Friday, February 12, 2010

Seluar Ketat, Baju Singkat, Nampak Seluar Dalam Terlekat, Tali Leher Atas Pusat - Kamu Memang Hebat.


 Menoleh sekilas, sepantas kilat.
Dia datang dengan langkah teratur, tangan rapat.
Duduk, kaki disusun tegak dan terserlah senyuman memikat.

Diam dan angkat kening lebat.
Dia tidak pernah berubah sejak hari pertama nampak kelibat.
Seluar ketat.
Baju singkat.
Nampak seluar dalam terlekat.
Tali leher atas pusat.
Rambut hitam berkilat.
Kening lebat.
Hujung bibir dihiasi tahi lalat.
Bila tersenyum memang nampak memikat.
Panahan seorang arjuna yang suka memusing sikat.

Datang dekat.
Cuba peluk erat.
Tarik muka ketat.
Dia gelak besar tersekat-sekat.
Kepala ditunduk tanda hormat.
Masih ketawa sembunyikan wajah malu akibat ditolak tepat.

Senyum lagi, masih mahu memikat.
Eh, jangan lupa yang kaki sudah terikat.
Tangan sudah dijalin dengan cincin dan ditukar dengan gelang seurat.
Tangan kanan hulur surat.
Tangan kiri capai cawan berat.
Angkat tangan, minum kopi pekat.
Ah, gaya kamu memang hebat.

http://www.thelifefiles.com/wp-content/uploads/2008/04/pants5.jpg

Selalu ketawa bila nampak gelagat.
Ah, tangan terikat tidak mampu buat kamu tersekat.
Bahkan lebih ligat.
Kesat dahi, usap keringat.
Bila mahu berubah wahai sahabat?

Angkat lagi kening lebat.
Mata hitam itu memang bulat.
Alis mata yang teratur memang padat.
Alur mata yang terbentuk cantik seperti kemas dipahat.
Seka rambut yang jatuh ketepi, rambut yang hitam lekat.

Perbualan disulami dengan jenaka yang tidak liat.
Masa tidak mampu berubah seperti kita injak tanah liat.
Hilang, jauh, pergi tetapi sentiasa teringat.
Otak tidak tepu dengan kenangan gila yang padat.

Tangan capai semula surat.
Ah, susah mahu buka sebab terlekat.
Buka, baca setelah koyak dengan kuat.
Ketawa, senyum, terkejut dan tarik muka kelat.
Jerit kuat jahat.
Jari pantas memulas telinga tercapang hias kepala besar dilitupi rambut lebat.

Sahabat.
Walau kita jauh kamu sentiasa dekat.
Selak mata hati, buka memori, kamu pasti teringat.
Kamu dan aku pernah terpelanting akibat disengat.
Pernah kongsi makan coklat.
Pernah jatuh dalam paya lekat.
Tahi tanah penuh melekat.
Busuk badan, memang pekat.

Terima kasih bila kamu kembali bukan lagi sebagai seorang yang bersepatu berkilat.
Terima kasih datang walaupun kamu mengelat.
Jarak masa kamu memang liat.
Lambat.
Jahat.
Tetapi kamu akan sentiasa aku ingat.

Selamat.
Selamat.
Selamat.
Kamu akan tinggalkan bumi yang ketat.
Akan jumpa tanah subur buat kamu tabur benih yang hebat.
Jangan lupa tanah kemarau yang entah bila akan disirami hujan lebat.
Jangan culas, nanti aku piat.

Zara : Terima kasih kerana membaca hingga penamat.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

13 comments:

Lifesaver said...

siapa tu?

Emora Valeria said...

oh2 sapekah??/btw,ayat anda sangat mantap!

naz said...

siapa kah gerangan?
yang memberi zara penangan? ahahaha

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

waaa.. sume t di belakang~ penat baca tapi sukee~

FANA said...

seluar tu pelik!

acap2405(1169) said...

sumpah..
saye terasa kepeningan untuk membaca entri nih..
@_@
T_T

tinggi giler bahasa kak zara..

zara said...

style sekarang..camtula

░♥si lampu neon♥░ said...

apobondo ko ni zara oii tak pahammmm

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

must be somebody out there...kacingggg... =P

sueella said...

ayat yg sedap, ingatkan tajuk tu.. ditujukan pada girl yg suka pakai ketat-ketat. hehe

ariff said...

culas tu ape?

fira ya hilwa said...

xpaham juga..
lantas dibaca juga,
walaupun terpinga-pinga @_@

ariff: culas = malas

Uruchimaru @ kf said...

tak larat nk bce!