Monday, March 01, 2010

Pengakuan Ikhlas : Ini Bukan Blog Artis. Kalau Testosteron Kurang, Nanti Organ Seksual Kita Tidak Boleh Panjang Ya? - Bukan Kita, Awak Sahaja.


Salam semua.
Dalam peringkat akhir penyediaan soalan Sains.
Aku cuba sedaya upaya menyediakan soalan yang mudah untuk pelajar.
Mudah difahami dan dijawab hendaknya.

Seperti yang telah diperturunkan kepada aku oleh guru-guru dahulu, aku membuat ulangkaji dengan pelajar tentang apa yang perlu mereka ketahui untuk menjawab soalan dengan tenang.
Dan, hendak atau tidak, aku perlu juga berbincang tentang tajuk hormon dan sebagainya.

Pelajar : Cikgu, apa fungsi testosteron?
Aku : Eh, kan cikgu dah beritahu?
Pelajar : Tolong terjemah dalam Bahasa Melayu cikgu.
Aku : Hormon yang mengawal perkembangan ..........
Pelajar : Kalau kurang hormon ini, organ kita itu tidak panjanglah ya?
Aku : Apa awak ingat ini nak jadikan panjang sahaja ke?
Pelajar : Dah tu, mandul ke nanti?
Aku : Oh Tuhan, sila buka muka surat yang saya suruh baca tadi.
Pelajar : Kalau tahu senang nak kahwin nanti cikgu.
Aku : Kahwin sahaja yang kamu fikir.

Hari ini agak sibuk dengan urusan sekolah dan beberapa perkara berunsur duniawi.
Ketawa.
Senang hati.
Barangkali.

Oh ya, aku keluar dengan teman wanita aku petang tadi.
Eh, ada lagi yang nak kata aku songsang?
Silakan.

1 Mac 2010.
Muka tanpa versi penambahbaikan seperti biasa.

Ketawa.
Ada macam artis atau tidak?
Oh, silakan muntah.
Tapi, aku tetap rasa diri aku comel dengan plat JOHO dan baju JOHO.
Rasa kacak dan bergaya pula.
Senyum mesra.



Ini bukan artis.
Ya, jadi jangan hairan kalau budak ini berkeliaran dengan baju panjangnya.
Jangan hairan kalau dia bawa plat itu ke mana sahaja.
Ya, tidak ada yang mustahil dalam hidup.
Pakai dengan maruah dan bangga.

Zara : Sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin. Oh, esok pagi dan petang akan menghabiskan masa di atas padang dengan membiarkan diri di bakar terik mentari. 

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

19 comments:

Wawan Saini said...

kemunculan yuna version joho,.
DAN SETERUSNYA tajuk lagu...
wakakaka,,:_

joegrimjow said...

susah kot nak jadi artis ni

erk
nak tanye soklan same cam anak murid tu
adakah ku ni sama taraf dngn otak budak2?
hhuu

cj'alhafiz said...

hahahaha....ape ni???

Amieynna Amin said...

kritis sungguh pemikiran anak murid itu...

NuR said...

hehe..cumel!

rindu kamu dr kejauhan zara... semoga remaja ribena berjaya dlm ujian nanti.. :)

Atan Athen said...

hebat betul pelajar itu....klu ko dpt jawab kan.....biarla ak yg jwabkan utk diorg....biar ak ajar diorg byk bende baru....hahahahahaha

Mimpi said...

Yup...rasanya selain faktor genetik...hormon testosteron mungkin boleh memberi kesan pada saiz organ seksual.

Pakai sunblock banyak2 sebelum ke padang.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

emangnya gaya kamu persis selebriti di potret kedua...wewittt!~ =D

F A R Y N said...

tukar nama ZARA JOHO...

amacam? barulah artis!

kah kah kah kah

Uncle Greg said...

Cikgu, sia suka la tu heading hehe cukup rasa hehe

Billet-DOux said...

plat joho tu nampak macam kena edit ne..huhu

oranglidi said...

stailo!

HEMY said...

joho tu apa weh???

Moon BlooDy Spell said...

hehehe budak2 zman sekarang.. kawin saja di benak nya....

syarifah radiah ibrahim said...

hai si kacak!
hahah~

kak, ada tagged di belog saye.
sudi-sudi lah buat yer,
:)

i'msosupernotcool said...

wat is JOHO act?

Lifesaver said...

budak form brape yg tanya tu?gatal nak kawin sudah

Azrul Hisham said...

sangat gatal anak murid kamu...hehe

Framestone said...

amboi huhuhuhu

BroFramestone Blog