Sunday, February 07, 2010

Jom Join Contest (Menang Hadiah Couple Tee's) : Sila Baca Sebagai Mari Sertai Pertandingan - Menang Hadiah Baju Pasangan Cinta.


Salam semua, masih ada yang mahu mencari bukti aku wanita sejati?
Akan aku riwayatkan selepas ini.
Senyum.

Kali pertama aku harus menulis tajuk sedemikian rupa.
Maafkan aku semua - aku harus akur pada syaratnya.

Photobucket
[Aku sudah letak kain rentang pertandingan ini - sila tekan SINI]

Oh, disebabkan aku tidak punya kekasih buat masa ini, izinkan aku dengan jayanya mahu letak gambar simpanan koleksi peribadi dengan seorang kawan baik sampai mati merangkap jurugambar peribadi ketika istiadat konvokesyen aku berlangsung. Oh, dia ini ibarat adik bagi aku.


[Ini bukan skandal aku - sekian]

L-LHS : Buku ini buku yang bagus. Sudah ada yang lama, tapi mahu beli ini juga.
Aku : Betul ke menarik? Nak beli juga lah.
L-LHS : Betul.
(Perbualan ini sudah diterjemah ke dalam bahasa ibunda)

Kelihatan kami berdua seperti penjual buku yang sangat mesra.
Bolehkah kamu percaya dengan taktik penjualan kami?
Senyum nampak gigi.
Sengih geli hati.

Dia cuma beza setahun dengan aku.
Adik yang mesra dan sentiasa buat aku ketawa dengan gelagat dia.
Kawan baik aku juga ketika di kampus selatan yang tercinta.
Oh, kenapa aku suka gambar ini ya?
Sebab kami berdua macam terhentak kepala dan aku terteleng ke sebelah kiri. Aku juga suka dengan warna-warna dalam gambar ini - kombinasi yang menarik hati.
Sebab penganjur kata aku hanya boleh letak sekeping gambar, maka aku berbesar hati mahu letak gambar dia.

Ini gambar sehari lepas kami keluar bersama menunaikan tanggungjawab sebagai ahli forum yang setia di kampus selatan. Ya, keluar beramai-ramai. Gambar ini sudah lebih setahun dalam simpanan, ya, kamu boleh lihat betapa berbezanya muka pucat aku selepas berbuka puasa dalam tahun akhir. Ketawa.

Oh ya, pertandingan ini akan tutup jam 12 malam nanti.
Makanya aku ambil kesempatan menulis selaju yang aku mampu.
Senyum dan doa agar nasib menyebelahi aku.
Kalau menang, boleh beri pada adik ini sebagai tanda penghargaan gambarnya terpampang di sini.

Zara : Mahu menggosok pakaian untuk esok dan barangkali juga seminggu. Bila lihat gambar ini, hati tercuit dan rasa mahu berlari pulang ke kampus selatan. 



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

9 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

tQ sis.. sbb dah memeriahkan lagi contest sumi :D wiiiee ^^

AzuanBudakMemandai said...

gud luck..

noor afzan said...

good luck zara..
saya x sempat lak masuk ..

S.C.H.A said...

gud luck ye zara

erm .. awak ngan 'adik' awak ni mcm seiras jer .. hikhikhik

faqhrule said...

cikgu mata hitam,

chegu mata choklat masa dalam tempoh persediaan dahulu kena kaji buku yang itulah.

trivia: penguasaan bahasa inggeris yang lemah membuatkan pembacaan chegu mata choklat beralih dari makna asal.

AyanaAsham said...

hope kamu menang.....ngeeeeeee

i'msosupernotcool said...

kamu berdua sepadan..
wah..

m.haziqhanif said...

cis2..xsmpat nak join :(

Lifesaver said...

kalo bukan scandal..siapakah itu?