Wednesday, February 17, 2010

Pendedahan Terkini : Padang Bola Ditumbuhi Bunga Cinta. Ghairah Cinta - Pengurus Bola Sepak - Benda Baik Harus Dijamah, Dinikmati Dan Diratah Bersama.


Saya mahu lupakan lelaki tinggi dan berkening segi.
Saya mahu lupakan lelaki bermata coklat cair.
Saya tidak mahu lelaki bermata biru langit.
Sebab saya ada awak - kekasih yang bertutur dalam bahasa ibunda.
Kekasih yang sangat setia.

Awak, terima kasih sebab sentiasa buat saya gembira.
Awak, terima kasih kerana sentiasa buat saya ghairah bila bersama awak.
Ghairah dengan cinta awak.
Bersemangat dengan kewujudan awak.

Awak, awak buat saya makin kenal diri saya.
Awak buat saya menggali dengan lebih dalam tentang diri saya sendiri.
Kadangkala awak buat saya berkecamuk juga.
Kadangkala awak buat saya lupa tentang makna cinta.
Tapi satu yang pasti, awak tidak pernah buat saya lupa pada Yang Maha Pencipta.
Senyum.
Nampak gigi.



Awak, inikah perasaan cinta yang sebenar?
Awak, inikah yang kita berdua mahukan dalam meladani hidup di atas bumi yang sementara?
Saya sering tertanya, mengapa saya cinta awak lebih daripada mana-mana jejaka yang singgah dalam hidup saya - walaupun saya jumpa jawapannya, saya tidak pernah tahu perasaan awak pada saya.

Awak, cintakan awak saya rasa seperti saya seorang pengurus pasukan.
Ya, pasukan bola sepak.
Sembunyi ketawa.
Ghairahnya saya pada awak, sama macam saya ghairah menonton perlawanan bola sepak.
Awak buat adrenalin saya berlari laju.
Awak buat saya jerit-jerit kuat, walaupun awak tidak menyepak bola dengan laju.
Awak buat saya sanggup tanggal baju lain dan pakai baju istimewa seperti saya menikmati semangat bola sepak itu sendiri.
Awak terlalu lain.
Istimewa adalah lebih tepat barangkali.

Awak pernah cakap dengan saya yang awak tidak akan tinggalkan saya.
Awak pernah cakap yang awak akan kekal simpan saya di dada awak.
Awak kata, betapa ghairahnya saya pada awak, hidup kita hanya sementara.
Saya akur dengan kata-kata awak.
Awak beritahu saya kebenaran.
Awak mahu buka hijab yang melindungi kejahilan.
Saya tunduk.



Duduk tepi padang bola.
Tengok bunga-bunga cinta yang mula mekar.
Sudah lebih setahun awak bajai cinta dalam hati saya.
Saya tidak pernah jemu dengan awak.
Awak juga tidak pernah menolak setiap kali saya lakukan aksi mesra.
Kadangkala saya liar, kadangkala saya sopan, kadangkala saya dan rakan-rakan ratah awak secara berjemaah, awak dan saya tahu - benda baik harus dikongsi bersama.

Awak, antara perkara terbaik yang awak beri pada saya, awak sentiasa berikan saya peluang untuk menukar pakaian awak. Itu memang acapkali buat saya terharu. Buat saya gembira kerana mempunyai cinta terbaik seperti awak. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya kerana awak mengajar saya erti bahagia. Erti cinta.


[Baju pertama awak]

Terima kasih kerana menjadi kekasih yang cukup setia.
Terima kasih kerana sentiasa bertutur dalam bahasa ibunda.
Terima kasih kerana mengajar saya apa itu makna sebenar cinta.
Cinta yang tidak terbatas hanya pada manusia.

*******

Terima kasih kerana membaca hingga akhir.
Kamu semua antara tunjang yang membawa siapa aku hari ini.
Oh ya, penulisan ini khas untuk pertandingan hujung minggu di Sheffield (baca : entry ini untuk contest weekend @ sheffield) yang dianjurkan oleh saudara Joe - antara sumber inspirasi dalam meneruskan suatu misi. Joe, aku mahu salji. Noktah.

Zara : Hari ini, adik ketiga merangkap anak keempat keluarga ini mendaftar di MRSM Muar. Tahniah buat dia. Moga usaha sentiasa diteruskan untuk menjadi yang terbaik. Eh, dia tinggalkan kasut bola dia yang beratus ringgit itu di rumah. Ketawa besar.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

23 comments:

rentan said...

owhh nice.. gud luck!

milimilo said...

ingtkan siape la awak yg xpernah buat kakak lupe pada Tuhan,rupenye becinte dgn blog...best2.. =)

noor afzan said...

good luck n tahniah..=)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bila sampai part ni... "kadangkala saya dan rakan-rakan ratah awak secara berjemaah, awak dan saya tahu - benda baik harus dikongsi bersama" dah tahu mesti ada sesuatu di penghujungnya....haha...gud luck zara! =]

░♥si lampu neon♥░ said...

ko bukan tekan tubi tuuu ko tekan angin wehhh ahahah

Kyuubi_85 said...

wah2.... mood kontest la skrg ni... korang semua ni dapat banyak ang pau ke? :D

Emora Valeria said...

mesti disebutnya salji di akhir entry =p

GhOsToNe said...

lbih baek brcinta dgn sebangsa..

Fina Fento said...

ahh..this is sweet :)

aini hayati said...

congrats to isa..kirim salam pd dia ya..hv a nice day ;)

Nazatul shima said...

heheh..becinta ngan blog upenye..:p
sian zara..bile lagi nk becinte ngn manusia tol2..;)

Moon Death Spell said...

kamu blogger yang sejati...
heheheeh..siap buleh bercinta dengan blog lagi tu

syarifah radiah ibrahim said...

ahah.
chumel.
:)

tunbegia said...

sungguh manis,

salamm,

naz said...

cayokkkk cikgu zara! kasi gegar sikitttt

ashie023 said...

aih baca bola sepak ni..terbayang manchester united..ahaha..

zaizax said...

wahha ayat punya jiwang bunga bunga..las las cehhh hampehh jee tp nice n sweet ..

Wanita Itu said...

sayang blog kamoo juga..leh ker?hee..

joegrimjow said...

hakhak
suke
like it!!

poem kamo buat tu kene dengan jiwa ok
heee

nak salji?
nanti ku pos
erkk
kalau sampai

heee

apa apa pun
thx u sebab join

Jard The Great said...

ehehe.. cinta dgn blog... sama la.. ku cinta 'awak' jugak

I N D A H said...

nice
entry ni wat saya xkering gusi

Lifesaver said...

dik..bersenam ke tak tu?

farah said...

terbaik la ! :)
suka dengan ayat-ayatnya