Tuesday, March 23, 2010

Bila Legasi Cinta Alisia Terletak Cantik Di Laman Penulis Blog Terkenal - Denda Paling Kejam Pada Pelajar

Salam semua.
Aku sedang terharu bercampur baur bila Kak Kujie dari Hidup Biar Sedap menulis tentang Legasi Cinta Alisia. Ya Zara, sila menangis sambil berguling sebagai simbol terharu.Aku mengenali Kak Kujie secara maya bila sering jengah blog dia dari blog penulis blog lain. Segan mahu tinggalkan komen, dan aku selalunya jadi pembaca senyap.

Kali pertama aku berjumpa Kak Kujie adalah di pertemuan penulis blog tempoh hari. Ya, memang sangat terharu dan menggembirakan. Kak Kujie menulis mengenai Legasi Cinta Alisia di sini.


Kiri ke Kanan : Ita Fukada, Kak Kujie dan Zara tanpa cermin mata.

Dan aku telah menerima soalan menarik daripada aizuddinwiddle di Borang Spring Zara.
Apakah denda paling kejam pernah aku beri pada pelajar aku.
Mula-mula mahu ketawa, kerana ini pertama kali diajukan pada aku.

Denda paling aku sukai beri kepada pelajar yang tidak buat kerja sekolah adalah menambah lagi bilangan kerja. Setiap kali mereka culas membuat tugasan yang aku titipkan, nah, kerja mereka akan bertambah. Aku kedengaran sangat kejam bukan? Tetapi selalunya ia berhasil.

Bercadang untuk melempar buku pelajar keluar dari kelas tapi aku tak sampai hati.
Eh, manusia beku ini masih ada aliran simpati dalam diri.

aizuddinwiddle juga bertanyakan kepada aku, apa denda yang aku buat kalau orang tidur dalam kelas.
Pertama - datang dekat dan kejut mereka bangun. Ini biasanya kalau peperiksaan.
Tapi selalunya aku akan baling manusia-manusia yang tidur ini dengan kapur, pen, atau apa sahaja yang aku dapat capai dalam radius utama. 
Dan ya, suara lantang aku akan menjadi halwa telinga mereka yang dengan sewenangnya mahu tidur dalam bilik darjah yang mulia. 
Kalau dapat yang jenis tidak faham bahasa, aku minta kawannya kejut sambil aku cekak pinggang mengawal rasa.

Ada sesiapa mahu tanyakan aku soalan lagi?
Aku dengan rela hati akan berikan jawapan jujur.
Cuma, jangan tanya bila aku mahu kahwin.
Soalan itu sudah terlampau banyak ditanya.
Alahai.

Zara : Eu amo todos vocês. Obrigado por continuar a apoiar-me. - O escritor de Legasi Cinta Alisia.

13 comments:

Hizami Li said...

oh ya.
denda yg berkesan.
;D

hans said...

hahahah
denda yg memang azab

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

bgus 2...huhu

Amir said...

zara, bagi la denda yg sampai anak murid xleh lupa sampai bila2.. mesti dorang ingat zara bila zara dah tau nti. hehe.. :D

fndrocka said...

garangggggnyaaa..kejutlah elok2..budak2 memg memerlukan tidur yg lebih.

hehe

Kujie said...

kak jie dah edit post kak jie..letak gambar kita aksi gedik tu..hehehe

Arra JaSmY said...

baling kapor??haha..dah selalu kne dah dulu.hak hak hak

S.C.H.A said...

ahaks ...
tingat zaman sekolah .. mana rakan2 yang nakal tu dibaling dengan pemadam papan hijau yang berdebu .. hahhahahhah

Mr.Z said...

baling dengan kapur paling best ;D

joegrimjow said...

heeeee
cite memang best layak dipuji
;)

dah vote video ni?

cik ian@aH Lian~ said...

kapan mahu menikah?

p/s: lain sedikit bunyiknya!
walau ceraian maknanya sama.

Lifesaver said...

saya!saya mahu bertanyakan soalan...


cikgu...

1+1=3 kan?

Raziff Lokman said...

...mengajar adalah salah satu pekerjaan terbaik bg seorang wanita..

p/s: gmbr2 gathering dh load to fb : link "Agip Lokman"