Sunday, February 28, 2010

Bila Cinta Bagai Masa Menunggu Kereta Sewa, Ada Sesiapa Sanggup Menggigit Biskut Bahagia Dan Mencicah Minuman Duka Bersama?


"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."



Salam semua Pencinta Dunia Sebelah Zara.

Aku pernah menulis mengenai cinta ibarat kereta sewa atau selesa dipanggil teksi oleh kebanyakan daripada kita. Betapa saat kita mencari makna cinta dalam hati, kita semakin kehilangan diri. Kita teruskan mencari dan memaksa diri untuk memuaskan hati manusia lain yang tamak haloba di sekeliling kita.

Bukan.
Bukan kita tidak mahu bahagia.
Tapi, adakah bahagia yang kita cari itu sekadar memenuhi pertanyaan yang mereka kerap lontarkan?
Bila keseorangan, ditanya bila mahu berdua.
Bila berdua, ditanya bila mahu melangsungkan acara bahagia.
Bila ikatan suci sudah dimeterai, ditanya pula bila mahu berisi perutnya.
Bila sudah selamat melahirkan, ditanya pula bila mahu bertambah zuriat keturunan segala.
Adakah pertanyaan itu punya penghujungnya?
Tidak.

Manusia tidak akan pernah puas.
Longgokan segunung berlian sekalipun, manusia tetap akan mencari yang lain.
Tangan kanan menarah gunung berlian, tangan kiri mendulang emas.
Kaki kanan memijak bumi, kaki kiri menongkat langit.
Manusia selalunya begini.



Kendatipun orang tanya aku sedemikian, aku hanya ketawa.
Ketawa melihat betapa rakusnya manusia dalam berlumba.
Tidak tuan, tidak puan sekalian yang bernyawa.
Bukan aku menolak cinta.
Siapa yang tidak ingin menikmati bahagia?

Aku masih mencari manusia yang sanggup menggigit biskut bahagia bersama.
Aku mengembara melihat siapa yang sanggup mencicah minuman duka.
Aku memerhati mereka yang menelan masam kehidupan sambil ketawa.
Aku mahu lihat adakah sisipan pahit mampu ditogok bersama.

Rona bahagia biar aku jalani sendirian.
Payaunya kehidupan biar aku selesaikan.
Aku masih muda dalam berjalan di atas Bumi yang sudah tua.
Biar aku selesaikan urusan terbengkalai aku dengan Maha Pencipta.
Tanggungjawab aku pada keluarga masih ada.

Jangan suka menebak aku dengan soalan yang tidak mesra telinga.
Takut-takut aku mula menyinga.
Muka tukar warna saga.
Hilang segala tatasusila.
Ah, bahaya.

Zara : Sedang berhempas pulas menyiapkan soalan ujian bulanan lagi. Entah mengapa hati tiba-tiba enggan sembunyi rasa sakit hati. Sedang memujuk dia sambil ukirkan senyuman pasti. Moga-moga hati dapat tenang dan bahagia menikmati kehidupan alam ini.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

16 comments:

NuR said...

dah lama aku tak menyinggah di blog kamu.. blog ku juga seakan berkurun lama tidak berupdate..

rinduu..

Amirz said...

Daku jatuh cinta dengan penulisan Lord Zara. Kagum dengan setiap baris ayat yang ditulis. sampai mesejnya...

memang lumrah manusia, manusia tak pernah puas dari bertanya dan terus bertanya. :D

hans said...

huhuhu
suka baca cinta macam tunggu teksi
ekekeke
gi buat soalan
nanti budak2 tak ada soalan nak jawab
wakakaka

Wawan Saini said...

Cinta!!
Cinta!!! dan terus lagi
Cinta !!!...
:)

Nazatul shima said...

ayat sangat mendalam..sangat2..hehe..

ariff said...

ujian bulanan.. hahahaha... buat senang2 jer.. awal lagi ni..

Mimpi said...

Sentiasa ada ruang di hati untuk cinta, itu yang penting jangan tutup rapat-rapat dan sentiasa ada harapan kerana setiap manusia ada pasangannya.

Husna Hadzarami said...

hey, nice header :)

zara,
love comes to those who believe it..
so keep on believing :)

acap2405(1169) said...

waaa..
sedap laks susunan ayat kak zara..
hauu..
baca pon takkan bosan..
nih yang buat saya suka singgah lama lama nih..
:)
saya takkan tanya soklan yang bleh menyingakan kak zara k..
;)

AzuanBudakMemandai said...

manusia memang tak pernah puas huhuu

JohnJenin said...

Sambungan pasal cinta dan taxi.

Kadang kadang bila berjalan di bahu jalan. Bertalu talu taxi berhenti cuba meng'offer' perjalanan. Padahal dan buat appointment dengan taxi terchenta.

Anonymous said...

xselalu la aku puji org! tapi memang best la penulisan ko! gila mantap nampak sgt bm A1 heheh.

bonekaxsakit
masih hip hop!

i'msosupernotcool said...

and some were tired of waiting..
so they hop on another alternative..
bus.. i guess..

nice post..

zara said...

cikgu! entry paling cocok dengan jiwa hati ku~ aah kadang2 tertekan juga dengan soalan2 mereka tapi apakan daya hanya mampu mengukir senyuman selagi berdaya.. :)

syarifah radiah ibrahim said...

ahah,
kak zara, haritu masa kakak saye tunang, saye diasak soalan bertubi2; bila pulak turn saye. tak larat dah nak jawab.
heheh~

Lifesaver said...

cinta itu ibarat menunggu bus pon ada