Thursday, March 04, 2010

Doktor Muda Berkaca Mata - "Alisia, Bukankah Kamu Sudah Sempurna Dan Indah Bagi Seorang Gadis?" - Jangan Pernah Panggil Aku Alisia!


Si doktor mula merencana sesuatu bila lihat Alisia melepasi tangga pemisah dua lapisan.
Dia tahu Alisia bakal berjalan seorang diri.
Gadis itu mana bisa lepaskan status dirinya yang kasar dan bersahaja?
Kecut tubuh gagahnya kalau ditemani ke destinasi yang mahu dituju.
Rawan hati si doktor muda.
Ilham timbul dan doktor ketawa besar, galak sehingga ada mata menjeling tajam.
Oh, dia lupa, masih dalam bilik empat persegi yang bahang rupanya.


Deringan yang dinanti tiba.
Pantas meluru keluar dan menunggu mangsa.


"Alisia!"


Perempuan itu berjalan tanpa menoleh mendengar suaranya yang bergema di susur gajah.


"Ali!"

Jeritan bersilang dengan bunyi bising cuitan mereka yang laparkan rezeki. Berbaloi, dia pasti. Pantas berlari mendapatkan gadis itu yang panggung muka sambil mata menerawang ke kanan ke kiri.


"Jangan panggil aku Alisia!". Gadis itu menumbuk bahu kiri si doktor muda. Dia menarik muka masam dan menggeleng kepala tanda tidak setuju.

"Bukankah nama Alisia itu sudah  sempurna dan indah bagi seorang gadis?". Debukan kedua bergema dan Alisia direnggut pergi oleh orang yang lalu lalang memerhati. Tangan kanan berlumuran darah dan Alisia tersenyum sinis sambil memaki.


Ludah ke tanah, pekat, penuh benci.

http://galadarling.com/images/07-12/tomboy.jpg

Salam buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Terima kasih kerana masih sudi untuk membaca.
Terima kasih juga jika sudi singgah membaca Legasi Cinta Alisia di Aksara Keraian.
Sungguh, aku memang terharu atas penghargaan kalian.

Cuaca macam biasa, masih bahang dan menyengat setiap inci tubuh.
Tangan terus pantas menanda kertas jawapan pelajar. Ah, lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Buat aku mengerut muka sahaja.
Ada kalanya mahu ketawa.
Ah, pelbagai ragam dan gaya.

Si Comel Yang Comot aku sedang lena dibuai mimpi barangkali.
Aku cuma mahu dia bangun selepas ini.

Tidak mahu ada sesuatu yang membuat dia rengsa.
Tidak mahu ada halangan dari buat dia ketawa.
Tidak mahu ujian tatkala kami sudah mengatur temujanji untuk berjumpa.
Kedap-kedap aku panjatkan doa.
Moga termakbul hendaknya.

Zara : Meneruskan tugasan aku. Maaf jika kurang meninggalkan jejak di blog kalian. Aku masih membaca tetapi tinggalan aku sudah semakin berkurangan. Mohon ampun dan maaf jika ada yang terasa hati. Pelukan dan ciuman hangat daripada Zara.


Shafaza Zara Syed - Legasi Cinta Alisia.
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

14 comments:

kenwooi said...

Alisia does sound like a nice name =)

kenwooi.com

hanis said...

Lagi sedap kalau nama dia Alisya, bukan Alisia. Karang ada orang panggil Sia. Dah tak elok pulak bunyi dia. Kalau Sya macam lembut sikit.

Just a comment. You ask for comments, right?

Mimpi said...

Tak lama lagi jadi novelis jutawan.

Atan Athen said...

alisia mcm nm dlm cite spainish yg tv2 dlu

naz said...

setapak sudah di jajahi :) cayokkk cikgu

vidadarisakura said...

wah!hebat seh,

hanis said...

Just suka nama Alisya. Tu jek. Tp takpe. Nti nis nak publish novel nis plak. Nama watak dia Alisya.

Real story tambah sikit dgn mengarut2 imagination of mine. My own story. Love story first yng nis try buat lari drpd tema family.

tunggu k..

Wawan Saini said...

hebat..
ayat pn disusun indah..
lpas nie.
jadi novelis airmata la eyh..:)

zara said...

wah.. seronok membaca novel cikgu!

Monkey D Luffy said...

wow! kalau ko siap jual ler buku dia
bg tau aku...

arryani said...

aku bukan ALISIA...

Lifesaver said...

alisia macam nama cter org mexico

noor afzan said...

cambest aje..
nak pi baca la bile free sikit..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

like i said, i can sense ur strongness and here you are...u create phenomenon, zara! :-D