Wednesday, April 21, 2010

Amaran Buat Penjual Roti Bakar Tidak Berlesen - Lain Kali Jangan Main Ikut Suka Petik Nama Cikgu


Salam semua.
Aku sedang menulis dengan perasaan bahagia.
Jam lima petang aku baru tiba di rumah yang mesra.
Hujan lebat menyejukkan alam buana.
Dan aku memandu sebagai pemandu berhemah setia.
Hanya 50 km/j akibat hujan lebat hingga menghalang pandangan mata.
Ah, 140 km/j tidak sesekali ketika hujan lebat, akan mengundang bahaya.

Pagi tadi di sekolah ada satu peristiwa.
Waktu senggang usai menyempurnakan tugas, aku menyudahkan Legasi Cinta Alisia.
Ya, malam ini Bab 14 akan ke udara.
Itu cerita lain, tidak ada kena mengena.
Aku dihampiri oleh seorang rakan sekerja.

Kak AR : Zara, ada jual roti bakar ya?
Aku : Roti bakar apa pula kak?
Kak AR : Ada budak kelas 4 IS jual roti bakar, dia kata dia buat bawah projek Zara.
Aku : Eh, bila masa pula saya buat roti bakar?
Kak AR : Dia kata bawah syarikat kat sekolah tubuhkan.
Aku : Memang ada syarikat yang baru ditubuhkan untuk pelajar.
Kak AR : Bawah Zara kan?
Aku : Memang bawah Zara, tapi tiada budak jumpa Zara kata nak berniaga.
Kak AR : Eh, budak tu kata bawah Zara, FA dan NH.
Aku : Serius saya tak tahu kak. Tak mengapa, nanti saya cari pelajar tu.

Ini serius namanya.
Nama aku dipetik tatkala aku tidak menyatakan apa-apa.
Sewaktu aktiviti kokurikulum petang tadi, aku berjumpa dengan dia.

Aku : H, awak jual roti bakar dalam kelas ya?
H : Bukan saya cikgu. R yang buat.
Aku : Dah tu, Cikgu AR kata awak.
H : R yang buat. Bila Cikgu AR tanya, dia cuak, dia kata saya cikgu. Sumpah cikgu, bukan saya.
Aku : Nanti saya tanya dia.

Aku menghampiri R yang kebetulan dalam kegiatan kokurikulum yang sama.
Arahan untuk mengikuti aku segera.

Aku : R, saya dengar awak jual roti bakar waktu rehat tadi, dalam kelas, betul ke?
R : Siapa cakap cikgu?
Aku : Betul ke tidak?
R : (sengih-sengih) Betul.
Aku : Bila masa awak ikut syarikat kami? Kalau betul nak sertai, beritahu saya.
R : Saya dah cakap dengan H suruh jual, tapi dia tak nak. Tu yang saya gerak sendiri.
Aku : Kalau nak jual, beritahu saya. Ini main suka guna nama saya. Cikgu lain semua tanya bila saya jual roti bakar semua ni.
R : Maaf cikgu.
Aku : Esok awak datang jumpa saya, Cikgu FA sekali. Kita boleh bincang. Lagipun saya dan Cikgu FA sedang buat kertas cadangan, siap dah ada pembekal untuk awak semua.
R : Kena ada bilik, baru boleh beroperasi cikgu.
Aku : Itu yang saya kata sedang diusahakan. Awak pula main senang hati jual secara haram.
R : Apa haram cikgu?
Aku : Main suka guna elektrik sekolah semua. Jual roti bakar macam Pendidikan Khas ke?
R : Bukan cikgu. Itu kepit. Yang ini roti bakar lompat-lompat.
Aku : Mana dapat pembakar?
R : Bawa dari rumah (sengih)
Aku : Usaha awak bagus, cuma cara tak kena. Esok saya tahu mesti dah tiada apa-apa.

http://www.icis.com/blogs/icis-chemicals-confidential/starwars_toaster_01.jpg
Apa perasaan makan roti bakar yang begini ya? Mesti sedap gila.

Tidak memasal nama aku menjadi terkenal pula.
Pening kepala.
Moga-moga esok akan redha.
Mahu jalani hidup seperti biasa.

Nota Kaki :
1. Seiring rasa cinta, seiring doa aku panjatkan pada Yang Maha Esa.
2. Bila dilaungkan mustahil, teman menyanggah keras dan buat gadis ketawa.
3. Jejaka sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah putus demi mencari bahagia.
4. Gadis tahu dia bakal kalah bila persamaan perkahwinan jadi inti pati bicara.
5. Tidak sekufu harta.
6. Tidak sekufu rupa.
7. Tidak sekufu agama.
8. Itu bukan pengakhiran sebuah ceritera.
9. Akan ada lagi layaran pengukuh mahligai cinta.
10. Apakah yang bakal terjadi seterusnya?

Zara :Hari ini 21.04.2010 - InsyaALLAH, Legasi Cinta Alisia Bab 14 akan muncul di Aksara Keraian pada jam 2104 (09.04 malam). Nantikan misteri kematian lelaki Serani bernama Brian Zaff Chia Hau dan rahsia disebalik sapu tangan merah jambu. Nantikan ya?

7 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

sedikit sibuk skrg..dh free sket nk abeskn bc Legasi Cinta Alisia

:)

Azrul Hisham said...

roti bakar satu...letak jem strawberi okay...muehehehe

Hizami Rahim said...

ROTI BAKAR ZARA.
eh eh.
roti yang bakar zara atau zara yang bakar roti?
hohO~

░♥si lampu neon♥░ said...

bagusnye budak2 ko..hehe

Aidi-Safuan said...

140km/j??? penah buat ke? :p

noor afzan said...

haihh..
bagusnya ada semangat berniaga..
tpai tu la..cara salah.
takpe, selagi boleh dilentur kan.

miss zahidah said...

teringat buat jualan masa hari kelab beruniform sekolah =P