Monday, February 01, 2010

Cikgu Sup Sayur - Kenapa Tidak Ajar Kami Sejarah Lagi?. Lepas Ini Tiada Lagi Sup Sayur Dalam Kelas.



Status diri.
Sedang sibuk menyiapkan kerja penulisan buku rekod mengajar esok memandangkan baru sahaja bertukar jadual baru. Cara baru.

Ah, berikutan tersebarnya jadual waktu baru di kalangan pelajar - yang menunjukkan bahawa guru kelas mereka amat cekap melaksanakan tugas, ada di antara pelajar yang peka sudah ternampak nama aku sudah tiada dalam senarai guru yang bakal meneruskan perjalanan bersama mereka.

Tatkala aku melangkah ke kelas tengah hari tadi, aku disapa oleh beberapa pelajar dari kelas pertama tingkatan dua - mereka yang gemar mengusik lantaran aku selalu mengganas di dalam kelas. Mereka dalam barisan, entah menuju ke mana, makmal komputer barangkali.

Pelajar : Cikgu sup sayur!
Aku : Huh! Jangan cakap lagi, Ahad lepas sudah tiada lagi.
Pelajar : Cikgu sup sayur, kenapa tak ajar kami sejarah lagi?
Aku : Sebab awak semua suka sangat sup sayur. (ketawa)

Pelajar : Ala cikgu, nanti dalam kelas mana ada sup sayur lagi kalau cikgu tiada?
Aku : Nasib lah. (Ketawa)
Pelajar : Nasib baik ada ambil Perdagangan dengan cikgu. Boleh menyanyi lagu sup sayur lagi.
Aku : Cis! Jaga Si Sepet itu kalau dia menyanyi lagi lagu itu.

Nah, nakal anak-anak itu.
Semuanya bermula minggu lepas.
Aku sedang memberikan tugasan dan bila papan hitam di hadapan sudah penuh isinya, aku membaca isi penting dan mahukan mereka menulisnya.

Aku : Baiklah, lepas ini sila letak sempang (baca: dash)
Pelajar : Lagi cikgu.
Aku : Diikuti dengan ayat yang saya suruh awak semua kurungkan sebentar tadi. Setiap ayat baru sila letak tanda sempang ya?
Pelajar di hadapan aku : Lepas itu cikgu? Kena letak sempang (baca: dash) lagi ke?
Aku : Tak, letak Flash and Dash.

Sumpah.
Itu keluar spontan dari mulut aku.
Seluruh kelas ketawa.

http://1.bp.blogspot.com/_w4VnmXyM4g8/Sxa__6LpztI/AAAAAAAAPgw/cHob-dmKBqQ/s400/wallpaper2_1024x768.jpg

Pelajar : Cikgu pun tengok kartun itu?
Aku : Tak, adik saya yang tengok.
Pelajar : Cikgu tengok sup, sup sayur.
Aku : (Ketawa) Lagunya menarik.
Pelajar : Sup, sup sayur. Sup, sup sayur.
Aku : Sudah, teruskan penulisan.

Sudahnya aku gelak dalam hati bila setiap kali aku hampiri pelajar, mereka sedang menyanyikan lagu itu secara terkumat-kamit. Memang sengaja mahu menadah badan diketil halus.
Badan terhenjut-henjut ketawa.
Terkikih-kikih perlahan.
Mata curi-curi pandang.
Ah, mereka memang mewarnai hidup aku selama sebulan ini.


[ini sahaja yang terbaik boleh aku temui di Tiub Kamu]

Nah, bukanlah lagu ini tentang sup sayur.
Tapi bunyinya hanya kedengaran sup sayur.
Lagu yang menarik dari segi komposisinya.

Malam ini seperti biasa.
Malam Isnin yang indah.
Masa untuk maraton - meregangkan urat - melegakan kepala.

Zara : Esok latihan sukan bermula. Mahu memakai jersi Syaitan Merah lagi rasanya. Ah, kami menang malam semalam. Tiga berbalas satu kawan. Ketawa.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di

9 comments:

acap2405(1169) said...

hahaha..
lagu sup sayur..??
tak dapat dibayangkan..

♀.รﻨν.♂ said...

hahaha.
senget la kak.
:D

a ah la.
sup sup sayur..
hahahaa

[z@ck] said...

sup sayur?
hahaha

noor afzan said...

cute la mereka..

syarifah radiah ibrahim said...

saya tertarik dengan cupcakes tu.
heheh~

;)

eelobor said...

lagu sup gearbox tak der?

topo said...

tetiba aku berminat giler nak cari lagu sup sayur.. lagu ape tu?

miss zahidah said...

lagu sup sayur?
tak pernah dengar pun...
huhuhuhuhuh

Lifesaver said...

budak2 sekolah suka mengejek..eiii..tak suka!