Thursday, April 01, 2010

Rasanya Sudah Tiba Saat Aku Pergi Meninggalkan Kamu Semua. Selamat Tinggal.


Orang yang aku hormati hamburkan kata nista pada aku.
Puncanya sekelumit cuma, selitan si hujung kuku.
Kesakitan yang dicurahkan buat aku jadi manusia bertambah beku.
Hati aku tidak mahu mengikut kemahuan akal - menolak begitu.

Otak aku hanyir - darah busuk memenuhi setiap ruang.
Ketawa keji dia masih terngiang.
Dan aku jujurnya tidak merasa apa - mungkin hanya riang.
Orang yang aku hormati datang.
Walaupun datang untuk menyerang.


Tiada lagi si hodoh dan bodoh ini di mata kamu semua.

Selamat tinggal semua.
Kamu boleh sampaikan dari mulut ke mulut cara untuk mencerca.
Kamu boleh layangkan kata hina.
Kamu boleh bunuh aku begitu sahaja.
Inikan aturan dunia maya?
Siapa tegar, dia akan berjaya.
Siapa tewas, harus disepak keluar dengan gembira.

Aku korbankan diri dan biarkan jasad terpenjara.
Bukan untuk sesiapa.
Tapi atas perasaan hormat sesama manusia.
Atas dasar aku hormat dengan kewujudan kamu yang memanggil aku Zara.
Tapi akhirnya, aku jatuh di bibir celaka.
Kata-kata kamu umpama hukuman mati percuma.
Diam dan tarik nafas seketika.
Celaka.

Hela nafas panjang berjela.
Aku sudah tidak mampu ketawa.
Pecah sudah topeng ceria.
Berkecai terhempas - berderaian kaca.
Senyuman sudah sirna.

Zara : Kini yang buat aku masih utuh menulis hanya sekelumit karya picisan - naskah Legasi Cinta Alisia. Yang lain? Aku direntap kuat dari jasadku sendiri. Sebuah semangat yang dibunuh begitu sahaja. Doakan aku mampu peroleh semula nyawa.

29 comments:

kasih said...

kak,
apa pun yang berlaku.
sabar ye,

Jard The Great said...

huhuh.. berehat lah dari blog.. kekadang itu terbaik untuk mencarik balik semangat yg ilang.. atau membina kekuatan

naz said...

kembali dengan jantina yang asli zara:)

~LP Lum~ said...

salam zara~

bg akak, andai zara undur skang, nmpak sgt yg zara tu lemah.. jgn ar menyerah kalah hanya kerana benda2 yang cemburu akan diri kamu...
be strong, bersabar, kuatkan semangat.. lawan semula mereka2 yg mecaci, menghina kamu.. tunjukkan pd mereka2 ini yang kamu mampu berjaya dan berdiri kembali walau apa pun yg mereka telah lakukan terhadap kamu...
jgn undur diri hnya kerana makian dan cacian yg datangnya dr mereka2 yg cemburu yg xsenang atie ngan kamu... :)

sI tEDI said...

sokong jard,
kadang2 kita perlu berehat untuk cari ketenangan.

rehat sebenarnya rehat.
usah menulis seketika.

biar semua reda.
biar semua tenang semula.

jaga diri.

Wawan Saini said...

Rasanya tak perlu anda ungkap kata pergi.
kerana masih ramai yang mahu anda ada disini.
terus berkongsi.
kisah hidup anda yang penuh warna warni..

Mimpi said...

Jangan pergi...
Gelap hari-hari yang aku lalui tanpa membaca tulisan berbunga dari anda.

syarifah radiah ibrahim said...

الصبر من الإيمان

apa-apa pun, kami pembaca Dunia Sebelah Zara akan sentiasa menyokong kak zara.
:)

Shiela Latif said...

eeee...bestnyer blog nie...saya baru jer joint...janganlah berhenti.. :)

Wanita Itu said...

siapa buat kamu ni sayang?

Miss ... said...

nape weh? ko tenang je..hmm

hans said...

woit nyah
ko tak payah nak feeling2 merajuk
kang aku suruh adik tiri si wawan saini dengan abang tiri si hami asraff dengan kakak tiri hanis zalikha babap ko kang
hahahaha

MuNsYi SaMa said...

Sabar ye kak. Jangan pernah mengalah. masih ramai di belakangmu.

mira amair said...

awat ni?apa2 hal aku sokong hang..ok!

zeqzeq said...

carik2 bulu itik kan? kalau tak yang tersayang saper lagi nak kutuk..

HEMY said...

guru besar ko kata ko tak macam cikgu buat blog camni???

noor afzan said...

karya agung zara yang saya sentiasa nantikan..
terima kasih..
itu hadiah tak ternilai zara pada saya sebagai pengunjung setia blog zara ..

Meowwwww said...

Meowwwww

Ariff Shah said...

erk.. macam dah serius sangat je ni

Reza said...

Haha cam April fool jer nih

Azuan said...

semoga jumpa apa yg dicari...

From The News said...

aku tau la hari ni 1hb, kalau ko cuba buat entry hangit..siaapp ko!

[z@ck] said...

Zara..
ko nak quit blogging ke?
adoyaiiii..

awat weyh..

apa-apa pun buatlah keputusan yang terbaik untuk diri ko..hope tak putus contact through FB ya...

=)

kEy said...

hmm.....fikir la pe yg terbaik k darl~

Hami Asraff هامي أشرف said...

Salam.

Aku suka ayat Hans

"ko tak payah nak feeling2 merajuk
kang aku suruh adik tiri si wawan saini dengan abang tiri si hami asraff dengan kakak tiri hanis zalikha babap ko kang
hahahaha"

Zara,

Percuma saja kamu lari dari medan pertempuran ini. Medan pertempuran yang sudah lama kamu bina. Biarlah tembok itu terus utuh dengan kata nista. Itulah kekuatan sebenarnya.

Dalam menggapai impian, ada saja halangan yang mendatang. Ini salah satunya. Tiada lain. Hanya KAMU boleh mengubah segala.

Pekakkan telinga. Seperti yang kamu sering uar-uarkan. Canangkan lagi di sini. Biar Sang Durjana terus mengkeji, tapi kamu terus bertahan.

Itulah perjuang!

Wassalam ~

S.C.H.A said...

salam !

saya sokong kata Hami tu ...

xada apa yang perlu di ambil kira ...
bil internet bukan diorang yang bayor .. komputer bukan diorg yang beli ... hhahahah

"ada aku kisah?"

gud luck n happy aprilfool!!

azieazah said...

Semoga bertemu nyawa ke dua...

azieazah said...

Semoga bertemu nyawa ke dua...

azieazah said...

Semoga bertemu nyawa ke dua...