Wednesday, March 17, 2010

Surat Pembaca : Bagaimana Untuk Membaca Emosi Pemilik Dunia - Dengan Mendengar Lagu Di Dunia?


Salam semua.
Terima kasih atas semangat yang kamu semua titipkan untuk aku terus bernyawa.
Menghirup nafas segar kesinambungan jiwa.
Kesakitan meratah sekujur tubuh yang menerima kifarah kecil dosa.
Pantas sahaja aku layak menerimanya.
Moga kesakitan itu tidak akan buat aku terus terleka.

Ada seseorang bergelar Puteri Aina menghantar pertanyaan kepada aku.
Bagaimana untuk membaca emosi aku kerana setiap kali dia baca blog ini, ia kena dengan jiwa beku.
Aku hanya mampu ketawa sambil sembunyi senyuman pilu.
Ya Allah, aku dikurniakan nikmat mereka yang mahu berkongsi buku.


Ini wajah yang kamu akan sering nampak jika kamu mengenali aku.

Manusia yang bernama Zara ini selalunya menjadikan dunia sebelahnya sebagai laluan untuk lari dari kehidupan realiti yang memeritkan diri.
Pelarian dalam mencari kehidupan yang lebih hakiki.
Mungkin juga lagu yang berdendang di dalam blog adalah cara ekspresi hati.
Bagaimana hidup di alam nyata adalah sebuah landasan penghubung titi.
Aku hirup setiap molekul udara dan hembus zarah nano, bukan mini.

Lagu yang menghiasi latar dunia ini adalah secebis daripada hakikat sebuah ceritera.
Mungkin ada kena mengena.
Mungkin juga sebagai khemah pelarian sementara.
Dalam mengejar takdir diri yang semakin sirna.

Manusia beku ini percaya senyuman adalah penguat jiwa.
Walau diterkam hebat dugaan, aku penuhkan jantung dengan cinta.
Sebab yang mudah, cinta itu penyembuh duka.
Hidup aku perlukan warna.
Bukan interpretasi lara.
Maka, aku hidupkan cinta sesama manusia.
Tanpa endah tentang jantina.
Cinta itu milik semesta.

Aku ketawa bila ada yang mengusik aku orangnya berjiwa puisi.
Aku belum sampai begitu tinggi.
Masih menapak sepi.
Tapi aku tahu, ada yang sudi menemani.
Epilog sebuah laluan hati.

Zara : Kalau kamu salah seorang pembaca Legasi Cinta Alisia, sudikanlah menjawab undian di tepi kanan blog ini. Mahu juga tahu pendapat kalian setakat ini. Bagi mereka yang belum membaca bab empat, kamu boleh melayarinya di sini

11 comments:

TMUkmkd said...

salam pagi!

oh aku tak baca entry lagi.. jap! nanti aku sambung komen

-----

aku tiada lagu tema.
senyap dan sunyi.
lagu ditentukan oleh pembaca sendiri
lagu dihayati oleh pembaca sendiri

pembaca punya kebebasan untuk pasang lagu apa dia mahu
asal dia suka
dan aku harap dia kembali

:D

Anonymous said...

pemilik dunia bukankah hanya Tuhan?

layakkah panggil diri sendiri sebagai pemilik dunia? bahasa engkau kurang tepat.

tetap mahu menegur walaupun ini kali pertama aku datang sini.

kenwooi said...

so nice you got ppl sending you questions =)

Puteri Aina said...

Salam Zara.

Terima kasih sebab sudi jawab apa Aina tanya. hikhikhik. Kalau camtu, payah juga nak baca emosi Zara kan? kalau takde lagu cam aritu, adakah takde emosi plak? hahaha.

Buat Anon, kau tu 1st tyme datang. pemilik dunia tu merujuk pada cik zara ni la. apa le sengal betul kau nak komen tapi tak tau apa2.

maceh cek zara.
kihkih..

-Puteri Aina-
malas buat akaun.
hahahaha.

itafukada said...

berlagu ikut mood.hehe..

Lifesaver said...

aku tak pandai berpuisi dik

Kay Azhar said...

Selamat sejahtera kudoakan ke atasmu Zara.

KhAlif, seorang pendatang baru yang sedar kehadiran blogmu di blog Abang Mazidul.

Aku juga seperti Puteri Aina, keliru dengan emosimu.
Apatah lagi kau seorang guru.
Mata pelajaran kimia pula tu.

Namun gaya penulisanmu memang tinggi bermutu.

Salam kenal dari aku, KhAlif.

http://kaykhalif.blogspot.com

fazemy said...

SUka ayat Zara...jiwang.

pensel kontot said...

aku suke ayat zara...bersahaja dgn penuh maksud di dalam nyew

azieazah said...

Tabikk...! bahasanya sangat tinggi.. Adakala langsung tak faham, tapi berusaha untuk faham...

noor afzan said...

pemilik dunia dah isinya..
hanya milik Allah..
pemilik dunia zara..
juga Allah..
tapi hanya Allah dan zara sahaja yang tahu dan memahaminya..