Friday, March 19, 2010

Ini Mungkin Jumaat Terakhir Kamu - Legasi Cinta Alisia Bab 5 Sudah Boleh Dilungsuri Sekarang.

Salam semua.
Jumaat yang sepatutnya indah telah bertukar menjadi celaka.
Aku bangun seawal pagi untuk menunaikan fardhu dan mendongak melihat mentari dunia.
Menjenguk janji setia jam 7.03 pagi sepuluh figura.
Laju jari menekan aksara.
Tapi aku hampa.
Lantas aku hubungi Tuan Pengetua.
Bertanyakan, apa malang yang menimpa.
Jawapan yang diberikan memang membelah semangat waja.
Hati terus membara.

Ya Allah, manusia durjana mana yang dengki dengan kami semua?
Manusia mana yang enggan lihat hubungan erat bersulam kerjasama?
Manusia mana yang sungguh busuk hatinya?
Memang aku sumpah kamu wahai makhluk durjana.


Itu tempat kami mengasah kekuatan berkarya.
Di dalamnya kami berpesta huruf dan abjad bagi membangunkan sebuah aksara.
Kami tidak mencari keuntungan dalam menulis dan menyusun ceritera.
Apa yang kamu mahu buktikan wahai manusia?
Hebatkah kamu dalam meracuni kami semua?

Manusia macam kamu tidak akan ada rasa puas dalam hati.
Nafsu jahat kamu tidak akan dapat berhenti.
Bukan setakat blog kami, malahan Mukabuku kami pun kamu dengki.
Apa salah kami?

Alhamdulillah, tadi sudah menerima khabar gembira daripada Pengetua.
Masalah berjaya di atasi dengan jaya.
Waima manusia busuk itu bakal aku musnahkan pawana.
Diam Zara.
Ini cubaan untuk kamu redha.


“Alisia, nak pergi mana?”
“Saya bertugas di perpustakaan. Kenapa? Awak tak pergi rehat?”
“Saya ikut awak boleh?. Ada hal sedikit mahu cakap.”
“Nak beri saya hadiah untuk esok ke? Saya dah dapat dah”. 
“Itu memang dah ada. Siapa beri? Saya nak cakap ini, pasal Syahmi.”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia ada cakap apa-apa pada awak?”
“Tak ada cakap apa-apa pun. Dia cuma ada tulis surat sebagai hadiah ulang tahun untuk saya. Tapi, memang tiada cakap pun.”
“Budak ini, kalau kena lempang nanti. Dia tulis apa?”
“Nah, baca sendiri ya?. Saya nak pergi perpustakaan. Lambat nanti Cikgu Fariz Yussairy marah. Saya seorang sahaja budak menengah rendah. Tinggal”

Selamat membaca semua.
Moga kalian punya hari yang gembira.

Zara : Sedang menelusuri semua karya dalam Aksara Keraian. Masa untuk serius meneruskan Bab 6.

6 comments:

Lifesaver said...

nama cikgu tu sedap!hehehe

noor afzan said...

kat umah malam ni baca..
yeay..kuar gak akhirnya..

beautiful_rose said...

sungguh zara kamu buat aku teruja.bagaimana mahu mendapatknya?
zara penulisan kau buatkan aku jatuh cinta berkali2 =)

Meowwwww said...

Meowwwww :)

Hazami Bahrin said...

Darling.
What happened to u?
U sounds so depressed when I read your Twitter status. As I told you before honey, you shouldn't wrote a romance novel. It's not suits you. How come a girl that always been betrayed by love wrote about love? It will kill you honey.

If you need to stop, I guess you must stop right now. It doesn't mean I want to discourage you, but then, I know your heart pretty well. It's been almost 5 years I know you my friend.

Stop writing about romance. It's under your limit. Better go for something thriller, or something related to motivational stuff (seriously, you are a good motivator for me & family). I know it's hard to let it go for now, but then, is this what you want?

You empty inside.
Where's the soul?
Does any bastards took it away from my kid's god-mother? I hope it's not.

Anyway, I love your novel, not to mention my wife love it too (she thought it's her name - we must stop called her as Eliza. Hahaha) Good luck dear.


P/S : Already in Malaysia. Plan to go to Muar this weekend. Will you be around?

Aksara Keraian™ said...

menulis tu sebenarnya perkongsian sebuah cerita dari seorang penulis kepada kelompok pembacanya...penulis berhak tentukan sendiri jalan ceritanya, terpulanglah kalau ada pembaca yang menggemarinya atau tidak...suka, sila baca. tak suka, jangan memandai cuba menjadi manusia yang seperti tahu segala.

zara, teruskan berkarya!