Thursday, March 04, 2010

Terima Kasih Sebab Hina Aku Hanya Kerana Tidak Punya Kenderaan Dan Menumpang Orang Lain Untuk Ke Sekolah. Sedang Kumpul Duit, Lahanat!


Salam semua.
Amaran awal bagi pembaca, penulisan kali ini dipenuhi dengan air mata dan cacian tahap tiga.
Maaf, emosi tidak dapat dibendung dan aku sudah hilang kesabaran.
Hati aku diracuni dan air mata sudah tidak mampu diempang lagi.
Mengalir terus di pipi.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, aku habiskan masa menukar pesanan ringkas dengan Si Comot Yang Comel. Sedang asyik tersengih-sengih melayan pesanan dia, aku ditebak dengan kata-kata kakak di sebelah.

Kak Baik Hati : Zara, akak ada benda nak cakap sedikit.
Aku : Apa dia kak?
Kak Baik Hati : Tadi di sekolah, ada cikgu-cikgu tanya, bila Zara nak beli kereta sendiri. Kak cakap yang Zara sedang kumpul duit sendiri.
Aku : Mereka selalu tanya juga.
Kak Baik Hati : Lepas itu, mereka tanya Zara tumpang akak ni, Zara bayar tak. Akak kata, Zara bayar. Cuma bulan dua sahaja Zara belum bayar lagi, mungkin terlupa atau tunggu gaji seterusnya. Mereka kata, tergamak Zara buat begitu, tak bayar pada akak.

Saat itu, aku rasa empangan kekuatan aku pecah.
Tidak pernah rasa terhina sampai begitu sekali.

Aku : Maaf kak, Zara terlupa.
Kak Baik Hati : Eh, akak tak kisah. Lagipun, hari itu Zara ada bayarkan duit minyak kereta. Akak pun fikir mungkin Zara ada keperluan lain yang lebih utama.
Aku : Maaf sangat-sangat kak. Boleh tak nanti akak singgah di bank? Zara nak keluarkan duit sekejap.
Kak Baik Hati : Zara, jangan terasa.Akak cuma tak nak Zara dengar daripada orang lain.
Aku : Takpe kak, kalau kak tak beritahu, sampai bila Zara tidak akan tahu.

Aku beredar keluar dan berdiri kaku di hadapan mesin pengeluaran wang.
Rupa-rupanya ini drama di belakang aku.
Patutlah ada mata yang sinis memandang aku menumpang kereta saban hari.
Patutlah ada sindiran-sindiran halus tanya bila aku mahu punya kenderaan sendiri.
Aku hela nafas panjang-panjang, mengeluarkan duit dan berlalu pergi.
Masuk ke kereta semula dan duduk kaku, hilang tenaga diri.

Kak Baik Hati : Zara, kak minta maaf. Takde niat buat Zara terasa.
Aku : (buka tas tangan dan hulurkan duit di tangan kak itu) Ampun sangat-sangat Kak. Zara terlupa.
Kak Baik Hati : Zara, tak payahlah begini.
Aku : Tak mengapa kak. Ini salah Zara. Biar Zara terima natijahnya.
Kak Baik Hati : Inilah sebabnya akak tak mau beritahu Zara. Dah tahu mesti jadi begini. 
Aku : Tak mengapa kak. Sekarang sudah tahu kalau ada orang-orang cakap belakang diri ini

Ketika ini air mata sudah mengalir laju di pipi.
Sumpah!
Aku lupa bila kali terakhir aku menangis sebelum ini.
Alangkah sepupu kesayangan di bawa pergi menghadap Ilahi, aku masih mampu mengekang emosi.
Tapi ini?
Lemahnya kekuatan aku, aku kehilangan tenaga sendiri.
Tangisan sudah tidak mampu dibendung lagi.

Aku beritahu pada Si Comot Yang Comel, aku perlukan ruang sendiri.
Dia risau tetapi mahu aku bangkit kembali.
Berikan aku kasih sayang yang lahir dari hati.

Kak Baik Hati mahu hantar aku seperti biasa ke rumah, tapi aku menolak keras.
Aku suruh dia tinggalkan aku di tepi simpang jalan sahaja.
Sebelum keluar, aku salam dan cium tangan dia.
"Kak, terima kasih atas segalanya".

Berjalan seorang diri hampir satu kilometer dari simpang ke rumah di bawah terik mentari.
Sambil berjalan aku kutuk diri sendiri.
Bodohnya aku, sampai terlupa keperluan hakiki.
Yang aku perlu penuhi.
Walaupun tidak pernah ditagih oleh Kak Baik Hati.

Orang yang lalu lalang aku tidak peduli.
Air mata mengalir laju di pipi.
Hilang sudah rasa malu dan segan pada diri.

Sampai di rumah, aku telefon Si Busuk, tulang belakang penyangga diri Si Tengik.
Aku luahkan segalanya pada dia.
Ah, lelaki itu memang sahabat terbaik yang aku ada.

Si Busuk : Orang yang tak kenal engkau memang selalu cakap ikut suka mereka. Abaikan cakap orang, aku lebih kenal engkau siapa. Bukan macam mereka. Mereka tidak kenal siapa Zara, macam aku kenal. Esok kita jumpa, aku tunggu engkau.

Kebetulan ada seorang rakan sekolah lama yang menegur aku di atas talian.
Bertanyakan mengenai novel Legasi Cinta Alisia.
Mengadu pada dia dan jawapan dia buat aku geli hati.

Shonobi : Sarip, kalau aku dekat dengan kau, aku dah tolong kau. Mesti aku dah calarkan kereta mereka semua. Kurang ajar mulut orang macam itu. Kau kena kuat Sarip. Kena tabah. Siapa tak kenal kau?

Di Mukabuku juga aku diberikan kekuatan oleh mereka yang sentiasa menyokong kuat aku.
Terima kasih buat mereka.
Sumpah, aku amat terharu.

http://www.mediabistro.com/fishbowlLA/original/Final_Fuck_02.jpg

Maka aku mahu ambil pendekatan berdiam diri.
Bukan aku tidak mahu membeli harta sendiri, gilakah aku tidak mahu itu dan ini?
Tetapi aku berusaha mengumpul wang sendiri.
Ah, cukuplah Abah dan Emak menanggung pelajaran aku dulu sehingga tamat universiti.
Biar aku dapatkan sesuatu menggunakan upah yang aku terima hasil pekerjaan setiap hari.
Biar aku lunaskan mimpi.

Hinalah aku.
Cacilah aku.
Aku mahu bangkit kembali.
Sebab aku lebih kenal siapa diri aku.
Rakan-rakan sekerja, teruskan cakap-cakap belakang.

Aku akan jadikan ia sebagai suatu bentuk motivasi.
Ya Zara, anda kena ingat bukan semua orang mempunyai hati yang suci.
Itu pentas lakonan dan mereka sedang berdiri.
Menunggu waktu untuk menghakimi.
Kelemahan terhijab, mereka akan selongkari.

Kak Baik Hati, terima kasih sebab beritahu aku perkara ini.
Berkongsi rahsia walaupun kamu rasa berat hati.
Yang setia menunggu aku setiap pagi.
Sumpah, aku tidak akan lupakan semua jasa yang diberi.
Akan dikenang sampai akhir nanti.
Nanti kita minum air kelapa sama-sama lagi ya Kak Baik Hati?

Zara, sila percaya hanya dengan diri sendiri.
Cuba ukir wajah senyum dan hias dengan jampi.
Aku tidak akan menangis lagi.
Sudah kering hati.
Mati.

Zara : Satu-satunya perkara yang buat aku gembira adalah novel Legasi Cinta Alisia sudah mula dibaca oleh mereka-mereka yang gemarkan seni. Pertemuan hujung minggu ini juga mewarnai sekeping hati yang dimamah kesakitan sendiri.


Shafaza Zara Syed - Legasi Cinta Alisia.
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

61 comments:

Hizami Li said...

oh my God.
i dunno la kan.
tp kakak baik hati tu mcm something je.
tak rasa mcm sesuatu ke?
oh.
mungkin perasaan aku kot.
hehe.

itafukada said...

emm..zara my dear,
jgn sedih k..
ita rs zara kne percayakan diri sj.
jgn percayakan org lain walopun kak baik hati itu.sound suspicious i guess..
ita dulu camtu jugak.terpaksa tebal muka sbb tau kemampuan diri..
at last tuhan tunjukkan jln..
bersabar syg..~

Supia Chao said...

Dun let your mood be affected by those who plan to destroy you. We can't force everyone around us to love us and like us, there will always be those ppl that will be envy and spread rumors about that. Try not to care to much about what other say about you. ^^

K~UN said...

xpayah hirau sangat..
biasalah tuh,mana ada manusia yang xpernah sibuk hal orang lain..
kak zara buat keje akak je..nanti dah cukup duit,baru padan muka dorang..
jangan nangis2 dah..nampak tembam!hehe..
*joke*

nadey said...

rasenye kak baik hati tu yg mengumpat zara lebih2....n die mmg xleh bla tegur mcm tu...........

zara....cool je...buktikan tanpa kete sesape zara leh hidup la....

seyes xsangke ade manusia mcm tu

tp zara biase la adat org menumpang cmtu la.....kite kene phm2

Cik aiNa said...

xpe zara..abaikan saje mereka.
aina pn dah lali dengan caci maki ni..adat dunia la kan, org selalu x berpuas hati,

ape pun..aina doakan yang terbaik utk zara. suke baca penulisan kamu..best!

joegrimjow said...

nanti da kaya
baru semua akan..... tengok
;)

Billet-DOux said...

Cik Zara, kita lebih kenal akan diri kita sendiri. Dimana perlu sokongan, bermula dari diri kita. Dimana perlu teman, Luahkan sahaja, kerana masih ramai insan yg ingin mendengar berbanding org yang ingin mengkhinati.

Cik Akma said...

hati org mane kte taw. sbb tu g kolej x naik kete owg da. baik naik teksi. senang. :(

IyouweBlog.com said...

1 ppl hates u doesn't mean every one hates u! there are millions of ppls out there!

Nanged you, nang to watch 3 awesome arts videos!(naked body painting is one of it) =)

░♥si lampu neon♥░ said...

bangang la dorang tuhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Atan Athen said...

sabar zara.....dunia ni ibarat roda.....kejap ko kat bawah....kejap ko kat bawah....nnt time turn diorg kat bawah ko pancitkan roda tu...biar diorng kat bawah je....x naik2 dh

Nurul Harun said...

hmmm..sedih..terasa betul dihati..sabar ya zara..harap semuanya akan kembali okay.. :)

nurul link blog zara ya..

salam kenal..

fiza said...

Salam singgah (^_^),

Tak per lah zara, abaikan saja org macam tu. Nanti bila dah ada kereta, tunjuk sket kat dorang tu.

anyss said...

Salam,
Cik Zara,
Manusia memang memandang "dunia", dah realiti begitu. Kalau rasa tak mahu terhutang budi dengan orang, gunalah perkhidmatan awam (walaupun hampeh!). Paling tidak, carilah motor cabuk mana-mana. Kalaupun motor cabuk tu dah nazak, paling tidak kita tak bergantung kepada orang lain.

kalau ada rezeki yang lebih, siapapun memang akan cuba untuk beli kereta sendiri, namun sementara itu usahalah cara yang lain. Kita tidak pernah tahu hati orang sehingga tiba saat yang sesuai. Sekarang cik zara mungkin diperli kata-kata sinis sebegitu, bila dah ada kereta nanti, banyak senyum manis akan diterima, namun di belakang tetap juga kita tak tahu.
mana ada kita sempurna di mata orang ;) Selebihnya, banyakkan sabar. Allah hanya menguji sedikit sahaja ujianNya untuk kita

Fiffy Syafiqa Hazirah said...

bahlol tol dorang tu. ni la manusia, asyik menyibuk hal orang. kalau aku, aku calarkan je kreta dorang sorang sorang. padan muka dorang. heh.

tp tu la, ada gak sesetengah cikgu yang tak suka dengan freshie2 ni. apa la, mcm la senior sangat. tak aku respect cikgu mcm tu.

Salma Megan Fox said...

Nokk!

U kena camtu?

Mak hayam mana yg ckp u camtu nokk? Biar I ganyang dia, pijak2 dgn kaki i yg x berbulu ni. Geram mak okeyy? Apa kelas ke ada kereta?

Kang kalo ko bawak keta awal2 keja ni kan nokk, org tuduh ada org spedo ko plakkk..baik ko jgn layan org2 yg nak menghanjingkan ko tu~

lantakkkk..
kuase makk tengokk ko sedey bagai ni~baik ko teruskan pjuangan ko menulis tu~ tak guna ko sedih nyah, berbulu je mak dgn org2 yg ngata ko tu. ada telor tak org2 tu? kalau takde, biar mak mandrem, bagi lipatkan dua.

hahahahaha

suka plka mak ngata2 org kat situ. dah la nyah, ko kuar je dari situ, habaikna je mangkuk2 tu.


P/S : ko nak pii Kay hell ke? makk nak jumpe ko bleh???

izzah said...

..selalu singgah blog zara, suka baca..first time komen..

..sabar jerla..sesetengah manusia ni, mmg itula peelnya, nak tak nak kena harung jua..jalan terbaik, abaikan aje..all the best tau..

..tapi akak baik hati tu kan..i smell something fishy..mcm tak baik hati je=)

Wawan Saini said...

cikgu..
rasa yang kak baik hati 2 yang melebih.
kalau ikut logik akal.
ad ke ptt diey ckp mcm2..
xmasuk akal langsung..
alah..
nantikan dah ad kereta sndri..
tayang dpan semua;.
biar tercangang mata yang ada.
sialll je..
bengang dan sakit hati..
bunuh emosi..

Carl Samsudin said...

kenapa kakak baik hati 2 perlu cakap zara tak bayar bulan 2? kadang2 hidup nie bukan boleh percaya semua orng. yang disangka baik tu pon kadang2nya back staber.

L said...

Fuck off those people!
I know sweetheart, if you really want to buy the car, of course you'll buy it.

How independence you're, but people didn't see that, pity them.

Shit stuff, stupid-smart-ass fellas, fuck off, bullshit!

Pity u darling, if I was there, I'll burn up those shits! Bastards those people! Called themselves as teachers but then, what happened?

They should understand.
They should.
Nope, they MUST!

L said...

Eh, I saw Salma Megan Fox there.

What the hell with the silly comment there? Sounds so gay.

LOL!

Cheer up Zara!

Bother those fucking-not-good-for-anything!

Anonymous said...

Mak ngaaiiii, apotokobondo lah ekau nak monangeh bagai apo balo tughun eh monimpo?

Eden ingek kot pasal duit gaji dicopet mat rompet mano, ekau monangeh sobab oghang mongato ekau monumpang keto oghang?

Kalu dikato oghang laie, jgn dikato monangeh, blh banjir satu Ke El eh dooo ...

Udah laaa, jgn ikuit ati eh. Kumpul duit byr deposit kancil, dapek sobijik. Janji ado tayar enjin ekzos sumuo blh jln yooo!

zan-xray said...

tabahkan hati dan semangat.
Memang selalu ada rakan-rakan yg ingin menjatuhkan air muka kita ni.

Seperti zara kata, jadikan itu sebagai pendorong.

ree'slittleblackbook said...

biasala tu kan. manusia. suka merendahkn orang lain. xyah kisah. last2 kak zara byr jgk. terlupe je kot. haih. :)

Emora Valeria said...

kak z,be strong ok.ignore je ape yg org kate.adik yg kecik ni selalu sokong akak dari segala sudut!

lynn-the gudigudigurl said...

manusia memang adaaaaaaa saja yg x kena di mata.

sabar oke

cik ian@aH Lian~ said...

sebab tu sis lebih rela
naik motor walaupun bahaya.
malas nak mendengar kata2 orang,
mulut hansuang jer diorang tu!

Mimpi said...

Dah tiada benda lain mereka ingin bualkan agaknya.
Diorang punya kereta belum tentu kepunyaan sendiri. Entah-entah mak bapak hadiahkan.

Cik Zara kuatkan hati jangan menderita dengan kata-kata mereka, moga murah rezeki dapat punya kereta sendiri suatu hari nanti.
Boleh bawa saya jalan-jalan Johor.
:p

Miss ... said...

hmm adat la tu zara..lumrah idop..x boleh kata pe dah..

EISENHOUR said...

aah..lumrah idop..sabar je..

flygurl said...

sabar ye cik zara..
mulut orang kita x leh nak tutup.
di mata diorg ada je salah yg kita buat..x pernah nak faham keadaan orang lain...

Shahrul Tanaka Safeai said...

menangis gua baca entri lu..sob..sob..sob.. ;p

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.pena rase ape yg kamu rase zara
.jgn nanges! *hugs*

Daffodil D said...

zara ku cyg....sabar ye..yg cakap tu sebenarnye jeles aje. haih. nasib baik ade kakak yang baik hati. :) cheers zara :")

rhapsody LiN said...

xpe2.. kuatkan smagat!!
lin pun cikgu gak.. erk.... memang biasa kot kalau kat skolah diorang akan tanya "drive sndiri ker??"


aku pun innocent time tu. so, aku x terfikir lak ape2. ko buat mcm aku.. pekak kan telinga. tak mati pun kan kena mengupat diorang tu. :)

sI tEDI said...

aku dulu pun tumpang org dan bayar dia juga.. kalaus apa2 nak ngumpat.. cakap depan lah wey!

-aTie- said...

tak sangka seteruk itu zara. takpe sekarang masa zara kene truk. esok2 dorg susah kite tgok sape yg tolong
kuat sis!

Khaizarien @ atie Blog

pak long said...

salam buat tuan umah...
segala niat yang ikhlas akan ALLAH kabulkan insyaalah....usaha,doa dan ikhtiar....moga kenangan hari ini mengajar kita lebih tabah tuk masa depan...

Wanita Itu said...

kalau kakak punya daya..




































lempang laju laju leh??

erk...

maaf terlebih emo bila orang buat kamu begitu..

geram!!

eelobor said...

sabar....dan terus sabar

Constellation - Science Year 5 said...

Mungkin ramai x caya...tp keje cikgu adalah keje paling susah sebab sumenye membabitkan hati dan perasaan manusia (murid2, PPD, JPN, ibubapa, cikgu-cikgi, GB, PK2 )yg unpredictable dan 'ikut sedap tok diorg je'...........but nothing is impossible to cope and road to victory is always hard....so juz remember that this is a lesson that you've to learn in order to achieve what were installed for you in the future.... so be strong...be vigilant....be yourself...
your friends n family will support you (as long as you're rite)..hehe
and always remember to smile...cuz a smile to somebody else is another smile to yourself.... ;D

Helmi Razali said...

Zara,
apsal tak cakap dengan aku?
Lain kali kalau ada apa2 masalah kasitau la. :)

naz said...

cikgu zara. itu pelajaran dunia. biar kan mereka dapat pengajaran akhirat:)

acap2405(1169) said...

hurm..
cikgu yang suka kutuk belakang memang tak layak jadik guru..
apa laa salah kak zara ngan mereka..?
:(

yna_kawaii said...

'HASBUNAALLAH WA NI'MAL WAKIL'
-Allah alone is sufficient for us and HE is the best disposer of affair for us.

sabar bebanyak~:)

::.. a t i q a h ..:: said...

Babe,
sedih aku baca. Nak puaskan hati semua orang memang tak dapat kan. :(

MuNsYi SaMa said...

sabarla ek.Kalo ada rezki kamu, ada la tu.

cmne nk didik anak murid kalo xdpt didik diri sendiri?

Moon BlooDy Spell said...

tu la keje mereka pot pet pot pet dalam bilik guru mengumpat!!!!!!!
geram aku.. tak dek kene mngena dengan diorang sibuk mahu mengata..
mengata sana sini. tak hengat diri tu dosa dah berbakul2

ignore je diorang kak zara..
kak zara jgn rasa down...
mereka semua tu tak ley tengok org lain senang..

ninim said...

tak ikhlas pun

Hazzy Ishak said...

salam zara
penah jugak rasa situasi macam ni
masa mula2 keje dulu
memang kena tumpang org g keje,walaupun opis takde lah jauh mana

after one month memang tak tahan
walaupun dia tak cakap pape tp kita boleh rasa
lebih kurang 2 bulan lepas tu terus beli kete
tak pikir apa dah asalkan tak nyusahkan org lain

so zara
tabahkan hati ya

umi_e said...

salam... jangan fikirkan sangat apa orang lain nak kata tentang diri kita... yakin dengan apa yang kita lakukan... tabhakan hati dan buktikan kepada mereka akan kemampuan yang ada :)

Nur Su'aidah Bachok said...

zara: be cool. biarkan mereka berkata. kita tahu siapa kita. ;D

*Allah lebih tahu siapa diri anda & siapa diri mereka.

Lifesaver said...

biasala..mulut org ssh nak tutup..mulut tempayan senang..

azieazah said...

Salam kenal ZARA..

baca tajuk jer dah buat Kak Azie juga rasa terpukul. Sebab Kak Azie pun takda kereta, sering gak tumpang orang ke sana sini (tp pi keja suami hantar dgn motor cabuk besi buruk).

Nanti kalu jumpa di Gathering, tegur Kak Azie yerrrrr...

rosyati said...

"no one can make you feel inferior without your consent" Eleanor Roosevelt

sera said...

amat berasa simpati dgn zara. harap kuatkan smgt ya. ckp2 blakang tdk akan mmbntu kita utk maju. org sekeliling kbyknnya bgtu,hnya tahu mengutuk dan menyindir shja. slmt maju jaya dlm hdp ya :D

SHiKiN said...

sedih ak... rase cam nak nangis sesame ko mase bace luahan emosi terguris ko.... sedeykan..
tp tu la hakikat suasane kat bilik guru zaman skang.... paham2 je la... tu cbrn utk kematangan masa depan... sbgai ingatan spy nant kite x buat camtu kat org len pulak...
tapi ak tau ko xkan wat punye.... ko kan sempoi hihih... tgok, punye la ramai org support ko... bestkan. walaupun hanya dalam talian.... sabar ye...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

maaf terlewat baca entri ni...

tumpang sayu...can feel it... :-(

nuar percaya sekarang ni zara dah kuat semula...semoga gembira di KL ya...

Dak Wan® said...

Kalaulah profesion perguruan ini dijadikan kayu ukur adab budaya masyarakat dan bangsa, takut teman untuk berhadapan dengan profesion yang jauh lebih rendah moralitinya... Tabah kan hatimu zara menghadapi dugaan dan cabaran ye?

sihaan said...

sabar zara. ini semua dugaan.
pelan-pelan kumpul duit beli kereta ya! :)

senyum zara. senyum! :)