Thursday, March 11, 2010

Tidak Perlu Menerjah Aku Sehingga Di Surat Elektronik - Nampak Sungguh Kamu Terdesak Seperti Tiada Telur Atau Banjaran Megah - Ketawa Berdekah.


Cuti-cuti begini ada sahaja yang mahu renggut senyuman aku yang seikhlas hati.
Sudahlah.
Aku hanya mahu ketawa geli hati.

Kalau kamu tiada telur atau banjaran megah, sila fikirkan cara untuk dapatkan yang palsu.
Awas, jangan minta dana daripada aku.
Aku perlu menyimpan untuk membeli kereta sendiri, aku mengaku.
Sudahlah, jangan buat aku berbulu dengan sikapmu.

*******

Ini wajah aku semalam.
Sangat melekit dan berkerak.
Gambar terpaksa dipotong disebabkan ada kehadiran lelaki bawah umur di sisi.
Ketawa terbahak-bahak.

Menerima panggilan telefon daripada teman wanita yang disayangi.
Perut makin membulat tanda kandungan semakin tiba saat dikeluarkan isi.

B : Salam, apa khabar penulis novel ini?
Aku : Salam sayang. Aku baik sahaja.
B : Macam mana sukan sekolah?
Aku : Banyak perkara menyakitkan hati. Penat aku mahu selongkari. Biar kekal jadi rahsia abadi.
B : Masih ada virus-virus benci?
Aku : Orang menyisihkan, aku harus mengerti sendiri.
B : Mereka masih belum tahu dengan siapa mereka membuat onar.
Aku : Ah, zaman kegemilangan aku bukan buat tatapan zaman pekerjaan.
B : Maksudnya, kamu merelakan?
Aku : Sudah tiada tenaga untuk melaungkan. Lagi pula, kedudukan aku bukan sembarangan.
B : Ah, aku mengerti. Penjawat awam ada batasan.
Aku : Sudah aku kata, ini bukan zaman kegemilangan.
B : *ketawa* Enak bercanda dengan kamu cinta.
Aku : Enak berbual, bagaimana dengan Jejaka?
B : Eh, mengapa suami aku yang kamu tanya?
Aku : Selalunya akan dengar suara dia menjerit-jerit gila di belakang.
B : *ketawa* Sudah ada di kamar, terkedang. Demam akibat cuaca yang tidak menentu.
Aku : Bumi benua sana sedang sejuk lagi khabarnya.
B : Ah, perempuan ini. Kamu memang sentiasa tahu benda terkini.
Aku : Tahu sebab aku merindui kamu semua. Ingat janji kamu pada aku.
B : Pulang bersalin di Malaysia?
Aku : Ya betul!
B : Bukankah kamu sudah ada Bunga Jiwa? Siapa dia sebenarnya?
Aku : Tunggu kamu pulang ke bumi Malaysia, akan aku perkenalkan pada dia.

Cinta hati aku ini sudah berapa bulan mengandung.
Aduhai.
Lihat gambar perut dia yang terkini memang buat aku teruja sekali.
Sungguh teruja untuk lihat proses melahirkan selepas ini.
Aku kan bakal ibu angkat bayi itu?

Zara : Esok bakal ke sekolah seperti biasa. Yang Maha Esa, aku dambakan sekeping kekuatan atas nama jiwa. Senyum Zara, senyum sahaja.

17 comments:

naz said...

teringin nak tengok kawan u tu zara hahaha boleh?

Azrul Hisham said...

sape la yg takde telur tu ye? meh aku nak bagi telur ayam sepapan..hehe :p

Kujie said...

nak usap2 perut tu... :p

Citra Penyelamat II said...

Poyo gile.
Letak gambar sendiri lagi.
bajet artis ke?
hodoh je muka ko.
mesti itam legam dan sebab berjemur kan?mesti punya la.
berkerak.
mana ada lelaki suka.
kahkakaka.

lagi satu, mane gambar bunga jiwe?
dah takde?
tak berani letak?
poyos la pompuan/

noor afzan said...

teringin juga nak tahu siapa bunga jiwa zara..
hehe~

chokio_nia said...

wah..akak nak dpt anak angkat lagi eh??nak jugak bole??hehe

L said...

Lelaki bawah umur?
Siapakah?

Bunga Jiwa?
I want to know as well Zara!
Must let me know honey!
Or else, I merajuk!

Going to miss you so much sweety!
Seriously.
Dont have time to update my blog darling.
Have out-station thingy.


P/S: to Citra Penyelamat, go to the hell bitch!

Hazami Bahrin & Co. said...

B & Jejaka going to have their fist baby!

While Hazami Bahrin already have 3 kids at 23 (going to be 24) now!

Woot!

New adopted baby? DOn't forget that you're my kids Godmother as well ya dear? Hugs.

Eliza and those kids pretty miss u. Wait up until we coming back this Eid Fitri.Going to buzz you for sure.

You looked good as usual. Mind I curse a bit here? Citra Penyelamat is a good name, but unfortunately, came with bad attitude. A so called pig I guess. LOL!

Sweetheart, when u going to married? Waiting to attend your wedding. Will bring my D90 just for you! Hahahaha.

Lots of love.
Hazami 'Brendan' Bahrin.
Eliza 'Elizabeth' Abdullah.
Adam D.
Hawa Zahrah.
Baby Sugar (as you called her)

izzad b* said...

ahahaha~
moga selamat semuanya..
btw ade unsur2 aneh komen2 diatas..

hans said...

zara
dari jadi ibu angkat baik ko kahwin terus
hahahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

selamat bergelar ibu, zara...eh...hahaha :-D

itafukada said...

waahh..selamat jd ibu..erkk..ibu angkat.hehe..

bunga jiwa? cewahh..~

Lifesaver said...

lepas penulis novel..leh jadi penulis skrip..hehehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

sapa tu zara....

zan-xray said...

Gambar2 semasa di rawang baru2 ni tak de ke Zara...

farhana said...

Comel nya baca conversation 2..
ayat bunga2..
i like =)

Ariff Shah said...

beli kereta nanti nak tengok kereta baru!!

btw. komen2 orang gila delete jer