Friday, February 12, 2010

Zara Rayyan : Kalau Tunggu Selepas SPM, Maksudnya Kami Ada Peluang Masuk Meminang Cikgu. Ulat Bulu Dah Naik Daun Tapi Tak Jumpa Pucuk.


Pagi Jumaat yang sejuk.
Eh, setiap pagi memang sejuk bukan?
Senyum.
Sedang menikmati sarapan - segelas bijirin segera.

Tentang penulisan semalam, bukan aku tidak mahu berkahwin. Eh, semua orang mahu. Walaupun aku merancang untuk membeli sperma di bank sperma (jangan lempang aku), tetapi itu hanya omongan kosong. Aku belum gila sehingga tahap itu. Lagipun, aku percaya dengan ketentuan takdir serta Qada' dan Qadar Allah. Masih banyak yang perlu dilalui, masih banyak yang perlu diteroka.

Pelajar adalah sumber kekuatan dan juga mungkin kelemahan aku.
Aku lihat mereka setiap hari sambil masuk ke dalam setiap jiwa dengan berhati-hati. 
Ada yang kamu bisa terjah sahaja jiwa mereka dengan ganas, tapi ada juga yang berpaksikan kepada kelembutan dan ikatan hati yang kompleks. Mengawal sekumpulan pelajar yang nakal dan malas belajar adalah berlainan dengan sekumpulan yang sangat teruja dengan ilmu. Tetapi, setiap mereka ada keistimewaan masing-masing. Ya, mereka istimewa. Mereka mengajar aku lebih dalam tentang apa itu manusia.

Semalam aku masuk ke kelas yang agak nakal sedikit perangainya.
Sudahlah belajar tentang hormon manusia, memang aku boleh pitam dengan soalan yang hampir-hampir buat aku naik darah. Senang sahaja caranya, aku cakap lepas dan bersikap terbuka.

Usai perbincangan, ada lagi yang bertanya tentang hal hormon dan masa depan.

Pelajar : Cikgu, setiap orang ada hormon tu sejak bila?
Aku : Sejak lahir. Macam saya kata tadi, kita dipisahkan oleh jantina masing-masing sahaja.
Pelajar : Cikgu, cuti kali ini lama, tak makan nasi minyak ke cikgu?
Aku : Eh, makan. Banyak jemputan orang kahwin.
Pelajar : Bila cikgu nak kahwin?
Aku : (diam sekejap) Bila-bila pun boleh.
Pelajar : Kalau cikgu kahwin, jemput saya ya?
Aku : Sebagai ahli rewang? Boleh sahaja (ketawa)
Pelajar : Sebagai calon la cikgu. Tadi budak Tingkatan Satu kata cikgu nak kahwin bila pelajar cikgu habis SPM. Tahun ini kami dah Tingkatan Empat, tunggu lagi setahun sahaja lah macam tu. (ketawa)
Aku : Amboi mulut.

Aku kemas barang.
Berikan kerja sekolah.
Sambung penerangan sambil memberikan contoh yang sesuai dengan keadaan.

Pelajar : Jadi, kalau dah menggatal, maksudnya hormon dah banyak?
Aku : (Pening kepala otak) Dah banyak sangat lah tu. Balik jangan lupa buang.
Pelajar A : Kalau mengurat perempuan kira sama gatal la cikgu?
Aku : Ya.
Pelajar B : Alamak, ulat bulu dah naik daun.
Pelajar C : Tapi tak jumpa pucuk. A, Kamu nak mengurat siapa? Aku ikut.
Pelajar A : Yang itu (sambil tunjuk aku)
Aku : Nak kena lempang, sila buat.
Pelajar : (Gelak ramai-ramai)

Aku rasa memang wajar tindakan aku ambil tekanan darah setiap kali pulang dari sekolah. Sekurang-kurangnya aku tahu jika aku sudah melepasi tahap bahaya atau tidak. Oh, pening kepala. Hari ini mahu ke sekolah. Nasib baik tidak berjumpa mereka lagi hari ini. Ketawa.


Aku lihat ada orang cari perkataan Zara Rayyan.
Adakah kamu mencari aku dan anak aku sekali?
Ketawa.
(Sila cari label Rayyan untuk bacaan lebih lanjut)

Aku : Mulai esok, cuti sekolah selama seminggu akan bermula. Tiga sorakan untuk permulaan minggu yang akan membunuh setiap urat nadi aku.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

15 comments:

Aidy Shahiezad said...

"Tentang penulisan semalam, bukan aku tidak mahu berkahwin. Eh, semua orang mahu..."

yerp, betul... cuma perlukan masa dan ketika yang tepat sahaja... sampai masa, setiap orang pun akan menempuh saat tersebut dgn rela hati... ;)

noor afzan said...

aduh...macam2 budak2 sekarang..
advance

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

budak2 tu nantilah yang akan kenangkan cikgu macam zara ni spnjang hayat mereka...betul...budak2 nakal ni sbnrnya hati dia lembut...

Alimaz-Kembara Terasing said...

hai la budak2 la ni gatai no...

Lifesaver said...

aah..budak2 skrg sangat advance

mamai said...

cikgu zara jgn lupa jemput pakcik yer

cikgu_math said...

merekalah yang mewarnai hidup kita...
kita marah.. tetapi kita rindu..betul tak?

naz said...

wah mereka juga pandai berbahasa:)

vidadarisakura said...

pening kepala hendel budak macam ni. hee

cj'alhafiz said...

hahaha....anak-murid pun banyak kerenahnya kan. siap ngurat zara lagi..

terbaru at what cj says??: http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/just-shut-up.html

izzad b* said...

mak ai bdk2 zaman skarng nie!hebat!

Emora Valeria said...

seronok membace karenah pelajar dan guru =)

ciK LyndaWawa igUana said...

ambik tekanan bp sekali..hehehe

acap2405(1169) said...

eh..
sekola cuti seminggu ker..??
sekola saye sampai rabu jer..
T_T

asilahkassim said...

omg, zara knp student u advance sangat. huhu~