Saturday, February 06, 2010

Masa Untuk Acara Larian Peserta Perempuan? Ini Yang Buat Kami Nak Tunggu Di Garisan Penamat - Boleh Tengok Gempa Bumi.


Masih berbicara mengenai sukantara di sekolah.
Sumpah, aku rasa sekolah kami dalam kawasan lindungan hujan.
Panas terik sehingga boleh buat baju kering dalam masa yang sekejapan cuma.
Kering kontang padang.
Rumput hidup tompok-tompok macam panau.
Mohon hujan cepat-cepat datang.

Tadi siang ada tiga acara.
Balapan 100 meter dan 200 meter serta lontar peluru.
Semua kategori juga ada.
Sebagai ketua pasukan rumah, aku jalan-jalan memantau perkembangan anak buah aku.
Ya, aku kedengaran seperti ketua mafia di situ.
Siapa berani mahu lari?
Ya, aku akan kejar dengan gigih sambil ketap-ketap gigi.

Usai kembali ke acara padang selepas rehat, aku berada di bahagian balapan pula.
Periksa kedatangan pelajar - lihat kalau mereka enggan lari dan sumbangkan mata.
 Letak botol biru atas rumput hijau yang hampir bertukar warna.
Tarik terendak tutup kepala.
Mata tertancap pada senarai peserta rumah Laksamana.

Penjaga garisan dan pelepas peserta maklumkan peserta lelaki sudah selesai acara pertama balapan dan perlu bersedia di tapak acara lain pula. Masih ada dua tiga yang berkeliar-keliar di sekeliling kawasan urusetia.

Penjaga Masa : Cikgu, dah boleh mula acara untuk peserta perempuan.
Aku : Oh, nak mula dengan pasukan apa?
Penjaga Masa : Mana-mana pun boleh.
Aku : Kalau begitu, panggil rumah Laksamana dulu.

Aku duduk bawah khemah jalur-jalur macam jual air di pasar malam.
Dengar budak ketawa-ketawa.
Penjaga masa sudah suruh budak lelaki pergi ke acara seterusnya.
Ada yang degil lagi nampaknya.

Pelajar Lelaki : Cikgu, acara apa lepas ini?
Aku : Acara larian 200 meter.
Pelajar Lelaki : Perempuan ya cikgu?
Aku : Ya.
Pelajar Lelaki : Kalau macam itu, nak tunggu di garisan penamat lah. Boleh tengok gempa bumi.

Aku tersentak, pusing belakang dan panggung kepala pada mereka.
Mata jegilkan sedikit.
Pelajar muka terkejut dan ketawa berdikit-dikit.

http://quizilla.teennick.com/user_images/D/DA/DAR/darkflavouredcandy/1154283572_7693_27700.jpg
[Boleh atau tidak ke sekolah dengan solekan seperti ini? Gambar penghargaan di SINI]

Aku : Amboi! Mulut awak.Apa awak kata?
Pelajar : Maaf cikgu, tak cakap apa-apa.
Aku : Pergi acara awak sekarang. Belasah kang.
Pelajar : Ala cikgu, nak bagi sokongan sahaja. 
Aku : Eh, tadi cakap lain.
Pelajar : (Ketawa)

Sebab itu peserta perempuan benci mahu datang latihan sukan.
Bila mahu lari nanti di sorak-sorak oleh peserta lelaki.
Eh, adat pertandingan lah kan?
Mesti ada sorak-sorak, bagi semangat - secara sihat.
Senyum.

Tapi, kalau nak menggatal, memang kamu menempah bahaya.
Ketua pasukan Merah ini dahagakan mata.
Jadi jangan cuba tumpulkan semangat juang anak didiknya.
Dia akan gigih menentang setiap ujian yang melanda.
Ketawa.

Zara : Hati sedang mendendangkan lagu bahagia dalam bahasa German, Perancis dan Sepanyol. Entah mengapa rasa gila pada bahasa-bahasa pada malam yang ceria ini. Senyum, ketawa. Rasa gembira di hati sendiri.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

17 comments:

cikgu isza said...

sabo je lah ngan bebudak sekarang...

FANA said...

ha3! betul tu.

Fana pun tidak suka kalau masa tengah lari atau lompat jauh budak lelaki tengok.

Budak lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat pun.

eddie dewanaga said...

normal beb...

isha said...

memang tu tabiat bdk pompuan skrg

AyanaAsham said...

teringat pula zaman kegemilanganku selaku wakil rumah sukan..tp rumah hijau selalu je kalah...apehal ek

sudah tentu zara akan sentiasa nampak muda remaja sebab sentiasa di kelilingi dgn remaja,ngeeeeeeeee
(spt kate Madam J*lecturerku)

Cik Biol said...

a'ah tu psl dulu malas nk g latihan rumah sukan ekekke

Billet-DOux said...

erk.. no komen.

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.rindu zaman sekola ;)

acap2405(1169) said...

oo..
paham..
paham..
hahaha..
saye budak budak macam tuh..

sharamli said...

malu nak larik kal0 ad dak laki..hak3

faqhrule said...

cikgu mata hitam,

mesti ada yang perempuan berlari sambil pegang tudung di hadapan kan? risau dilayang angin.

hehehe

trivia: sukan nanti, chegu mata choklat jadi pengurus pemenang acara balapan.

Anonymous said...

http://www.catcheye.com.my/?r=59007


try this... its act just like nuffnang..but totally easier....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

nakal sungguh budak2 sekarang...sabar je lah ye zara melayan kerenah segala...haha =D

naz said...

hahahahha!
jujur adalah ubat ketawa

avid gunner said...

hahaha...aku penah jadi mcm budak tu beb..x pernah miss tgk team bola baling maktab dulu...

Dak Wan® said...

Menang tak?

Lifesaver said...

gempa bumi??????????erk......