Monday, March 29, 2010

Rindukan Sang Kunang-Kunang Bermesra Bersama Si Rama-Rama


Terbang bebas.
Menikmati langit yang luas.
Mengecapi rasa puas.

Kunang-kunang.
Rindukan cahaya yang terang benderang.
Rindukan kegelapan yang membawa kasih sayang.
Lupakan si petualang.
Ini gaya bebas khas dari kayangan gemilang.

Rama-rama.
Terbang indah di angkasa.
Merindui kemuncak sebuah pawana.
Menikmati alam semesta.
Hidup penuh warna.
Ceria sentiasa.


[Gambar asal tanpa penambahan di sini]

Eu te amo. Você é a menina dos meus olhos. Vamos voar juntos como borboletas.
(Saya cintakan awak. Awak adalah epal di mata saya. Mari kita terbang bersama laksana rama-rama)

Si rama-rama terbang.
Terjumpa dengan sang kunang-kunang.
Ikatan mesra terjalin, perasaan mula membahang.
Cinta agung penuh kasih sayang.

Tidak sama.
Tidak serupa.
Natijahnya, adakah kesilapan bila bersama?
Ciuman tidak pernah dirasa.
Kegelapan dan jangka hayat seketika cuma.
Adakah waktu mencemburui kita?

Cinta sang kunang-kunang dan si rama-rama.
Terpelihara dari kutukan nista?
Pelukan hangat dari dunia?
Nikmati sementara masih ada.
Lupakan mata yang menghina.
Abaikan yang mengata.
Kunang-kunang dan rama-rama perlu bersama.
Demi cinta.

Zara : Selesai sudah Bab Lapan Legasi Cinta Alisia. Boleh dilayari pada jam 10.03 malam nanti ya? Rindukan kalian. Kesihatan aku tidak mengizinkan aku terus bernyawa bersama meraikan. Senyuman.

5 comments:

TMUkmkd said...

emm kenapa dia gunakan "epal dimata saya" ?
bukannya mutiara, permata etc2 ?

tanya aku yang berjiwa kurang puitis ini :p

Meowwwww said...

Meowwwww

naz said...

kita yang cemburukan masa :) sebab ia tak pernah kisah apa orang kata hahaha padan muka manusia durjana ah saya juga sama

AyanaAsham said...

rama-rama cntik...bebas kan.

Anonymous said...

Mengikut idiom bahasa inggeris; the apple of my eye
yang bermaksud orang yang paling dicintai