Wednesday, February 10, 2010

Bulan Merah Memang Panas! Cikgu, Saya Mahu Suntikan Dari Cikgu Sebab Cikgu Nampak Menggoda. Hari Ini Saya Sakit Sini (Sambil Tunjuk Jantung)


Hari Rabu yang panas.
Adegan disiulkan oleh para pelajar sudah cukup buat muka aku merah.
Ya, budak-budak nakal itu mahu disebatkah?
Ketawa.

Hari Rabu hari kokurikulum.
Wajib pakai pakaian seragam.
Aku pakai pakaian PBSM.

Budak-budak PBSM dengan gembiranya bersorak bila melihat aku.

Pelajar : Cikgu! Terbaiklah pakai baju seragam.
Aku : Mestilah. Tengok persatuan siapa kan?
Pelajar : Betul tu cikgu! Memang panaslah (baca : hot) cikgu!

Budak-budak badan seragam lain sudah kepal penumbuk.
Gelak-gelak dengki sudah kedengaran.
Senyum geli hati aku melihatnya.

Bila aku dalam perjalanan ke kelas seterusnya, kedengaran siulan dan sorakan kuat.
Budak-budak Tingkatan Lima.
Lelaki dan perempuan sama sahaja.


Kelihatan sangat gemuk.
Abaikan sahaja.

Tiba-tiba ada pelajar lari keluar dari kelas.

Pelajar : Cikgu, hari ini saya sakit cikgu. Tolong suntik (baca : inject) saya cikgu.
Aku : Mengada-ngada. Awak sakit apa?
Pelajar : Sakit di sini cikgu (sambil tunjuk jantung)
Aku : Sakit jantung ke? (ketawa)
Pelajar : Eh silap. Sakit di hati cikgu. Cikgu menggoda sangat.
Aku : Ceh! Masuk kelas, nanti saya libas.
Pelajar : (ketawa) Jangan lupa periksa gigi juga cikgu. Saya tunggu.

Mentang-mentang jururawat gigi baru datang minggu lepas, mereka sudah menggila nakal pula.
Aduhai, nasib baik baju ini tidak panas.
Sudahlah tajuk pelajaran juga panas hari ini.
Sains katakan.
Senyum.
Ukir muka ketawa.

Zara : Kepenatan dengan cuaca yang panas membara. Hilang tenaga.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

25 comments:

acap2405(1169) said...

hahahaha..
cikgu sekola saye semua sudah kawin..
dan kat sekola saye cuma ader KRS jer..
adoi..
T_T

Emora Valeria said...

cikgu zara same je dgn ibuku.sgt lawa memakai baju seragam bile rabu menjelang tiba.

AyanaAsham said...

still nampak cool n mude kan....sbb dikelilingi muda remaja...ngeeeeeeee

eddie dewanaga said...

kalau dulu cikgu gua macam ni, sumpah gua tak cabut kelas....

mamai said...

cikgu saya pun sakit nak minta suntik juga

miss zahidah said...

bestnya g kelas pakai pakaian seragam....
seragam or beragam?
confuse...
hehhehehhehe

ashie023 said...

huehehehe..segak...
aku pakai KRS ari selasa..kat Ganu

Cik Biol said...

cikgu yg disayangi hehe

faqhrule said...

cikgu mata hitam,

chegu mata choklat juga pbsm, tapi dek kerana cuaca sekarang, chegu mata coklat cuma pakai baju-t PBSM saja.

chegu mata choklat juga minta disuntik haha

sI tEDI said...

ingat pakai seluar! :P

HEMY said...

memang nampak gemok dan pendek..ekekekeke

Ah Fatt said...

cikgu kesukaan ramai neh

bellar0ssa said...

haha.nakal sungguh murid2 ko ni zara.. wah.hot betulko kat skolah zara...*wink*

AzuanBudakMemandai said...

wah ramai orang suka cikgu nie huhuu

EISENHOUR said...

haha..cayelah cikgu..leh tlg cek paru2 sy x?
xdpt bernafas tgk cikgu pakai mcm ni...muahahaha syg~~

paiseh said...

cekgu..!! nak CPR..!!

et said...

hoho.tibe2 rase nak join budak2 tu.^^

deus X machina said...

Pbsm rupernyeeee
nak CPR jugak
erk888

Dak Wan® said...

Smart ah Zara berbaju PBSM.... macam Doktor saja. Hehehe

joegrimjow said...

woho
bahaya cg jalan2 camni
nanti murid xley focus
hehe

gemok?
ayat sensitif
hehehehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

cikgu terhangat di pasaran nih...! kikikiki =D

.:fifi:. said...

hahahaha comell..
plajar yg nakal..
huhu

Lifesaver said...

nampak sangat segak dik!

naz said...

perghhh tergoda orang yang tak sakit ni hahahaha

zan-xray said...

kalau pakai seluar putih tu lagi nampak ngam .
atau gurunya dimestikan pakai kain ya?