Wednesday, February 24, 2010

Ya Allah, Kamu Uji Kami Di Tarikh Yang Sama Lagi. Adakah Aku Bukan Manusia Bila Tiada Tangisan Di Saat Kematian?


Pagi 23 Februari 2010, aku menulis tentang datuk dan nenek aku yang pulang menemui Ilahi pada tarikh yang sama. Betapa suratan dan kebetulan, jarak enam tahun, datuk mengikut jejak langkah isterinya yang dicintai. Hanya doa dan iringan sedekah jariah mampu kami sekeluarga kirimkan buat mereka.
Allah Yang Maha Besar!
Malam tadi Abah menerima panggilan telefon.
Tertera nama anak saudaranya merangkap sepupuku di paparan.

Pemanggil : Salam. Kenal Azhar?
Abah : A'a, jangan main-main. Cik ada nombor kamu ini.
Pemanggil : Pakcik, saya kawan Azhar. Saya mahu beritahu pada pakcik yang Azhar baru sahaja meninggal dunia pakcik. Dia kemalangan sebentar tadi.
Abah : Innalillah. Biar betul? Jangan main-main.
Pemanggil : Betul pakcik. Saya rakan sekerja dia.

Ya Allah!
Kamu khabarkan kami berita yang paling menyayat hati keluarga.
Tarikh yang sama Ya Allah!
23 Februari, kami kehilangan lagi.

Al-Fatihah.

Abah bergegas membuat panggilan pada bapa saudara aku. Ya, anak dia, harus segera diberitahu. Kebetulan, tatkala Abah telefon, Pak Long sudah bergegas keluar kerana telah mendapat berita tersebut juga. Maka, kami di sini, sibuk menyebarkan berita tersebut pada saudara mara yang lain.

Aku tersentak bila Abah menyebut Innalillah.
Bila Abah khabarkan berita itu pada kami, aku hanya mampu berdiri tegak.
Terpacak tanpa emosi.

Ya Allah, kenapa dengan diri aku?
Hati sedih, meruntun kehilangan sepupu tersayang, tetapi tiada setitis air mata yang keluar?
Tiada tangisan dari mata ini.
Bekukah aku sebagai manusia?


Al-Fatihah
Syed Azhar Syed Abdullah (dalam kotak merah)
19 Januari 1984 - 23 Februari 2010.

Kemalangan jalan raya di Sepang meragut nyawa dia.
Nyawa sepupu kami yang merupakan cucu keempat keluarga.
Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dia.
Anak sulung pula.

Dia antara sepupu terbaik aku.
Membesar bersama dan banyak menghabiskan masa tatkala menginjak usia.
Entah berapa tahun aku tidak bertemu dia sehingga raya tahun lalu.
Dia masih macam dulu.
Kalau tidak bersua muka, pasti ada pesanan yang aku terima di Mukabuku.

Tapi, tiada lagi selepas ini.
Dugaan tergempar bagi kami yang sukakan sifat kelakarnya.
Hebat cabaran tatkala selama ini kami lihat kematian lapisan generasi tua sahaja.
Dan aku kecewa bila ia berlaku tatkala bulan merah menjelma.

Aku tidak dapat melelapkan mata.
Jari aku masih mahu mencoretkan sesuatu tentang dia.
Tetapi hati yang sedih sudah tidak mampu aku kekang sifatnya.
Tiada tangisan, cuma kesedihan.

Esok, 24 Februari 2010, pagi usai Subuh aku akan berangkat ke sana.
Sudah memberikan perkhabaran kepada Tuan Pengetua.
Esok tidak akan ke sekolah.

Mendapat perkhabaran dari makcik yang sedang menunggu di bilik mayat, jam 9 pagi esok bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang.
Mungkin tengah hari bakal dikebumikan di kawasan perkuburan berdekatan rumahnya.

Buat mereka yang bertanya dan menyatakan mahu ziarah kalau ada kesempatan, aku letakkan alamat rumah keluarga Allahyarham di sini.

Allahyarham Syed Azhar Syed Abdullah.
1341, Jalan 1D/2, Taman Baru Sungai Buloh,
47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Terima kasih pada mereka yang mengucapkan takziah di Mukabuku dan Twitter.
Moga Allah sentiasa merahmati kalian juga hendaknya.
Oh, aku mungkin hanya akan mengemaskini status terkini tanpa dapat berinteraksi dengan kalian.
Siapa yang mendambakan nombor telefon aku untuk dihubungi, tinggalkan sahaja permintaan di surat elektronik aku ya?

Salam.
Aku undur diri.
Al-Fatihah.

Zara : Ya, aku masih terkejut. Doakan aku lebih tenang ya? Terima kasih buat wajah kesayangan aku, Si Busuk yang menenangkan aku tatkala aku kusut dengan diri aku yang tidak dapat mengalirkan air mata.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

40 comments:

.ieLah. said...

takziah..

Pali Rawk said...

i'll try everything i had to be there, tomorrow.

Tfaaaaaa said...

takziah ;(

Billet-DOux said...

Takziah..
Banyakkan bersabar cik zara..

penjenayah merah jambu. said...

takziah,zara.
semoga arwah tenang disana.
amin.


dan zara,
take care.
*peluk*

sнaк said...

Takziah. Be strong Cik Zara. Allah is always with you.

ciK LyndaWawa igUana said...

takziah zara.....banyakkan bersabar...

Hizami Li said...

innalillah.
ajal maut di tangan Tuhan.
hurm.

-N e Y r A- said...

tenang masuk blog ni dgr surah fatihah. takziah zara

Dak Wan® said...

Innalillahh wa inna ilaihi rojiun.... Salam Takziah dari teman sekeluarga di Perak ni. Semoga roh arwahnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

takziah zara...muda sungguh orangnya...al-fatihah =[

FaTiN said...

al fatihah buat arwah. singkatnya hidup ini.

zara, be strong my dear.

AyanaAsham said...

takziah....al fatihah....

joegrimjow said...

alfatihah
ayah kawan pon baru meninggal

naz said...

alfatihah

ct sarah said...

takziah Zara...tak care your self dear...Moga Allah lindungi kamu dan keluarga...AL-Fatihah

farhana said...

Tiada air mata bukan bermaksud tak ada emosi..tp mngkin terlalu sedih..
Sy pernah merasainya dulu...ketika kehilangn insan yg plng disayangi.

Takziah....

JiEjAh_DeEn said...

Al Fatihah. begitulah manusia , di sana jua tempat yg berkekalan ;(

Anonymous said...

zara,sungguh x disangka..kite ade perkaitan rupanya..ibu arwah adalah sahabat baik ibu saya,arwah adalah sahabatku,sedih atas pemergiannya,namun itulah janjiNya..semoga roh nya ditempatkan disisi org2 yg mulia..ameen, semoga zara tabah, i'allah kalau ada rezeki,kita b'temu di rumah arwah ye..
~sabrina~

Husna Hadzarami said...

takziah zara..
al fatihah..

Lifesaver said...

bulu roma ku meremang...al fatihah!

Ah Fatt said...

al fatihah

puding roti said...

rs sgt sedih. awk, bertabah.
al fatihah

MinTy said...

salam takziah.

Cik Biol said...

salam takziah..al fatihah buat arwah..

[z@ck] said...

takziah..
sedih
=(

Emora Valeria said...

takziah kak..

Alimaz-Kembara Terasing said...

tahziah...al-fatihah

Framestone said...

al-fatihah buat arwah

BroFramestone Blog

avid gunner said...

takziah atas kehilangan

zan-xray said...

Takziah atas kehilangan mereka.
Aku sendiri takut dengan kehiangan nyawa kerana kemalangan
Al Fatihah.

syarifah radiah ibrahim said...

takziah buat kak zara sekeluarga.

memang susah menerima kehilangan orang tersayang. pasrah dan redha ketentuan Ilahi, itu yang terbaik.

*peluk*

i.am.belle said...

takziah zara. bawa bertenang ye. take care.

sedih juga :(

محمد فردوس سعد said...

salam takziah buat enti sekeluarga..harap tabah menghadapi ujian ini..Allah sayang dia..Allah juga sayang pada kita semua..terimalah seadanya

Helmi Razali said...

aku tak mampu buat apa, cuma mapu ucap takziah.

Didi Nadhirah said...

takziah juga dr saya....arwah kawan sekelas saya di sek tek muadzam shah pahang dulu...kami satu kelas rasa sedih dgn kehilangan arwah...last kami berjumpa masa buka puasa tahun lepas..al-fatihah

-aTie- said...

takziah...inilah dia dugaan dunia. hidup dan mati bezanya seperti azan dan solat.

Khaizarien @ atie Blog

Kelbros said...

takziah, saya kawan arwah sejak skolah lagi. amat terkilan tak sempat nak tengok wajah arwah buat kali terakhir.

Anonymous said...

takziah...'he'was REALLY A GOOD GOOD BESTFRIEND we ever had..time just to short 4 us to be wif 'him'..stil to early 4 'him' to bid 'farewell'..we will always remembered the story,jokes and laugh we shared 'RAMBOO'..
u wil not b forgotten..u wil always remains here..DI HATI SEMUA YANG MENGENALIMU...semoga tenang d 'sana'..(on behalf of DEPOH KLIA)

kday said...

i used to be in ur position where my grandpa passed away. i am his second grandchild, the first grandson, and i am very close to him. the thing is, i just couldn't cry, even i was deeply sad. maybe i am just too stubborn.

may ur late cousin rest in peace. may He blessed him.