Monday, April 05, 2010

Anak, Mana Lampin Bersayap Ya? Pakcik Nak Beli Untuk Cucu Datang Bulan.


Usai pulang dari sekolah, aku menunggu Bonda di sekolahnya pula.
Berbual, berkongsi bicara dengan sepupu yang kebetulan tinggal di dalam kawasan sekolah Bonda.
Dia bertugas sebagai guru juga di sekolah rendah berhampiran, di hujung sungai penjana.
Rindukan suasana bergurau mesra.
Ditemani kesejukan hujan lebat, saling bertukar cerita.

Usai Bonda tamat urusan segala, kami menuju ke kedai membaiki kereta.
Mencari alat ganti untuk kereta renta.
Ah, sudah hampir lapan belas tahun menabur jasa.
Masih berguna.
Dapat juga menutup mulut-mulut yang mengata.
Ah, biarkan Ayahanda sahaja yang membawa Naza.
Aku tidak mampu menuang minyak kalau kami bawa kereta sebesar rasaksa.
Ah, sekolah bonda di tengah, aku pula di hujung dunia.
Ketawa.

Disebabkan ada keperluan yang merengsa, aku mohon Bonda berhenti di sebuah kedai biasa.
Berlari anak ke tempat yang mungkin lebih kecil dari pasar raya.
Berpusing-pusing mencari barang yang diperlukan sambil melingas anak mata.
Ah, pantas jari mencapai barang yang dimahukan sambil ukir senyum ceria.
Mahu melangkah pantas disebabkan Bonda menunggu di dalam kereta.
Tuntas sudah hajat yang dicerna.

Huluran salam di belakang buat aku memalingkan kepala.
Seorang lelaki yang agak berusia senyum mesra.
Mungkin aku boleh letak istilah pakcik kepada dia.
Belum sempat aku menutur sabda, dia sudah atur bicara.

Pakcik : Anak, boleh tumpang tanya?
Aku : Apa dia pakcik?
Pakcik : Pakcik nak beli barang untuk cucu. Tapi tak tahu yang mana satu dia mahu.
Aku : Beli apa pakcik?
Pakcik : Mana lampin bersayap ya?
Aku : Lampin bersayap? Apa benda tu?
Pakcik : Cucu pakcik pesan. Pakcik nak beli sebab dia datang bulan.

Sampai ayat akhir yang dia tuturkan, baru aku mengerti maksud yang tidak nyata.
Dia mahu beli lampin wanita rupanya.
Lantas aku tunjukkan dia kawasan di mana dia boleh dapat apa yang dihajatkan oleh cucu yang meningkat dewasa.
Aku : Dia pesan beli jenama apa pakcik?
Pakcik : Dia kata tak kisah, asalkan ada sayap.

http://farm3.static.flickr.com/2035/2543195001_b81f4e2da6.jpg
Aku rasa jenis ini kelihatan begitu comel sekali [Gambar penghargaan di sini]

Aku lantas unjukkan sahaja jenama yang aku kenal kualiti serta biasa diguna.
Kalau cucunya tidak suka, aku fikir bukan urusan aku mahu tahu kisah selanjutnya.
Ketawa.
Ucapan terima kasih aku balas dengan senyum mesra.
Ke kaunter pembayaran bersama.
Hasilnya, aku dapat sesuatu secara percuma.
Oh, bahagia.

Nota Kaki :
1. Penanam benih sudah datang menyemai dan menabur baja.
2. Legasi Cinta Alisia bab 10 masih dalam pembikinan untuk dilungsurkan pada hari Selasa.
3. Usai Maghrib, menunggu panggilan penghuni jiwa.
4. Malam ini seperti biasa, bakal menonton cerita yang penuh dengan darah merah.

Zara : Syukur pada Yang Maha Esa, aku dikurniakan sistem sokongan yang tidak pernah membiarkan aku rebah sendirian tatkala aku mencari sekelumit hati yang dipenuhi tanaman dan bunga-bungaan. Aku tidak mahu menelusuri dan mengongsi rasa dengan mereka yang lebih gemar menghina. Senyuman aku adalah cerminan wajah. Bukan topeng runtunan jiwa.

21 comments:

-aTie- said...

kalao seperti yg dlm gmbr memang comel...hehehehe

Khaizarien @ atie Blog

Azrul Hisham said...

haha....thanks zara..hari ni aku belajar istilah baru --> lampin bersayap...lols (^_^)

From The News said...

bagus pakcik tu..
malu bertanya sesat jalan.

takut terbeli lampin pampers pula..

eh, banyak perkataan baru aku belajar..

eh, renta tu ape ye?

Emora Valeria said...

kak z,ternyata lampin bersayap di atas itu cute gila.tak sanggup nak pakai~

TMUkmkd said...

kira hebat atok itu tahu tentang lampin bersayap. kalau aku belum tentu.

apa kira sayap atau tak.

kepak atau dada, peha atau punggung. asal dapat nikmati saja.

owh itu ayam. bukan lampin.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

zara aku nak gula-gula getah yang x mengembang tapi memanjang ada x?

Azrul Hisham said...

oit zara...ko dapat award...hehe

http://azrulhisham.blogspot.com/2010/04/double-awards-for-me.html

Signorina Syima said...

comel nya lampin bersayap itu... sayang nak pakai...

noor afzan said...

sangat sweet le atuk belikan tuk cucunya..=)

Mimpi said...

Apa barang free yang kau dapat?
:)

Penanam benih...haha~

aini hayati said...

best la pak cik ni..heheheh

zulpjj said...

datuk dalam kisah zara ni memang sporting :-)

farhana said...

Comel la atok 2 =)

Bro Framestone said...

bro selalu je g beli he..23x

BroFramestone Blog

[z@ck] said...

olololoooo..
cutenya atuk tolong beli pad untuk cucu..
=P

Adry said...

kalau betul ada saayp best... hahahahha

From The News said...

komen aku semalam sudah hilang?
masih ingin tahu maksud renta itu apa

dan masih salute kepada pakcik yang tidak malu bertanya..kerana malu bertanya takut tersesat beli pampers pula!

LORD ZARA 札拉 said...

FTN :

Komen kamu masih ada di atas tu bang.
Renta itu sama erti juga dengan tua.
=)

ONN said...

Haha! Lucu ada, comel pun ada. Ada pulak cucu mintak atuk belikan tuala wanita. Kesian atuk tu. So nice of u 2 have helped him. :)

aZHIeeDA said...

huhu..so sweet of u atok to say lampin bersayap..=)

A.D.A.M. said...

Hahaha. lawak rasanye dengar lampin bersayap. :P