Saturday, March 20, 2010

Kau Kentut, Kau Sedut. Kau Berak, Kau Cuci. Ini Bukan Iklan Pewangi Tandas Tapi Sekadar Pelawas.


Salam hari Sabtu semua.
Lagi sehari sahaja cuti yang tinggal sebelum cuti bulan enam nanti.
Mahu berguling sambil menari.
Eh, jangan tebak aku sukakan cerita cinta yang begini.
Kegemaran aku adalah Crayon Sin Chan yang berguling dan menjengah curi.
Ketawa geli hati.

Sengaja letak gambar ini - sebab ada orang tanya macam mana itik hodoh boleh jadi angsa.
Tidak, aku bukan angsa. Aku masih itik hodoh yang gemuk.

Ketawa keji.
Maaf kalau ayat aku semalam ada yang terasa hati.
Ada yang menghantar pesanan ringkas di telefon, takut-takut aku bunuh diri.
Sekejap, aku belum gila sampai begitu sekali.
Manusia yang namanya Zara ini punya hati sedingin salji.
Oh, ada sesiapa mahu kirimkan aku salji barang seguni?
Gelak kuat-kuat lagi.

Semalam keluar dengan keluarga buatkan aku teringatkan apa dalam jiwa.
Aku melalui kepayahan dalam meniti siapa aku hari ini, penuh lara.
Tapi, ia buat aku kenal diri aku untuk jadi lebih dewasa.
Kau tikam aku, kau yang terima padahnya.

Aku bukan lagi gadis yang akan tendang orang kalau marah.
Aku bukan lagi remaja yang baling kerusi sampai patah.
Tidak, aku sudah benci ikut nafsu amarah.
Ia akan buatkan aku jadi manusia serakah.
Aku lebih rela dipandang lemah.
Asalkan aku tidak menggadaikan maruah.

Senyum sambil kira satu, dua, tiga - lompat ke tepi.
Kau boleh porak perandakan blog aku ini.
Tapi kau tidak akan dapat mencuit sekeping hati.
Itu sudah pasti.

Pemilik hati mungkin masih mendengkur sendiri.
Aku hanya mahu lihat dia dari sisi.
Biar aku dipanggil manusia sepi.
Asalkan sedikit kebahagiaan mampu aku kecapi.

Zara : Hari Sabtu ini mendung sahaja. Alahai, aku rindukan mentari pagi yang ceria. Adik-adik lelaki semua keluar bermain bola, dan aku terperangkap dalam sangkar membuat kerja rumah. Ketawa.

8 comments:

naz said...

ah taju kita hampir sedikit serupa hampir je lah hahaha biarkan mereka menikmati nya

CikLilyPutih said...

hah tolong mak buat keje umah tu tau!

oranglidi said...

ala cikgu, pedulikkan kata orang2 itu.

yus_anakmelayu said...

Salam kunjung :) blog ini dah lama hamba tahu, cuma baru kali ini berkesempatan membaca. :)

Hizami Li said...

slmt berhujung minggu~

TUKANG KATA said...

tERUSKAN BERKARYA..

:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tetap dengan JOHO kamu ya...yup, proud to be Johorian! :-D

pada yang suka menghunus keris untuk menikam kamu tu zara...ambil saja senapang gajah, tembak mereka semua! haha!

Lifesaver said...

kagum dgn sifat tabah kamu