Thursday, March 11, 2010

Bunga Jiwa Seorang Cinta.


Tatkala malam merenggut separuh nafas aku pergi.
Aku lihat masih ada cahaya muncul di sisi.
Cahaya yang menerangi sebuah daerah sepi.
Segumpal darah merah bernama hati.

Bunga Jiwa - kamu penakluk diri.
Kamu buat aku lebih hargai apa itu hakiki.
Nyata, puing cinta kamu buat aku tersentap dan bangun kembali.
Untuk menghirup kasih sayang abadi.

Bunga Jiwa - maaf kalau kamu lihat aku lemah tadi.
Maaf kalau kamu lihat aku tersungkur rebah ke bumi.
Hakikatnya aku tidak sampai hati menarik kau bersama ke mari.
kalaulah tangan aku panjang, aku pasti paut bahu kiri.

Bunga Jiwa - Jejaka yang aku cintai.
Terima kasih kerana sentiasa di sisi.
aku tunggu kamu sayang, tunggu dengan sepenuh hati.
untuk menghirup kasih sayang seorang pemuisi hati.



Bunga Jiwa.
Terima kasih atas sokongan hati yang utama.
Tulang belakang penyangga sang ceritera.
Diam dan mencari mata.
Mata hati sebuah cinta.

Bunga Jiwa, terima kasih atas sandaran hati.
Kehadiran kamu yang comot dan comel buat hati dipateri.
Senyum sayang, kamu buat aku bermimpi.

Zara : Sedang berbual dengan Bunga Jiwa tatkala ini. Rindukan dia yang memenuhi rongga nafas ini.

11 comments:

akiN aMar said...

wah.so sweet..
bunga2 CINGA=)

-aTie- said...

bunga jiwa mu beri cupcakes sentiasa.
patutlah hati makin sayang
tapi hijabnya masih belum terbuka
buatkan aku terus tertanya

Khaizarien @ atie Blog

eelobor said...

berbung-bunga la pulak.....

Cikgu Mizi said...

kini hidupnya kembali merah jambu sentiase.. kihkihkih..

naz said...

i ker zara? hahahaha

Si Aizuddin said...

Aiceh, bak kata budak-budak rempitlah kan.

"Dalam hati ada taman."

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

atie, kang terhijab dek pandangan mata...terus ke pelamin singgahsananya...siapalah jejaka bunga jiwa itu yang masih menjadi rahsia...

Miss Lula said...

sukaaa sangat dengan ayat2 kak zara.. (:

sangat sweet..

syarifah radiah ibrahim said...

cupcakes!!

Lifesaver said...

bunga jiwa = ?

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

nk cup cakes! :D

bunga bunga cinta :) i likee..