Thursday, February 18, 2010

Sebelum Berlepas Ke Angkasa Mengikut Jejak Langkah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Ini Sahaja Bingkisan Yang Mampu Aku Titipkan Buat Kamu.


Selamat tinggal Bumi bertuah.
Selamat tinggal daerah yang istimewa.
Selamat tinggal makmal rahsia.
Selamat tinggal ramuan terbaik yang menghiasi darah.
Kamu semua terpaksa mengucapkan selamat jalan pada aku.

Selamat tinggal cinta.
Selamat tinggal Dunia Sebelah Zara.
Ini mungkin penamat dunia, tetapi permulaan buat angkasa.



Ya, sebelum aku mengikut jejak langkah jejaka kacak di atas, aku mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan kalian sepanjang aku berada di dalam dunia maya ini. Tanpa kalian, aku hanyalah insan yang entah siapa mahu peduli. Dunia realiti aku mungkin baik, tetapi di alam maya ini aku lebih menjadi diri sendiri tanpa perlu memakai topeng kesakitan yang mencengkam pawana.

Aku punya impian dan harapan setinggi angkasa.
Hari ini aku dijadualkan ke sana.
Kalau kamu baca titipan ini selepas jam lapan pagi waktu Malaysia, itu adalah garisan penamatnya.
Tiada istilah berpaling lagi walaupun aku amat sayangkan kalian semua.
Senyum terpaksa.
Betulkan muka, ukir wajah gembira.



Masih ingat tentang Dunia Sebelah Zara yang kamu boleh temui di Mukabuku?
Itu hadiah khas untuk kalian semua.
Kalau kalian adalah penulis blog dan mencari tempat untuk meninggalkan penulisan terbaru, ya, aku persilakan kalian ke sana. Tinggalkan sahaja alamat penulisan terbaru penulisan kalian. Moga-moga ia menjadi perkongsian terbaik buat mereka yang lain. Aku mungkin hanya mampu memerhati dan mendoakan yang terbaik daripada atas sana.

Nafas tersekat.
Batuk tersembur darah pekat.
Gagahkan diri, tabahkan hati mahu jengah kalian dari dekat.
Aku cuma harap aku tidak terlewat.
Senyum kelat.

Jika ini titipan terakhir, ingatlah kamu adalah tunjang kehidupan dunia.
Kalau tiada lagi jalinan takdir antara kita, penyambungnya tinggal doa.
Kalau ini ukhuwah terbaik, moga ia terpelihara.
Terima kasih kalian, pencinta dunia sebelah zara.

Salam terakhir sebelum berangkat ke angkasa.
Salam terakhir sebelum pergi menunaikan amanah.
Moga kasih semakin bercambah.
Pelukan mesra.

Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.


Zara : Aku perlu menghadiri taklimat program latihan SKM, MKM dan ANGKASA tahun 2010 hari ini. Dari jam lapan pagi hingga satu tiga puluh tengah hari. Senyum. Eh, benar, aku perlu ke ANGKASA kan?


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

22 comments:

Mimpi said...

Kirim salam dekat alien2 yang kau jumpa di Angkasa tu.

Jangan lupa bawak balik ice dari angkasa.

Haha~

Oh ya~
ku juga join contest Joe.
May the best win.
:)

noor afzan said...

benar2..

good luck ya no 52 mmg ada luck...

joegrimjow said...

mengundi jooomm semuanya!!

Sharinginfoz said...

oo rupanya itu yang diucapkan ya.... memang bertuah kan jdi rakyat Malaysia pertama yang menjejaki diri ke sana,...

Gangguan Seksual

Nak Jadi Penjamin????

mira amair said...

nak ikut bleh?
hihihihi/\...

Cik Biol said...

ingat nk wat umrah naik kpl terbang td hehe

Public Uranus said...

eish wat risau je~ ingat nak ke mana =)

syarifah radiah ibrahim said...

semoga berjaya di angkasa.
hehehhe~~
:)

Emora Valeria said...

oh2~sampaikan salam kepada sape2 di ruangan angkasa ok.

Billet-DOux said...

Salam.

jaga diri cik zara di angkasa..hehe.. takut terbang ke planet laen susah gak tuh.

eNaSaN said...

ku mau TerbaNg ke anGkasa beRjumpa saNg paRi2...heheheheh




uNdi kaMOO slalu..hehehehe

HIZAMI said...

pergi saja.
pergi pada langit itu.
kira ada apa yang kau mahu di situ.
pasti bahagia milik kamu.
nanti.
;D

cik EPAL said...

dr sms yang hensem :)

GhOsToNe said...

beshnyew..
moga tenang di angkasa!

Moon Death Spell said...

jgn lupa cari alien yang solo untuk saya ye heheheheh

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

selamat bertaklimat cik zara...hihihi =]

isha said...

nnt bwk balik buah tangan dr angkasa

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam zara...jangan lupa petik bintang untuk saya....

mamai said...

tolong bawa gps sekali nanti senang nak balik

vidadarisakura said...

babaiiii.

hans said...

aku selalu jer tinggalkan dkt dunia sebelah zara tu
ekeke
pi angkasa?
bila ko jadi astronot?

Lifesaver said...

sheikh muzaphar...dah bertunang.melepas