Monday, March 15, 2010

Legasi Cinta Alisia : Bab 4 - Husairi Haiqal Dan Syahmi Hanis Mewarnai Hidup Alisia Rayyan.


“Danish, Alisia – ada apa datang ke rumah?”
   
    “Alisia datang mahu minta maaf di atas perbuatan luar sedar dia.”

    “Maaf Syahmi. Saya tak dapat kawal kemarahan saya lagi. Maaf sangat-sangat.”

    “Tidak mengapa. Saya tak seharusnya menyentuh awak tiba-tiba. Kesalahan saya. Tapi hairan juga, macam mana saya boleh ada di rumah?”

    “Lepas Alisia tumbuk kamu di muka, kamu berdarah dan pengsan. Aku menggelabah, tapi Alisia tenang sahaja. Dia heret kamu ke tangga tepi bilik rawatan. Pura-pura yang kamu jatuh dari tingkat dua. Usai beri rawatan ringan, nah, kami hantar kamu pulang. Cikgu Huzaifah Asmara beri kebenaran”
   
    “Kalian berdua memang pintar. Tapi Alisia, kamu tahu sesuatu?. Maaf dari saya bukan percuma. Awak sudah jatuhkan nilai pasaran saya. Maka, harus sahaja didenda.”


    Pucat muka Alisia mendengarkan kata Syahmi. Celaka lelaki ini. Patut aku tinggalkan sahaja dalam bilik rawatan. Gara-gara Danish yang terlampau baik hati, aku mengikut sahaja arahan dia, agar kami tidak ditahan polis dan digari. Pandang muka Syahmi dan aku lihat dia tersenyum sinis. Tak padan muka dah membengkak, mahu buat hati aku sakit pula.



Legasi Cinta Alisia Bab Empat sudah boleh dilayari sekarang.

Doa Zara, moga kalian bakal menyukai kesinambungannya.
Tinggalkan sahaja komen di sini atau di sana.
Moga Zara akan dapat perbaiki diri lagi.

Tinggal semua.
Sedang mengarang Bab Lima.
Sedang musnahkan jiwa.

Zara : Mahu tutup telefon genggam hari ini. Sudah, jangan cari aku lagi.

4 comments:

noor afzan said...

tak sabar nak baca..
kena tunggu balik umah kang..
pekerja berdedikasi la katakan ..
kuikui~

slurpee tuk zara..

Lifesaver said...

apa dendanya tu?jeng3~

eisenhour said...

pokes btl sampai tutup fon.haha

einaz ;D said...

nice blog..;)