Saturday, March 27, 2010

Sepuluh Kempen Iklan Terkumpul Sedang Berjalan - Kempen Waktu Bumi Malam Ini Bagaimana?


Salam pagi semua.
Minggu ini dipenuhi kejutan yang buat aku gembira.
Ada pelbagai kempen yang sedang berlangsung dengan jayanya.
Moga ada sedikit rezeki yang aku boleh berkongsi rasa.

Dari empat, naik kepada enam.
Enam naik kepada lapan.
Lapan berkurang satu menjadi tujuh.
Tujuh bertambah satu, kembali kepada lapan semalam.
Dan pagi ini, lapan sudah menjadi sepuluh.
Alhamdulillah, sujud syukur atas kurniaan rezeki.

http://www.earthhour.org/assets/img/tools/wallpapers/1024x768-earth-hour.jpg
[Gambar asal di sini - sudah jadi penghias skrin Sean selama seminggu]

Tahun ini bakal menjadi tahun kedua aku melalui Waktu Bumi (baca : Earth Hour).
Tahun lepas aku berada di kampus selatan.
Menikmatinya dengan menyudahkan tugasan yang dititipkan oleh pensyarah.
Jujurnya, ia adalah sebuah kempen yang mudah walaupun ramai yang menyangkal kebaikannya.
Manusia lebih senang melihat keburukan dan mengambil kesempatan dari usaha yang murni.
Dan aku, melihat kelibat kempen ini sebagai sesuatu yang menyatukan manusia.
Senyum.

Malam tadi tidur aku dihiasi dengan mimpi bahagia.
Kehadiran seseorang yang istimewa.
Pautan tangan menarik ke arah laluan cinta.
Deringan penggera telefon buat aku terjaga.
Ah, mengapa mesti tatkala aku mahu melangkah ke babak seterusnya?



Salam hujung minggu semua.
Moga kalian punya hari yang ceria.
Senyum sahaja.

Zara : Hati berdebar setiap kali mendengar bunyi telefon. Petanda apakah ini? Kekurangan vitamin?

10 comments:

FaTiN said...

tahun lepas bestt sgt sbb sambut earth hour bersama kawan-kawan. tahun ni sambut dlm rumah saja. akan kupaksa adik2ku bergelap malam ni.


p/s:rasa berdebar bila phone berdering tu maknanya zara kurang kalsium hihihi

TUKANG KATA said...

Malam ni balik kampus..tak boleh la rase wat earth hour cam dulu..kalu tutup lampu kete naye pulak kan..HAHA

farhana said...

Kat UKM, earth hour dipaksa rela =P
Selamat bergelpa selama sejam mlm ni =)

hans said...

nyah
ko xgi clubbing ker hari2 minggu nih?
hahahahaha

cik ian@aH Lian~ said...

sis smlm pun ade sepuluh,
rasa syukur, walau dah lama tak
update2 entry lagi satu...

iCe said...

malam ni akan banyak laaa karbon dioksida dilepaskan apabila berjuta lilin dinyalakan... hmmmm pitam 5 saat..!!!

EISENHOUR said...

ohoho..selamat berhujung minggu jugak!

Hizami Li said...

sama2 jayakan EARTH HOUR!
hoho~

noor afzan said...

umah saya susah sikit nak jayakan sebab mak takut bergelap..
at least 1 lampu kena on..
haiihhh~

S.C.H.A said...

bagsu praktical zara ..
salam hujung minggu yer