Friday, February 19, 2010

Kisah Cinta Ini Adalah Satu Tragedi Bagi Hujan Tetapi Ia Bukan Melambangkan Aku Walaupun Aku Cintakan Dia. Seluar Dalam Tertanggal Nampak Apa?


Ada orang tanya apakah aku sedang bersedih.
Ada orang tanya apakah aku hilang kekuatan diri ketika ini.
Ada orang hantar surat elektronik tanya apakah aku perlukan teman.
Terima kasih kerana mengambil berat.
Terima kasih sangat-sangat.
Aku baik-baik sahaja.
Ada orang menebak aku sedih disebabkan lagu dalam blog ini lagu sedih.
Aku ketawa sahaja.
Aku sukakan pelakon lelaki utamanya.
Aku sukakan suaranya.
Aku sukakan badannya (perlukah aku nyatakan dengan megah?)

Terima kasih buat mereka yang susah payah mahu buktikan aku lemah.
Ya, sampai sanggup mencari makna lagu dalam Bahasa Korea ini.
Memang lagu ini berkaitan dengan tragedi cinta.
Tapi itukan cerita?
Senyum.

http://asiandramaddict.files.wordpress.com/2008/10/rain-love-story.jpg

Kisah aku tidaklah begitu tragis seperti itu.
Lagipun, aku sudah belajar untuk melupakan.
Kerana dengan mengingati itu lebih membunuh hati dan perasaan.
Makanya, aku lebih mendambakan hati yang tenang dan perasaan yang membuai naluri seni aku. Perlu diingatkan pemilihan lagu dalam Dunia Sebelah Zara adalah disebabkan tuan punya blog suka lagu itu, bukan atas sebab musabab lain ya?

Buat mereka yang masih tertanya lagi tentang maksud lagu itu, aku hadiahkan kalian dengan video penyanyi kegemaran aku itu. Hati aku sedang gembira dan senyum mesra ketika ini. 


[Lelaki yang bernama Hujan (baca : Rain) itu memang menarik kan?]

Dapat jumpa teman wanita adalah perkara terbaik sepanjang cuti sekolah ini, sumpah! Kalah jumpa kekasih gelap yang cerah layaknya.
Rindukan kasih sayang dia.
Rindu dengan gelak ketawanya.

Teman wanita sudah pulang ke kampus selatan.
Aku sedang duduk seorang diri dalam bilik.
Terkenang masa terindah bersama.
Terima kasih kerana sudi datang sayang.

Zara : Aku sudah dapat salji daripada Russia. Terima kasih saudara Ariff Shah. Memang aku sayang kamu lebih sedikit kali ini. Ya, kali ini sahaja. Ketawa.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

20 comments:

oReNdeViL'89 said...

warghhhhhhhhhhh! RAINNNNNNNN! SUKEEEEEEEEE3!!!!!!!!!!

eNaSaN said...

sUkeee gak raiN..huhuhu....


cik Zara seNyum seIndah suria...lalallala

hans said...

wah,rain

faqhrule said...

nama saya rain

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sesekali layan 'hujan' kamu ya...hihihihi =]

jgn sampai demam...~

izzad b* said...

wah rain!
sedap ape lagu nie?ho2

ciK LyndaWawa igUana said...

rain sama muka cam saye tak?hehehehe

::dazlaila:: said...

bahagia itu milik kamu zara..
jgn lepaskannye utk bahagiakan org laen..

kamu berhak utk gembira ketawa..
yup.. kamu insan yg kuat..


(aku fahami stiap bait kata2 kamu..kerna alaminye)

naz said...

hujan pun best :)

Moon Death Spell said...

pasti ada kebahagian buat mu
kerna kamu berhak memilikinyaa

Emora Valeria said...

lagu ini sangat sedap.salu singgah ke sini =)

BuDakHutaN said...

Anneyong Haseyo! ahaks... jiwang jua... hehehe

::aMaD:: said...

Nama saya RAIN,
Hitam itu kegemaranKU. lala~

best gak lagu neh.
prnh tgk vid kat astro rasenye..
rain mmg feveret lah!
dann saye sehensem Rain.wakaka

beautiful_rose said...

aku terlalu gilakn lagu unintended krn melodinye.....

Nazatul shima said...

wah...tgh berbunga-bunga neh..:D

FaTiN said...

datang sini.

aku selalu terpukau dgn lenggok bahasa zara

^^

Hamizah Syamimi Supian said...

wah..rain...suke2..

Citra Penyelamat said...

ko ni biseksual ke ha?
ada teman wanita.
tu awek ko ke?
tapi suka gak dengan lelaki?
eh, takde maruah ke wei?
insaf la.
jangan jadi manusia akhir zaman yang sanggup buat apa saje la oi. suka kat lelaki, tapi main ngan pompuan gak.

memalukan bangsa la wei!
bodoh betul

Mimpi said...

Ku bkn fan Rain jga bkn hater Rain tapi aku pasti bahawa aku peminat Dunia Sebelah Zara.

Lifesaver said...

best ke citer ni dik?