Wednesday, February 17, 2010

Pelancaran Ekslusif : Poster Politik, Profilik Dan Propaganda Zara. Buang Persahabatan Disebabkan Fitnah, Itu Sesuatu Yang Bermaruah?


Salam sayang buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Penulisan kali ini mempunyai unsur yang kuat dalam menjadikan diri terkenal walaupun sementara cuma. Menerima juga bingkisan kutukan di kantung peti masuk surat elektronik. Kamu betul-betul buat aku ketawa. Bukankah ini pertandingan sekadar suka-suka? Jangan lebihkan emosi bila berbicara. Nanti aku lemas dalam kutukan mesra dan sampah yang hina.

Baiklah, emosi sudah dilepaskan sedikit di atas.
Tidak mengapa, senyum Zara. Senyum untuk menampakkan diri adalah seorang yang kacak, gagah dan menyenangkan hati semua manusia di sekeliling anda.
Tampal wajah, ikat wayar, senyum lebar.

[Nampak menarik bukan? Penghargaan buat Emora Valeria yang sudi buatkan aku poster ini]
Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.
Senyum. Pelukan mesra.

Ya, teruskan mengundi.
Kalau kamu punya blog sendiri, sudilah kiranya jalankan promosi.
Aku sudah diingatkan bahawa aku mungkin kalah dari segi populariti oleh seseorang yang sangat 'baik hati'.
Tidak mengapa, yang penting, aku mahu teruskan usaha sendiri.
Terima kasih pada mereka yang memahami.
Terima kasih buat mereka yang mengundi.

Baru tadi aku menyedari sesuatu yang buat hati rasa tersentap.
Tercopot jantung keluar dari saluran yang memegang utuh sebuah pam yang mengawal kestabilan diri.
Sesuatu yang sungguh menguji kekuatan diri.
Buat aku menilai semula diri, muhasabah setiap inci hati.
Persahabatan sudah tidak memberi erti dalam ikatan yang dianggap suci?

Dia antara insan yang aku hormati.
Perkenalan bukan sebuah coretan palsu entengan yang manusia topeng laungkan.
Manusia lain bisa pakai tutup muka, coretkan kanvas mesra tetapi samakah mereka dalam mengatur bicara dan menyelam dasar sebuah hati yang penuh darah?
Aku tersentak.
Sumpah.
Mudahnya kamu termakan fitnah entah dari siapa.
Kalau dari mereka-mereka yang memandang rendah kebolehan diri aku dan keadaan fizikal aku, ya, terima kasih atas kenangan yang pernah kita bajai bersama wahai kawan. Tidak pernah aku menyangka akan disingkirkan sedemikian rupa seperti tidak bermaruah.

Tidak mengapa.
Aku kenal kamu.
Silap.
Aku rasa aku kenal kamu, tetapi aku tertipu.
Itu semua palsu.
Kamu boleh bunuh persahabatan ini dan buatkan aku berasa sedih pilu.
Tetapi, kamu tidak boleh buat aku rasa sebegini malu.
Malu sebab persahabatan ini kamu campakkan ke penjuru.

Entiti diri tidak akan berubah.
Identiti diri tetap akan kekal megah.
Keyakinan diri akan buat diri ini tabah.
Tidak, kamu tidak berjaya buat aku marah.
Sebab pada aku, persahabatan ini bukannya murah.

Zara : Walaupun kamu cuba menikam aku dari belakang dengan sengaja, aku tetap akan berpaling ke hadapan dan lihat muka kamu dengan senyuman kerana hati aku bukan tempat membajai sesuatu yang bergelar dendam dan khianat.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

16 comments:

Emora Valeria said...

biarkan saja ape orang kata. =)
undi2,kasi menang ini hari!

maisyara Pot! Pot! said...

sudah ku undi.. suka! suka!!!

gudluck! :D

naz said...

orang popular memang camtu :) undi pukal dari sekrang haha

HEMY said...

aku dh vote...aku mmg tak berapa minat contest vote ni..huhu

Jard The Great said...

gud luck!

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

gudluckk syg :-*

sharamli said...

dah agak dah..kamo0 tetap senyum kan..

all da best dear...heeee

Dak Wan® said...

Adeih.... gila apa orang tu eh? Tergamak btol buat camtu... byk bersabar lah k?

vidadarisakura said...

syg.mari i tolong undi u. tapi hadiah karang u tolong pos kat i ar.heee

Daffodil D said...

sayang, persahabatan kita berapa harganya? :")

Cik Biol said...

persahabatan sejatitakkan putus dgn fitnah :)

hisham said...

salam cikgu...nk kena undi ke?...nnti i tgk ok....

hans said...

dah undi dari semalam

░♥si lampu neon♥░ said...

erkk sapa yang kata ko takleh menang tuh adoii

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

daku sokong kamu...pasti! =]

Lifesaver said...

xleh undi byk kali kan??