anak2 murid ada cikgu macam kamu! =D

mamai said...

pakcik suka cara nie mmg benar

Lifesaver said...

aku pon penah try dik...ssh juga bila nak suruh wat keje kena bagi reward..skali skali boleh la

HE and SHE said...

So cute ur students... Kids senang nak motivate. Tapi jng bribe selalu...hehe

noor afzan said...

macam seronok aje jadi cikgu..
tapi kadang2 boleh mental..
huhu~

Anonymous said...

cikgu..berikan yg lebih sihat utk anak2 murid..kurma mungkin..hehe

eddie dewanaga said...

gua berhajat nak abadikan nama 'cikgu zara' dalam satu karekter Siri Senandung Raja Naga...

if u don't mind, please let me know.

acap2405(1169) said...

err..
cikgu saye tak pernah kasik gula gula...
esok nak mintak arr apollo..
hohoho

faqhrule said...

cikgu mata hitam,

teori behavioris ni kan? ganjaran atau penugahan positif

EISENHOUR said...

haha..bgs betul cikgu ni.dl kalau tertingl 1 soaln je,trs kena rotan..cikgu x adil.budak2 lain pulak xbt byk,tp leh pulak terlepas pndg je..(masih igt sengihan kwn yg terlepas tuh.huh masih skit ht)

haha..rindu pula cikgu tu..

sI tEDI said...

x galakkan anak2 makan lolipop.

eh.. anak2 buah!

PenuliS said...

ala2 libasan encik zorro..zapppp....!