Wednesday, March 17, 2010

Kerja Sepi Seorang Manusia Dalam Sangkar Emas Teratak Keluarga - Legasi Cinta Alisia.


Salam semua.
Hari ini hari ketiga aku menjalani perintah berkurung di rumah.
Buat sesiapa yang membaca status Mukabuku aku pada hari Ahad lalu, pasti mengetahui kesengsaraan yang aku lalui, dan awas, ia bukan aku tempah.

Sangkar emas bukanlah sesuatu yang aku banggakan selama ini.
Tapi syukur, aku terlindung daripada anasir yang tidak sepatutnya singgah.
Senyum.

Dan alhamdulillah, akibat dikurung dirumah, aku telah dapat melunaskan kerja yang selalunya aku ambil masa untuk lakukan tatkala aku sendirian.


Legasi Cinta Alisia dalam bentuk cetakan sendiri.

Manusia beku dan dingin seperti aku entah bila akan ketemu penghujung perjalanan.
Proses pelayaran dalam mencari diri sendiri kadangkala hampir kesiangan.
Pemikiran dangkal cuba diketepikan.
Aku manusia lemah yang mahukan udara sebagai minuman.
Makanan diperbuat daripada senyuman.
Nah, itu sahaja hidangan.
Nikmati santapan.

Sangkar emas teratak keluarga.
Itu yang dilalui sejak dari zaman remaja.
Aku kini sudah berjalan menginjak zaman anak dara.
Pantas digelar belia.
Ketawa.

Kurungan entah bila akan terbuka.
Adakah bila aku dilamar seorang jejaka?
Aku lemparkan jawapan pada Penakluk Masa.
Biar suratan perjalanan tidak akan jadi sesuatu yang sia-sia.
Senyuman mesra.

Tinggal menjauh kenangan.
Datang ke mari sebuah suratan.
Pejamkan mata dan mendengar deruan.
Adakah itu suara panggilan kematian?

Zara : Ada orang menegur aku, katanya jiwa aku terlalu puitis. Ah, aku bagi peluang kalian menerjah alam pawana buana seorang bernama Zara. Adakah kamu menyelami dia sedalam yang kamu mampu pergi?

8 comments:

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

akan ku terjah dlm2 jiwa mu zara huhuhuhuh ALAMAK ko punya ayat mantap! nie novel di publish oleh companty mana nie??

cleffairy said...

Zara dear, I realized that you've been doing loads of novel writing, and this is great. LOL... more or less, you are like me. The only difference is that I am doing it in English, and you are doing it in BM.

Check out these three site, Zara...

http://www.nanowrimo. org

http://scriptfrenzy.org


And if you're interested in Self Publish or ordering a copy of your own book, try this site:

http://www.createspace.com


Last year, I entered the NaNoWriMo, and won. You see... as long as your word count is 50,000 within a month in NaNoWriMo, you are considered a winner, and will be given a free copy of your own book/manuscript-duzzin matter what language it is. I thought you might be interested in this, Zara. :D

EISENHOUR said...

uhh..hbt tawaran cleffairy..

nk menulis jg la.hahah

Aini said...

perlu mencari masa yang sangat sesuai untuk menikmati karya zara itu.. Tak sabar menunggu =)

F A R Y N said...

ckp kat pakcik syed...chill la...
dah umo 23 kot...bukan umo 2 thn...
haishhhh

ahmad said...

baca yang d tulis kat sinopsis je..hehehe

Mimpi said...

menggunakan masa bercuti sebaik-baiknya.
haha~

Lifesaver said...

x lm lagi dibukukan!!!