Tuesday, March 02, 2010

Halaman Peminat Bukan Menunjukkan Kononnya Aku Terkenal. Sila Jangan Berfikiran Sengal Hingga Buat Kepala Jadi Bengal Dan Mahu Ditanggal.


Susah untuk menyenangkan hati semua orang.
Aku lebih senang membunuh anasir yang cuba menguasai hati daripada membiarkan hati aku dicemari.
Segumpal darah merah aku itu entah bila mula membatu.
Membina perisai entah daripada mana sumbernya.
Aku mahu kuat dan aku dambakannya.
Seperti yang pernah aku terangkan sebelum ini, Dunia Sebelah Zara boleh dijumpai di Mukabuku.
Walaupun ia menggunakan kata halaman peminat, tetapi sejujurnya ia adalah dikhaskan buat mereka yang setia membaca blog aku dan juga mereka yang bersembunyi di sebalik tirai melihat aku daripada luar. Ya, pembaca senyap sudah terlalu ramai aku temui di sini. Segan untuk berbicara atau melontarkan pandangan di blog, mereka memilih ini sebagai medium untuk berkomunikasi dengan aku.

Indahnya persahabatan.
Mereka dengan jujur mengkritik aku sehalusnya.
Memberitahu kalau-kalau ada tulisan aku yang boleh diperbaiki gaya.

Ada juga yang kata kurang berkenan dengan gambar terbaru aku.
Mereka lebih suka aku yang selalu.
Eh, jangan risau sayangku.
Aku ke sekolah tidak seperti itu.
Betul, kalau tidak percaya, sila tanya mereka yang rapat denganku.


Gambar di ruangan untuk pembaca blog.

Penat dengan sukan hingga minda tidak mampu mencerna lagi.
Merindui seseorang yang tatkala ini sedang lena diulit mimpi.
Ah, dia mungkin sudah lupa pada janji.
Telefon genggam direnung, tiada tanda mahu menghubungi.
Suasana sunyi.
Hati sepi.
Iri.

Aku dilimpahi kasih sayang yang tidak terbatas saat ini.
Sumpah.
Mahu laungkan kepada dunia betapa aku gembira.
Sujud syukur pada Yang Maha Esa sentiasa.
Walaupun aku diulit duka, aku tetap manusia biasa yang mahu ceria.

Jangan kata aku putus cinta hanya kerana lagu di blog ya?
Senyum, nakal menggoda.
Geleng kepala.
Aku sukakan lagu itu - kerana iramanya.
Lembut dan mendamaikan jiwa.

Aku dipertemukan dengan mereka yang memahami.
Mereka yang mampu buat aku tersengih lebar bila lihat nama yang muncul di paparan telefon.
Mereka yang mampu buat aku bahagia bila lihat Twitter aku.
Mereka yang sanggup jadi tulang belakang buat aku dalam meneruskan legasi ini.

Doa aku, agar mereka kekal di sini.
Dalam sanubari.
Hati.

Zara : Esok ujian penilaian prestasi pertama bakal bermula. Harap-harap pelajar datang setelah penat berkejaran di padang seharian.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

18 comments:

Emora Valeria said...

bak kate ZackZukhairi,kalau dapat ubah perkataan FanPage kepada FriendPage lagi seronok!Kak,teruskan perjuangan!

Ariff Shah said...

tak berani bukak fan page lagi..

joegrimjow said...

xsalahnye jadi glamer
kan kan

Atan Athen said...

ala...bes ap popular....mcm artis....hehehe

sharamli said...

berkenan je dgn sem0 gamb02 kamo0...
hak3

acap2405(1169) said...

bagi saya..
siapa yang suka mengkritik tapi tak menunjukkan sesuatu yang lebih baik..
lebih baik jadi batu daripada jadi manusia..
sekurang kurangnya bata tak pernah mencaci kiter..
hoho..

YobSumo said...

aku belum jadi fan blog ni!

tunggggggggggggggggu!

Billet-DOux said...

huhu.. nasib saya takder fb. ehehe

Wanita Itu said...

peminat kamu selamanya :)

naz said...

haihhh musim blog di kutuk ker?

Lyana Hisham said...

saye suke blog kamu, zara :)

keep on writing kayh~

1tomyam said...

walaupun mouse pointer ni 'menggeramkan'aku tapi aku tetap jadi peminat blog ni hehehe

Mimpi said...

Aku akan sentiasa menjadi sebahagian dari hati mu.
Sebagai penyokong kamu dalam meneruskan legasi Zara tentunya.

F I T said...

kak..sabar kak..persetankan cakap orang tu..yang penting kita tau apa kita buat.. hehe support kak Zara!

Yamaha Akan Mengeluarkan Yamaha Lagenda Generasi Baru Yang Lebih Gempak Dari Linkin' Park!

Wawan Saini said...

Terus perjuangan..
jangan sesekali mengalah..
ramai yang ada dibelakang mu..
:)

Moon BlooDy Spell said...

susah mahu puaskan Hati semua org..
sampai kan kita terpaksa lupakan hati kita...

jgn sampai hati kamu pula yang terluka
tak mau mcm tu ok

Shahrul Tanaka Safeai said...

eleh~

Lifesaver said...

ssh btol nak jumpa org yg memahami diri kita..