Tuesday, February 09, 2010

Parti Liar - Lokasi Terbaru Di Celah Sawah Padi. Lokasi Seterusnya Setelah Puas Terbang Tinggi. Ada Orang Cari Blog Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Di Sini?


Masa untuk parti liar.
Parti liar yang gila.
Perlukah dipenuhi dengan buih yang berbusa?
Nah, kami lagi rela penuh dengan gulingan tanah.
Hebat dan nampak gagah.

http://rlv.zcache.com/party_time_diva_stickers_customized-p217306997341089597qjcl_400.jpg

Dengan satu penulisan sebelum ini, orang lari-lari masuk sampai lupa diri.
Buat aku ketawa guling-guling sampai jatuh hati.
Eh, milik siapakah hati ini?
Senyum geli hati.

Petang tadi menghadiri parti liar dengan teman wanita yang disayangi.
Ah, sudah berpacaran selama dua belas tahun.
Lamanya cinta tersemai, ikatan terjalin.


Lompat Zara lompat.
Mahu terjah angkasa.
Mahu biarkan nafas hilang di celah dunia.



Ini teman wanita yang dicintai.
Pacaran yang setia menemani.
Lokasi hari ini di sebuah sawah padi.
Dipilih oleh teman wanita dalam menyempurnakan misi.

Ini muka-muka dua manusia yang sukakan parti liar bersama.
Dalam menyempurnakan misi yang pastinya memerlukan daya tahan yang tinggi.
Adrenalin mengalir keji.
Peluh pekat likat membasahi bumi.

Tadi lihat kata carian yang digunakan masuk ke mari.
Hari ini sungguh istimewa sekali.
"Blog Dr. Sheikh Muszaphar Shukor"
Eh, boleh juga masuk ke sini ya?
Beliau ada blog sendiri?
Sila beritahu aku, aku sudah gigil mahu baca dan bertapa sambil topang dagu sebelah kiri.
Siapa yang termasuk ke dalam blog aku guna kata carian itu, sila berdiri.
Aku mahu tanya apa perasaan kamu bila tidak jumpa apa yang di cari.
Ketawa geli hati.

Zara : Kepenatan sampai entah mana hilang makna diri sendiri.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

13 comments:

ariff said...

syeikh muzaffar mana ada masa nak blog2 ni

zara said...

hahaha syok tol la baca entry party liar ni. nak join lompatttt!!!!! yakkkkkkk!!!!

min said...

wah sawah padi
cantiknya kan
uhuuhuu

hans said...

ingat parti buih

[z@ck] said...

sawah padi mana ko terjah tu..

i'msosupernotcool said...

aku dah berdiri nih..
nampak x?

izzad b* said...

mari melompat!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lompat zara jgn tak lompat! =D

Lifesaver said...

sheikh muzaphar ada blog..aku pon mahu lihat blog dia.haha

naz said...

wahhh lompatan liar ni. nasib tertutup rapi haha

acap2405(1169) said...

err..
klau angkat tangan untuk ngaku leh tak..??
hehe..
wat parti tak ajak saye sekali..
sampai skang lagi saye tak pernah gi sawah..
tapi saye banyak kali jumpa beras..
hohoho

ashie023 said...

wahhhh..lawa gambar sawah..sob sob ku merindui sawah padi,..

*pst baju lawa...ahaha

Dak Wan® said...

Kesian org tu kan? Terkena dgn google yg nakal! Hahaha