Sunday, March 14, 2010

Bila Orang Tanya Aku Kenapa Bawa JOHO Ke Sana Ke Mari, Jawapan Aku Senang Sahaja - Aku Anak Jati Johor. Fungsi R Disenyapkan.


Pertama kali orang bercakap tentang JOHO, aku sejujurnya tidak mengerti.
Sudah menjadi sifat aku, kalau tidak tahu, akan aku godak sampai terbongkar isi.
Dan, aku suka ingin bawa kamu menyelami.
Apa itu JOHO yang sudah melekat dalam hati.

*******

Sembilan belas lapan puluh tujuh - anak gadis lahir di Muar, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh tiga - budak perempuan masuk sekolah tadika rasmi di Pagoh, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh empat - masuk sekolah darjah satu di Pagoh, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh lapan - darjah enam di kawasan Serom, Johor.
Sembilan belas sembilan puluh sembilan - tingkatan satu di Sungai Mati, Johor.
Dua ribu empat - matrikulasi di Tangkak, Johor.
Dua ribu lima - universiti di Skudai, Johor.
Dua ribu sembilan - bertugas sebagai guru dalam daerah Ledang, Johor.

*******

Hampir lengkap kitaran hidup aku di dalam negeri tercinta, Johor.
Senyum.
Bumi bertuah, tanah tercinta.

Ada aku kisah orang kata aku tidak pernah tinggalkan tanah kelahiran?
Ada aku peduli orang kata aku gilakan Johor sampai meroyan?
Eh, kamu mana tahu aku pernah ajukan permohonan?
Keluar bertugas di luar, tetapi takdir sudah menjadi satu suratan.
Ini gelanggang di mana aku mulakan permainan.
Di sini juga ada yang perlu aku pertahankan.

Diam.
Senyum.
Mesra.



Maka, itu antara yang mendorong aku sangat menggila mahukan sesuatu daripada JOHO.
Kamu tidak kenal siapa JOHO?
Silap juga kalau tidak perkenalkan siapa mereka.
Tekan sahaja nama mereka di atas, kamu akan dibawa menjelajah ke sesuatu yang istimewa.
Kalau kamu cari perbezaan antara kita, kamu silap.
Kalau kamu mahu cari celahan politik, kamu tersalah langkah.
Kalau cari isu dan masalah bangsa atau agama, kamu sudah menempa laluan yang tidak sepatutnya.
JOHO dipenuhi pencinta.
Senyum.

Ya, kamu tahu betapa aku suka dengan perkataan cinta.
Bila seni bercampur dengan cinta, itu memang apa yang aku selalu perkenalkan diri di dunia.
Aku penggiat seni yang mungkin lain cabangnya.
Mungkin tempat berbeza.
Tapi cinta itu luhurnya dari sumber gah dan mesra.
Ya, segumpal darah merah yang kamu panggil hati cinta.
Ketawa.


Muka bangga.

Oh, tanpa perlu bicara menggila.
Kali ini mereka membawakan sesuatu yang buat hati gembira.
Bait-bait suka sudah menjelma.
Alangkah indahnya jika kami dapat bersama.


Sukan sekolah 2010.

*******

Sedang menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 4.
Berbual dengan Bunga Jiwa buatkan aku kembali bersemangat.
Ketawa riang dia menjadikan aku rasa hebat.

Zara : Sedang senyum gembira.

12 comments:

Hizami Li said...

ahha.
JOHO?
kenapa tak JOHOR?
huhu.
:D

Mimpi said...

Anak jati Johor mestilah perjuangkan kehebatan Johor dan bangga dengan Johor.

muhammad za said...

lawo baju kak..boleh tempah satu?

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Bergambar kat stadium x ajak...klu x leh datang..hi

i'msosupernotcool said...

87? ur damn younger than me..
urghh..

hellioz said...

joho baru

r n h hilang sudah...
hahah~

[z@ck] said...

hidup orang johor..
=P

cHeRyNa PiReS said...

c'mon...semua cinta tanah kelahiran. yang tak cinta, lantaklah...memang ramai orang mudah lupa. lupa daratan!

kak sha sendiri selalu kena, sebab dok berulang dr tanah kelahiran ke lubuk rezeki. tak sanggup rasanya nak duduk di KL...huuhhh...

arryani said...

Aku pun ank JOHO...... hohohohooo

Azrul Hisham said...

wei zara...siapakah lelaki dekat kerusi hijau kat atas tu? :)

Lifesaver said...

dah sukan ke dik?

Miss Hirose said...

hoyeh! hoyeh!
i loike...
sy pn ank jati johor..idup johor..hehe