Friday, February 26, 2010

Mana Mak? - Sedikit Lagi Aku Mungkin Akan Terkenal Di Kaca Televisyen Utama Negara Malam Ini. Tangisan Dan Ketawa Manusia Di Dunia.


Tadi pagi aku ke masjid.
Meneruskan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama.
Berkumpul beramai-ramai di masjid, mendengar ceramah dan menikmati masa berkualiti dengan keluarga,
Jangan dilupakan air sirap bandung terbaik.
Beriyani dalam dulang dimakan bersama ketika angin sepoi-sepoi bahasa.
Masjid utama di tepi sungai Muar.

Usai mencuci tangan selepas makan bersama sepupu, aku lihat ada anak kecil menangis seorang diri.
Orang ramai berkeliaran di tepi hanya memerhati.
Eh, anak siapa agaknya.
Datang menghampiri kanak-kanak perempuan itu.

Aku : Adik cari siapa?
Budak : (menangis dengan kuat)
Aku : Mana mak adik?
Budak : Nak mak! Nak mak!
Aku : Mak adik ada kat mana?
Budak : Sana. (sambil tunjuk menerawang entah ke mana)

Orang ramai mula memerhatikan kami bertiga.
Aku panggung kepala pada sepupu.
Dia angkat bahu sambil jengah-jengah tengok kalau ada sesiapa mengaku budak itu kepunyaan mereka.

Aku : Macam  mana ni?
Sepupu : Cari mak dia je la kot?
Aku : Bolehlah, semua orang perhati macam kita buli budak pula.

Mata-mata sinis memerhati kami.
Eh, apa kalian fikir kami sedang mendera budak ini?

Aku : Mana mak adik?
Budak : Sana, sana, sana.
Aku : Merata budak ini tunjuk pula.

Kami berdua tertoleh-toleh kalau ada yang menghampiri kami.
Ada seorang lelaki datang ke arah kami.

Budak : Ayah!
Aku : Ayah adik ya?
Pakcik : Jumpa di mana ni?
Aku : Dia tengah menangis tepi longkang tempat air sirap tadi.
Pakcik : Mak dia cari dia ni di sebelah sana. Terima kasih ya?
Aku : Tidak mengapa.

Sepupu aku sudah tarik nafas lega.
Aku juga.

Aku : Kalau bapa dia tak muncul tadi, ada harapan kita masuk televisyen ni.
Sepupu : Oh, berita budak hilang ya?
Aku : Mestilah. Penat pakai lawa-lawa begini.
Sepupu : Kalau nasib tak baik, berita penculikan pula. (Ketawa)
Aku : Dari culik budak kecil, baik aku culik lelaki dewasa.
Sepupu : Culikkan aku satu. (ketawa)


Tidak, ini bukan pesalah atau penculik gila.

Duduk di bawah pohon rendang mendengarkan ceramah amat enak.
Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian aku hari ini.

Ketika kamu dilahirkan, menangis keluar daripada perut ibumu, orang disekeliling kamu ketawa gembira dan senyum bahagia.
Maka berusahalah wahai manusia.
Tatkala kamu meninggal dunia, biarlah manusia disekeliling kamu yang menangis hiba, sedangkan kamu pula tersenyum bahagia menghadapNya.

Secara jujurnya ia memang terkesan di hati aku.
Bagaimana pula dengan kamu?

Zara : Cuaca hari ini sangat menguji aku. Panas dan kering diikuti tiada bekalan elektrik pula. Sudah empat kali aku keluar masuk bilik mandi. Aduhai.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

17 comments:

naz said...

pergh ayat yang makan dalam di situ :)

chotz said...

katne gath tu...?! info please

Mimpi said...

Culik lelaki dewasa...alang-alang tu culik tuk iman masjid negara sekali, wartawan-wartawan,pengurus catering,tauke canopy,tauke gaun kahwin,tauke kad kahwin dan banyak lagi.
Culik aku sekali...nak jadi saksi.

Macam mana nak dapatkan T-shirt Sindiket Soljah?

LORD ZARA 札拉 said...

Naz : amat makan dalam kan?

Chotz : nanti aku update bila dapat exact info beb.

Mimpi : boleh cuba email pada Sindiket Sol-Jah. kalau2 mereka ada stok lagi. Hari itu Zara pesan kawan belikan di Maskara. =]

vidadarisakura said...

aku pun mahu 1 lelaki dewasa.hahaha

MuNsYi SaMa said...

Baru berjinak2 komen di sini. Mahu tinggalkan link di shoutmix tp katanya my IP has been banned. Sedih.

Buat pengumuman kanak2 hilang je kan mudah. hehe

MuNsYi SaMa said...

btw, xphm la..xblaja kanji pon lg..sdg bertatih~ mada benkyou shiite, yukkuri hashite kudasai.

Wanita Itu said...

sangat bermakna ayat tu dek :)

qismina said...

waaa.. best tue kalu culik lelaki dewasa.. eheheheeee..

L said...

Culik lelaki dewasa?

Kau culik aku sahaja lah Zara.

aku rela babe.

hahaha.


eh, aku nak turun Muar.
boleh bergetanyang jumpa kau tak?

hahaha.

boleh kita bercium mesra!

(oh, fuck you pale-L)

LOL!

ahmad said...

nasih ko yang jumpa...kalo aku yang jumpa mesti aku buat tak tahu....hehehe

AzuanBudakMemandai said...

ayat tue memang terkesan huhuu

LORD ZARA 札拉 said...

Vida : nanti aku carikan ko satu la. =]

Munsyi : huwaa~ aku tak banned kamu pon~

Kak Wanita : hehehe~

Qismina : nak gak satu?

L : bongok eks ko?

Ahmad : ada nasi beriyani woo~ (entah kenapa aku umpan ko dgn makanan)

Azuan : terkesan kentang kan?

Cik Biol said...

aku pun..terkesan kt hati huhu

syarifah radiah ibrahim said...

terkesan yang amat.
:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hahaha...kebetulan waktu tu tengah pakai lawa2 ya zara...ada2 aja ini perempuan!~ =]

Lifesaver said...

nasib baik aku kecik2 dulu tak sesat