Monday, February 08, 2010

"Hari Itu Bila Aku Tak Buat Kerja, Kau Cubit. Malas Nak Buat Kerja Lagi. Bosan."


Isnin yang ceria.
Isnin yang juga celaka.
Sudah mula ukir wajah duka.
Terluka.

Hari ini sebaris kelas dalam satu bangunan telah buat otak aku mendidih laju.
Yang paling menyakitkan hati dalam kelas Sivik hari ini.
Tajuk hari ini adalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.
Perbincangan dan pertukaran pandangan telah dijalankan.
Usai perbincangan, tugasan diberikan kepada pelajar.

Aku : Awak semua buat latihan Menguji Minda di muka surat 59.
Pelajar : Semua ke cikgu?
Aku : Nak buat semua ke?
Pelajar : Banyak sangat cikgu. Cikgu pilihlah yang mana satu.
Aku : Kalau begitu, cuma buat satu, dua, empat dan lima.
Pelajar : Baiklah cikgu.

Sambil pelajar mula mencoret nota dan latihan di dalam buku, aku lihat dari seorang ke seorang.
Lihat latihan yang telah diberikan sebelum ini.
Menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar dengan senang hati.
Menghampiri seorang pelajar yang asyik mencoret entah apa dalam buku nota.

Aku : Awak dah buat belum apa yang saya suruh?
Pelajar : Sekejaplah cikgu.
Aku : Buatlah, esok kan saya kata saya tak masuk kelas. Jadi sekarang ini masa untuk awak tanya kalau ada masalah.
Pelajar : Ala, susahlah aku nak buat ni.
Aku : Hah?! Apa awak cakap?
Pelajar : Hari itu bila aku tak buat kerja, kau cubit aku. Malaslah nak buat kerja kau lagi. Bosan! (sambil tutup buku dan pandang tempat lain)

Sumpah!
Memang aku tersentak.
Sakitnya hati aku hanya Tuhan yang tahu.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
Aku pergi ke meja pelajar lain.
Berlagak ceria seperti biasa walaupun dalam hati sudah mula berbisa.
Racun kemarahan menguasai diri.
Aku jeling jam tangan di tangan kiri.
Ah, hanya tinggal dua minit lagi.
Kawallah diri.



Itu kelas pertama di awal pagi.
Aku ucapkan terima kasih dan berjalan keluar selepas dapat tenangkan diri.
Sabarlah Zara.
Itu kelas pertama di minggu baru. 
Senyum Zara.
Moga kamu akan lebih tabah.
Ukir senyuman - hilangkan hati gundah gulana.

Kelas seterusnya aku tetap ukir muka selamba.
Bagai hati tidak diserang tikus muda.
Kuku tajam simpan dalam, paruh tajam sembunyi, aku tidak mahu menjadi garuda.
Ini soal kepimpinan dan teladan Zara.
Berikan yang terbaik, penggiat seni yang hebat tidak akan tumpas begitu sahaja.

Ini pentas aku yang punya.
Kamu kena berlakon ikut skrip yang aku cipta.
Bila kamu gagal dan cuba lakukan pemberontakan - aku akan mengesan bahaya.
Bersedia!
Aku akan kembali dengan senjata.

Zara : Waktu persekolahan hampir tamat. Aku sedang menyiapkan minit mesyuarat dengan gigih dan teliti. Ah, banyaknya yang perlu diteliti lagi.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

11 comments:

Aini said...

ups.. biadap nye anak murid cakap cam tu kat cikgu.

AyanaAsham said...

kesabaran utk melalui hari2 lain dalam minggu ni.....smile :D

faqhrule said...

cikgu mata hitam;

chegu mata choklat tahu cikgu mata hitam seorang yang penyabar. tapi sabar juga ada tahapnya kan.

Aidy Shahiezad said...

tampor je kalo ikut aku.... mendidik anak murid adalah hak guru sepenuhnya, walau apa cara skali pun... huhuhu... sabar2 la bebanyak...

acap2405(1169) said...

sib baik cita cita saye bukan jadik seorang cikgu..
klau tak..
dah lame saye framekan budak tuh kat dinding..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

biadap sungguh!!!

Lifesaver said...

eiii!tak suka anak murid itu!

Alimaz-Kembara Terasing said...

uishhh kurang ajar ya pelajar itu... kalau saya mau lempang sampai tercabut gg...

sI tEDI said...

sbb tu aku x leh jd cikgu sbb aku rasa nak tampauu jek!

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Puji-puji itu bagi Allah, yang sentiasa disisi hambaNya yang sabar, seperti kamu. Tahniah. :)

Dak Wan® said...

Tak di report ke guru disiplin ke? Jangan biarkan jewr.... nanti naik kepala.