Sunday, March 14, 2010

Dari Kerusi Hijau Ke Gigitan Biskut Cinta Ke Kek Cawan Bahagia - Kini Kembali Ke Kerusi Hijau Yang Cuba Dicerobohi Oleh Pemilik Sarkas Yang Ceria!


Salam pagi Ahad semua!
Apa khabar kalian hujung minggu ini?
Aku sedang menunggu Bunga Jiwa bangkit dari ranjangnya.
Ada sesuatu yang mahu dikongsi dari hati.

Terima kasih buat yang menyedari betapa comelnya bahagian atas blog aku kini.
Eh, sebelum ini bukankah benda yang sama juga?
Ah, ada yang menyedari kegilaan aku menukar kepala (baca : header) blog kebelakangan ini.

Helmi,Zara,Green Couch,Love,Friendship,Blog,Circus
Kepala blog yang baru.
Ada orang sudah berani menceroboh kerusi hijau.

Terima kasih buat teman aku, si pemilik sarkas di dalam gambar itu yang buat aku ketawa gila selama dua jam malam tadi.Walaupun berlainan benua, terima kasih kepada teknologi yang mendekatkan persahabatan kami.

Pemilik sarkas : Mana gambar kerusi hijau?
Pemilik dunia : Alamak, aku baru tukar sistem operasi (baca : OS) pada Tetingkap 7 (baca : Windows 7). Gambar hari itu hilang. 
Pemilik sarkas : Kau memang sengaja kan?
Pemilik dunia : Nanti aku cari dengan gigih sekarang.

Ya, setelah aku cari dengan gigih dan tabah secara menggila, aku jumpa dan hantarkan laju-laju pada dia.Pemilik sarkas merangkap bakal doktor perubatan itu juga dengan selaju mungkin menambah baik gambar tersebut. Hasilnya, seperti yang kamu lihat sekarang ini.

love,biscuit,red,heart
Biskut cinta ini perlu dimakan ketika duduk di atas kerusi hijau.
(sambil mata tercari-cari di mana Bunga Jiwa)

Love,Apple,Cupcakes,Zara
Kek cawan masih belum disediakan.
Eh, siapa yang sudi untuk melutut dan memberi di hadapan?
Aku akan berikan sekuntum senyuman.

*******

Sebenarnya, ada lagi yang buat aku gembira selain berbual di atas talian dengan pemilik sarkas.
Berbual sambil tengok aksi gila masing-masing menggunakan kamera sesawang (baca : webcam).
Banyak perkara yang dikongsi bersama dan aku sudah menunggu entah berapa lama untuk berbual dengan pemilik sarkas ini (sambil berbual, Bunga Jiwa aku muncul, dan  aku bertukar-tukar pesanan dengan dia).
Harus menunggu hujung minggu kalau aku tidak mahu tertonggeng mengantuk.
Ketawa.

Siapa pemilik sarkas?
Siapa pemilik dunia?

Dari Newcastle Upon Tyne ke Serom Dua, kami persembahkan.


Ini baru minit ke 07 : 54 di Skype.
Sebelum itu entah berapa minit di YM.
Tetapi malam tadi YM cari pasal.
Sengaja mahu cari gaduh pada aku.

Aksi itu memang benar.
Aku ketawa agak berlebihan di situ.
Ada aku kisah?
Itu ketawa kerana sesuatu berlaku di luar dugaan.
Apa dia?
Rahsia.


Ini muka kegembiraan (dan juga kekejangan) setelah hampir dua jam di Skype.
Pemilik sarkas duduk atas kerusi kayu - entah apa nasib punggung dia.
Pemilik dunia duduk atas ranjang merah - entah apa nasib pinggang dia.
Ketawa.

Pemilik sarkas ku sayang, aku sudah pastikan ini gambar-gambar kelihatan kurus (walaupun hakikatnya kamu memang kurus). Mata aku kelihatan bengkak macam panda ketika aku menulis ini. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada aktiviti aku hujung minggu yang berlangsung dengan jayanya. Aku kelihatan sangat jelas terbakar di dalam kamera malam tadi. Geram!

Terima kasih pemilik sarkas.
Bila kita nak menggila lagi?
Senyum.

********

Bangun pagi ini aku menerjah ke rumah keluarga bahagia aku.
Alhamdulillah, ada sesuatu yang menarik sudah berlaku.

Pantas jari menekan kekunci telefon genggam dan utus pesanan ringkas buat Bunga Jiwa.
Dunia kita hampir bersatu atas nama seni yang indah dan bahagia.
Ayuh bangkit Bunga Jiwa!
Ada hati yang sedang menanti penuh rasa rindu membara.
Ada seseorang menunggumu di sini - dia yang bernama Cinta.

Siapa sebenarnya Bunga Jiwa?

Zara : Sedang meneruskan usaha mengarang Bab 4 Legasi Cinta Alisia. Ah, payah juga mahu menggarap kewujudan Syahmi Hanis di sebalik kekuatan Alisia Rayyan dan Danish Aryan.

32 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh comel sungguh kalian berdua... :-D

Mimpi said...

Kerusi hijau dah ada orang.
Boleh tukar jadi kerusi pelamin pula.

Helmi Razali said...

Aku baru nk tidur! Selamat malam. :-)

TMUkmkd said...

patut la orang suka masuk sini.
gaya bahasa dasyat!
tak terjangkau akal aku

apa pun;
moga kerusi hijau dan pemiliknya sentiasa bahagia :D

oh termasuk pencerobohnya

cik ian@aH Lian~ said...

moga selalu bahagia syg!

CikGadis said...

akak. ini kah chenta nya?
smoga bhagia slalu =)

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

Kalau tak comel, tak boleh jadi penulis blog berjaya katanya~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Mimpi :

Kerusi pelamin tunggu Bunga Jiwa~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Helmi Razali :

Selamat malam pemilik sarkas!

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

TMUkmkd:

hahaha~
Terima kasih~
aku anggap itu pujian~
boleh?

=p

LORD ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~:

aduhai~

bahagia dengan siapa?

Bunga Jiwa bukan pemilik sarkas kak~

LORD ZARA 札拉 said...

CikGadis:

Chentanya si Bunga Jiwa.

Bukan pemilik sarkas meriah itu~

kasih said...

bangun tidur terus on laptop mencari bingkisan terbaru zara.
dan ia, kamu buat aku tersenyum sendirian di pagi ahad dgn kisah si pemilik sarkas.

luth textile said...

oh.. baru aku tau cerita sebenarnya!

Kujie said...

kalau tak de kerusi pun kak jie masuk..cuma kadang2 tak tulis komen saja..jari2 dah bersenam kat keyboard...dah runcing...haha

e p i x ____ said...

cara penulisan yang amat2 menarik :P

ssh nak paham .hehehe

akiN aMar said...

hahaa..
wah.dunia sebelah zara dah semakin meriah dengan kehadiran si pujangga..hee;)

zeqzeq said...

bertuahnya jadi biskut...kena giget

Hizami Li said...

alolo.
ada bau2 cinta ye.
ahha.
moga bahagia k?
;D

cHeRyNa PiReS said...

sekarang dah letakkan blog nieh menjadi blog cinta pulak. Alhamdulillah:)

beautiful_rose said...

wah....gembiranya kamu..
aku cemburu sungguh!

ninim said...

ehem2
teruskan BAHAGIA
ops~~~

Amir said...

lamanya zara ber-skype.. x penat ke? haha..

Emora Valeria said...

wah kak z bermain dengan kamera sesawang!sangat chumel!
banner tuh pun kiut giler~

azieazah said...

Balik umah mak? Patutlah belasah makan Asam Pedas sampai seperiuk..hehehhee...

chokio_nia said...

wow..sgt comel la akak..=)

TMUkmkd said...

@zara boleh! memang niat dihati puji pun bukan tukut (baca: kutuk) :D

naz said...

wahhh ada sesuatu sedang berputik:)

noor afzan said...

sepadan dah nih..
comel2..

Lifesaver said...

comel

From The News said...

aku nak kata comel juga, tapi since ramai dah berkata demikian...

aku postpone dulu lah..haha

oh farah said...

wah3.. skype siap beria ikat selendang. haha.
sarung tudung ekin je dah. hihi