Tuesday, February 23, 2010

Kalau Nak Lukis, Tengok Bawah. - "Eh Cikgu, Saya Lupa Bawa Telur Saya. Tertinggal Di Rumah. Boleh Tengok Orang Sebelah?".


Cuaca panas terik.
Petang ini latihan sukan.
Pengambilan air dilakukan sekerap mungkin.
Pemakaian topi koboi adalah wajib, kalau tidak mahu tergolek di atas padang.

Pagi tadi, kelas memang satu ujian.
Eh, bukan ujian bulanan.
Itu pada minggu hadapan.
Dugaan.

Macam biasa.
Kelas Sains yang menguji iman manusia yang bernama Zara.
Bila lima belas jejaka berlawan dengan dua dara.
Memang naik darah guru muda.
Eh, masih anak anak dara juga.
Ketawa.

Aku : Mana kerja sekolah semalam? Keluarkan, cikgu mahu periksa.

Pelajar keluarkan buku masing-masing dan aku mula menerawang dari meja ke meja lihat tugasan yang diberikan semalam. Penat juga, tetapi sedar, mereka ini kadangkala boleh diharap juga.

Aku : Ini kenapa tak siap?
Pelajar : Lupa cikgu.
Aku : Saya lupa ke awak lupa?
Pelajar : Saya cikgu. 
Aku : Siapkan cepat. Lukis apa yang saya suruh.
Pelajar : Lukis apa cikgu? Tiada di depan pun.
Aku : Itulah, semalam saya suruh, buat tak dengar. Mana ada lukisan di depan? Kalau nak lukis, tengok bawah itu. Kan ada? (sambil tunjuk buku dia)
Pelajar : (ketawa) Eh cikgu, hari ini saya lupa bawa telur pula. Tertinggal di rumah. Boleh tengok orang sebelah?
Aku : Telur apa pula?! Jangan mengada! Lukis yang dalam buku!
Pelajar : Eh, ingat nak kena buka seluar.
Aku : Sengal ya?
Pelajar : (ketawa) Tertinggal cikgu.
Aku : Kalau telur itu boleh tinggal, esok jangan bawa punggung pergi sekolah!

http://farm3.static.flickr.com/2775/4248603999_d3b5489c80.jpg

Tidak, bukan telur ini.
Bukan.
Tapi ini.

http://www.cancer-cure-secrets.com/images/testicles1.jpg

Keji kan?
Rasa nak lempang muka orang adalah amat tinggi hari ini.
Membuak-buak sampai rasa mahu pijak.

Sudahlah.
Mahu ke padang.
Ketua rumah Laksamana (Merah) mahu beraksi.
Senyum.

Zara : Hari pulang lewat ke rumah. Adakah kamu bakal merindui aku?

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

19 comments:

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha gila sengal anak murid ko haha

butterfly said...

budak2 sekarang ni..main cakap lepas je erk..
tak kira lah dengan cikgu ke..dengan orang lain..

Lifesaver said...

esok aku nak tgk..dia lupa tak bawak punggung dia ke sekolah

Amanda Eltiqaz said...

hehehe. pelajar2 awk sgt kelakar dan nakal~ =D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

asyik kena sakat je dengan anak murid ye cikgu zara....hihihihi!~ =]

ninim said...

budak2 sekarang
hurm

naz said...

budak skrg pakar sains haha

acap2405(1169) said...

ahak ahak..
klau wat lawak nih ngan cikgu sains saya waktu tahun lepas..
rasenya dah kene hadap pengetua dah..
huhuhu..
T_T

syarifah radiah ibrahim said...

alahai,
sabar aje lah dengan perangai pelajar-pelajar. kan cikgu zara?
heheh~
^_~

illehyana said...

hahaha..mmg tebaik bdk ni..darjah bpe?huhu

cj'alhafiz said...

wohoo......telur owh telur......
nak blajor sains minda kna terbuka kan...
jgn nak mencarut meraban tak tentu pasal....go zara!!! kamu guru contoh...

BuDakHutaN said...

hahaha... lawak spastik tahap gaban tul anak murid chekgu ni.. adeii
lastik telinga sket

joegrimjow said...

lusyahhh sesangat ok!

but like
heee

k.e.r.i. said...

kalau pompuan tertinggal buah dada, mesti dah jadi pelajar lelaki.

Mimpi said...

Kalau tiada punggung dan telur...itu seperti hilang nikmat dunia.

Huda said...

haha..tak sanggup jadi cikgu skola~

Framestone said...

he..23x

seperti yang bro maklumkan pda dinding di muka buku bro

jangan ingat burung jantan xde telur huhuh

BroFramestone Blog

zulkefli@aboy said...

hahahha...nice story zara! lempang jer dak tu..hahaha...

zulaikha said...

hish.. rasa cam nak lempang sedas dua je kat dak2 ni... grrrrrr..