Wednesday, March 24, 2010

Perhatian Ekslusif : Jadi Pembaca, Pengikut Dan Peminat Blog Ini, Anda Akan Dapat Duit RM 100. Apa Tunggu Lagi?


Salam semua.
Apa khabar wahai pembaca Dunia Sebelah Zara?
Pagi anda hari ini lebih baik dari pagi semalam harapnya.
Usai berkursus yang haram tidak mendapatkan faedah pada aku atas masalah terlalu maju memanja dan menyayangi bayi kesayangan, Sean tercinta.


Baca tajuk mesti rasa nak terajang muka aku kan?
Ketawa.
Aku belum cukup kaya untuk buat begitu. Maaf ya?

Hari ini sila izinkan aku menegur sesuatu yang aku rasa agak kurang berkenan.
Panggil aku gila meroyan atau sebagainya, adakah ia akan terkesan?
Malangnya tidak, kasihan.

Kebelakangan ini ramai yang menambah aku sebagai rakan mereka di Mukabuku.
Sudah tentu aku tidak kisah, malah rasa terharu.
Tapi bila gambar profil letak gambar duit dan status asyik cerita tentang duit, memang sungguh aku berbulu.
Mulalah menulis atas dinding Mukabuku aku.
Awak mesti sertai kami, kalau tidak awak tidak akan maju.
Dan lebih degil, menghantar pesanan di kotak pesanan dengan harapan aku setuju.

Mata Duitan : Awak kerja apa?
Aku : Saya kerja kerajaan.
Mata Duitan : Kerja kerajaan susah nak naik gaji kan?
Aku : Ada ikut peringkat, lagipun saya baru kerja empat bulan.
Mata Duitan : Umur awak berapa?
Aku : 22 tahun.
Mata Duitan : Sebulan gaji awak berapa?
Aku : Cukuplah makan.
Mata Duitan : Itulah orang sekarang. Asalkan cukup makan sahaja, dah cepat puas hati.
Aku : Eh, apa masalahnya? Pakai semua cukup, boleh belanja apa yang diri nak. Hidup tidak perlu tamak.
Mata Duitan : Bukan tamak, tapi tak pandai ambil peluang. Saya boleh tawarkan awak dapat duit lebih. Macam awak boleh tengok profil saya. Dah banyak duit yang saya dapat.
Aku : Baguslah untuk awak. Saya tak minat.
Mata Duitan : Saya tinggalkan nombor telefon. Awak MESTI akan ubah fikiran pagi esok.
Aku : Terima kasih, saya memang tak minat.
Mata Duitan : Saya percaya awak PASTI akan ubah fikiran esok pagi. Perkara pertama awak akan buat adalah menghubungi saya.

Betapa tinggi keyakinan Si Mata Duitan kan?
Aku dengan pantas buka profil peribadi dia.
Aku turunkan halaman sampai aku jumpa 'keluarkan dari senarai kawan' (baca : remove from friend list).
Aku tekan Ya, dan aku laporkan sebagai sampah (baca : Report as Spam).

Panggil aku kejam.
Laungkan aku keji dan sebagainya yang aku boleh faham.
Tapi, tolonglah, itu bukan caranya untuk kamu cuba menarik perhatian.
Sangat menjengkelkan cara kamu cuba minta aku sertai kamu.
Dan lagi, kalau kamu nak ambil gambar baring atas duit, mandi duit atau makan roti berintikan duit, tidak payah tanda (baca : tag) aku.
Mual sungguh, sampai mahu muntah biru.

Biarkan aku cari rezeki aku sendiri.
Tidak payah kamu mengutuk pekerjaan aku sebegini.
Aku masih tahu membezakan apa itu keperluan atau nafsu -ikut nafsu liar atau naluri.

Untuk orang begini, janganlah masuk dalam Mukabuku aku lagi.
Jangan masuk halaman pembaca aku dan tabur pautan ke lubuk-lubuk kamu.
Sudahlah.
Dan kalau kamu mahu teruskan, aku tidak akan halangi.
Ikut suka hati.
Tapi, jangan ganggu aku lagi.
Aku akan kekal jaga mengawasi.

Nota ciuman : Kalau aku boleh bagi duit bagi setiap pembaca atau pengikut blog aku, mesti aku sudah ada kereta dan tidak akan menjadi bahan cacian orang kan? Jadi, tiada duit untuk kamu. Duit aku simpan untuk beli kereta. Kan itu impian kita semua?

Zara : Aku agak keletihan hari ini. Kursus yang dihadiri agak baik tetapi malangnya, disebabkan Sean kesayangan aku berdiri dalam pelantar Tetingkap 7 (baca : Windows 7 Ultimate), maka aku tidak dapat menggunakan aplikasi itu. Begitu juga pengguna Vista. Hanya pengguna XP sahaja yang boleh.

25 comments:

Anonymous said...

org² begitu mmg agak brengsek !!!

itafukada said...

aku pun benci dgn makhluk spt tu.soOoOo annoying okeii.kalo da kaya tu xpela jugak, diam2 sudah.konon2 nak ajak org jadik kaya jugak.padahal menipu.nak perabihkan duit aku lg ade la.huh!

Alimaz-Kembara Terasing said...

huh mental problem...

azieazah said...

Dalam my email pun ada berderet. Bila dah kerap, baca tajuk yg tak sebut duit, ala ala pun Kak Azie dah leh agak. So, delete without prejudice..!

Hazzy Ishak said...

depa tu tak paham bahasa
jdkan mukabuku sebagai medium nak kaut untunglah kononnya
kesian mereka

Azrul Hisham said...

haha..anda memang kejam...orang2 macam tu tak perlu diberi muka langsung... :)

Mr PenyuBiru said...

ko simpan lagi tak no telefon mata duitan tu,aku berminat ni.dan aku harap mata duitan tu seorang perempuan.hihihi..

fazemy said...

Haha terbaek Zara. Akak pun pernha posting psl LOGIN FB DPT RM100 ni. Sungguh sungguh menyampah dgn mereka ni. Kerja yg takde titik peluh..halalkah? makan duit atas angin dan tdk diketahui sumbernya. Kesian mereka diakhirat nnti.

joegrimjow said...

cik zara klu nak beralih kerja
jgn lupe contact ku
hehehehe

ciK LyndaWawa igUana said...

memang sekarang macam2 ade....percaya atau tidak je....saya tak join ape2...takk percaya ah.

zulpjj said...

salam.

bule baca komen dari ustaz zaharuddin berkenaan isu ni di : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/


saya x layan benda gini wp diperkenalkan oleh kawan baik saya:-)

CikLilyPutih said...

Bagus zara, k lily support tindakan awak tu. memang patut diorg nie kene ajar sket kan!

Amir said...

aku pun x minat benda2 mcm tu. haha..

acap2405(1169) said...

kita serupa kak zara..
tak abis abis kena spam dengan benda nih..
:(

hans said...

zara tipuuuu

Miss ... said...

ada org rasa duit segala biarkan la mereka k :)
yg penting kita tau duit bkn segalanya :)

Mimpi said...

sob~ sob~
Zara tipu.

Masing-masing ada cara nak cari duit.

chokio_nia said...

ain pon pena jumpe org taksub duit kak..biarlah mereka..janji kte bahgie ngan hasil titik peluh kte..=)

sI tEDI said...

dak zara : kalau aku, aku jawab kat derang 'Maaflah, saya dah cukup kaya'!

ha ha ha ha..

eh! overlak!

Wanita Itu said...

kakak juga peminat setia kamu... ihiks :p

neomatrixzz said...

huhu..camtu pulak..

noor afzan said...

saya pun sama..
x suke..

Bro Framestone said...

udah2 la zara...

jgn terase dengan golongn minoriti ini.. ada apa dgn rm100 berbanding dengan apa yang zara curahkan [bukan kedaun keladi] ilmu kepada anak murid...

bukan takat masuk akaun bank.. akaun amalan pun masuk gak.. faedah di kira dari setiap ilmu yg zara bg dgn pernuh keikhlasan sehingga ianya diguna pakai oleh anak murid

BroFramestone Blog

leonardo dicaprio said...

lol! ingatkan zara buat contest!! tertipu! rofl!!! XDDD

cik tomyam said...

tak paham bahasa betol mata duitan tuh.