Thursday, March 18, 2010

Penulisan Aku Bahan Kejian - Alisia Rayyan Seorang Perempuan Simpanan Berlumuran Darah Hanyir?


Salam semua.
Sudah penat mahu menulis derita.
Manusia sepi ini lagi suka menulis kisah bahagia.

Semalam berbual dengan seorang teman yang bertanya mengapa aku kurang menulis di blog cinta pertama. Bukan aku tidak mahu cuma aku akan menulis terlampau banyak kisah duka di situ, aku yang di situ berlainan daripada aku di Dunia Sebelah Zara. Ini suatu bentuk perlarian mengejar kehidupan penuh bahaya. Dan aku hanya seorang insan beku yang tidak ingin meluahkan kata nista.


Bab 5 Legasi Cinta Alisia akan menemui kalian di Aksara Keraian jam 7.03 pagi esok.

Sudah banyak kata kejian aku terima tentang naskah Legasi Cinta Alisia. Sejujurnya aku mahu ketawa bila mengintai kotak undian di tepi ini. Alahai, ada yang menyatakan kisah Alisia adalah membosankan. Maaf, aku tidak punya kuasa untuk membuatkan orang menyukai karya aku. Kendatipun, ini adalah karya pertama malahan cuma novel picisan.

Aku hanya mampu tersenyum sendirian.
Tiada air mata duka kerana aku tahu aku hadapinya berseorangan.
Tidak, bukan saatnya aku laungkan memanggil teman.
Itu akan jadi suatu bentuk kesalahan.

Ini bukan kali pertama.
Aku sudah benci tunjuk raut wajah penuh durjana.
Mahu menjerit sudah penat membunuh jasad celaka.
Diam dan enggan menyanggah kata.

Teman baik sudah mula menjauhkan diri.
Ah, aku tahu aku tidak pantas berdiri di sisi.
Itu hanya khayalan sebuah mimpi.
Kamu bunuh aku tatkala aku mahu berpaut untuk diri.
Kamu tikam aku, sumpah mahu jadi manusia sepi.

Sudahlah.
Ini akhiran pengatur bicara madah.
Kalau aku pergi dari sini bukan bermakna aku kalah.
Cuma aku sudah tiada dalam daerah.
Mati berlumuran darah.
Hanyir, merah.

Zara : Aku mencuba cara penulisan baru bertunjangkan apa yang dipesan oleh seseorang yang aku anggap guru. Selamat tinggal dunia. Aku mahu undur diri dahulu.

8 comments:

Tok Rimau said...

Sekarang sudah tidak centre. Senang sikit baca. :-)

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

bukan sume org ade bakat utk menulis.. keep up good work.. ;)

Lifesaver said...

aku perlu semangat dari kamu dik

ryn said...

njoi dropin ea =)

naz said...

u datang bulan ker? hahahaha

azieazah said...

Seorang yg ingin bergelar novelis, mana boleh putus asa beb!

░♥si lampu neon♥░ said...

tak minat sastera ~ hehe ;) but goodluck anyways syg!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

karya kamu tak pernah membosankan zara...mereka yang menganggap ia bosan mungkin bukan kelompok pembaca yang dekat dengan jiwa penulisan kamu...menyokong kamu 100%!