Saturday, April 03, 2010

Cikgu Ini Cikgu Lord Zara Yang Tulis Dunia Sebelah Zara? Nak Minta Tandatangan Cikgu Di Buku Sejarah!


Salam semua.
Hujung minggu sudah muncul.
Alhamdulillah, segala kesukaran aku cuba atasi walaupun terlanggar bendul.
Senyum sahaja Zara - itu tidak akan buat kamu jadi samdol.
Bonggol!


Sengaja letak gambar ini, mana tahu ada orang rindu mahu kutuk.

Sudah tamat minggu aku bertugas.
Memang sumpah buat badan aku berlengas.
Kalaulah peluh itu boleh disedut menggunakan hampagas.
Eh, apa kamu fikir peluh itu macam hampas?
Ketawa tiga das.

Hari Khamis hari paling gila.
Aku langsung tidak masuk ke kelas untuk memuntahkan ilmu segala.
Pagi aku habiskan di dalam ambulans dan di kawasan kecemasan - menguruskan pelajar yang tidak sedarkan diri.
Ditinggalkan oleh ambulans di hospital.
Terpaksa pembantu makmal bergegas mengambil aku.
Sekalung terima kasih buat mereka.
Sampai di sekolah, tak sampai setengah jam, aku perlu menghadirkan diri ke mesyuarat bedah siasat di sekolah lain. 

Tanpa satu makanan pun yang sempat dijamah, aku menuju ke sekolah yang betul-betul dilatari dengan pemandangan Gunung Ledang. Disebabkan cuaca sangat panas dan aku pula perlukan air lebih tiga liter setiap hari, aku duduk bersandar di dalam kereta sambil menjingau kalau ada kelibat guru dari sekolah lain yang tiba. Bencikan penghawa dingin, aku buka tingkap dan barisan pelajar sedang menuju ke pintu keluar - bak unggas mahu pulang ke sarang masing-masing.

Sedang aku meneliti apa yang perlu dibawa ke dalam mesyuarat, aku dihampiri oleh dua orang pelajar perempuan. Aku terfikir juga, adakah kesalahan meletakkan kenderaan di tepi bangsal.

Pelajar A : Salam cikgu. Boleh tanya sikit?
Aku : Salam. Kenapa ya?
Pelajar A : Cikgu ni cikgu baru sekolah sini ke?
Aku : Eh, tidak. Saya ada mesyuarat di sini. Saya cikgu sekolah lain.
Pelajar A : Nak tanya lagi satu benda boleh cikgu?
Aku : Boleh, apa dia?
Pelajar A : Cikgu ini Cikgu Lord Zara yang tulis Dunia Sebelah Zara tu ke?

Ketika ini darah aku tersirap ke muka. Ya Allah, adakah penulisan aku yang penuh aspek picisan ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah? Nasib baik pelajar sekolah lain, kalau sekolah aku sendiri? Sudah mahu pitam walaupun hanya lintasan kemungkinan.

Aku : Eh, saya ke?
Pelajar B : Betulkan cikgu? Tudung macam Yuna, cermin mata bingkai hitam-putih, dan muka pun sama.
Aku : (ketawa kecil) Ya, saya. Terima kasih sebab baca.
Pelajar B : Sebab baca blog Cikgu Lord Zara, karangan saya makin baik.
Pelajar A : Saya pun sama. Kalau dulu, saya suka tulis singkatan, tapi bila baca cikgu Lord Zara tulis ayat penuh, saya terikut-ikut.
Aku : Benda baik tak mengapa kan? Eh, janganlah panggil cikgu Lord Zara. Panggil Cikgu Zara dah cukup.
Pelajar B : Cikgu, kami nak balik ni. Boleh bagi tandatangan tak?
Aku : Ha? Tandatangan apa?
Pelajar A : Macam artis tu cikgu, autograf.
Aku : Saya bukan artis, saya cikgu biasa sahaja.
Pelajar B : Bolehlah cikgu. Tandatangan buku Sejarah saya.
Aku : Oh, baiklah.
Pelajar A : Saya punya pun ya cikgu?
Aku : Baik.

Segannya aku dengan situasi ini.
Aku tandatangan di dalam buku Sejarah pelajar Tingkatan 4, sambil tulis kata semangat?
Oh, itu benar-benar perkara gila.
Usai aku tandatangan, mereka bersalaman dengan aku dan berlalu pergi.
Bila mereka hilang dari pandangan, baru aku terfikir sesuatu.
Eh, kenapa aku tak bergambar dengan mereka?!
Sengal Zara!

Nota Kaki :
Hari ini (3 April 2010) mungkin hari malang buat aku.
1. Perjalanan bertemu keluarga kecil batal akibat sebab yang tidak dapat dielakkan.
2. Hajat untuk bertemu Bunga Jiwa untuk berkarya terpaksa ditangguhkan.
3. Kereta Naza Ria - breknya rosak.
4. Kereta Iswara - cermin pecah.
5. Motosikal Abah - adik bawa ke YPJ.
6. Motosikal Abang (adik kedua) - Abah terpaksa bawa ke MRSM Muar - untuk majlis PIBG.
7. Persoalan : Aku perlu menghadiri rewang majlis perkahwinan, mahu naik apa?

Zara : Sedang mengemas ruang empat persegi aku. Duduk termenung sendirian sambil memikirkan adakah aku patut memulakan Bab 10 Legasi Cinta Alisia atau tidak. Otak kepenatan dan berdegil tidak mahu berfikir. Diam. Siapa yang belum menikmati Legasi Cinta Alisia Bab 9, bolehlah layari sekarang.

33 comments:

Amir said...

waah!!! bangga ngan cikgu lord zara.. ada peminat. :D

Hizami Li said...

nak jugak tandatangan.
ahha.
cikgu selebriti.
kan?
:D

Bijen M. said...

Cikgu Lord Zara!
Nak sign~ (gaya merengek)

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

budak skolah pun baca.. thats mean u are popular sis.. heehe :D

Azrul Hisham said...

kasi ombak sama cikgu lord zara...weee \(^_^)/

kenwooi said...

wow famous betul ar you.. better than me leh.. haha..

when i see you, i'll call LORD zara and bow to you! =P

Hami Asraff هامي أشرف said...

Wah cikgu Lord Zara, nak sain jugak! Artis sudah kamu ya!

(daku pun punya cerita sebegini. cuma malu dipublish di entri)

MuNsYi SaMa said...

haha. lg lawak kalau buku sejarah tu buku pinjam sekolah..hehe

nk siignnn~

nazunazu said...

Nanti bolehla cikgu lord zara hantar signature ke miri. =)

miss zahidah said...

mok sign juak....
hehehehehehe.......
sorry lamak sik singgah...
LCA pun jarang juak baca...
masih ketinggalan bab 8...
huuhuhuhu...
bz dah hujung2 sem tok...

From The News said...

walamak..macam yuna tu.. peewitt.
nak sign jugak..kat keyboard ni..

hans said...

gila femes

NuR said...

wah beshnya.. hehe..
mujur kanak2 ribena tidak tahu akan kewujudan blog ku..
kalo tak.. heboh!

hana devushka said...

wah..xperlu jd artis utk org minta tandatangan..(^_^)

nur hidayah isa said...

glemer2...mntak sign sikit :)d

zamdotcom said...

wah cikgu..ada peminat tersendiri ^^ tahniah ya..

p/s: teruskan berkarya cikgu

noor afzan said...

cikgu glemer skang..hehe~

acap2405(1169) said...

saya dah ada tandatangan dari kak zara..
bangga jap..
klau kat sekolah nih famous pasal kak zara..
pasti saya akan bertambah gembira..
haha..
tak sabar tunggu next chapter LCA.

*bangga dah ada tandatangan cikgu zara..

^_^

syarifah radiah ibrahim said...

wah seronoknya cikgu zara.
:)

Mimpi said...

Perghh! jadi idola budak-budak sekolah tu.
Power ohh.

FarhanaDr said...

Hohoho.. Cikgu lord zara.. Memang jadi idola.. Satu ari nanti, pasti ramai lagi mengikuti.. Peewwiitt.. :)

zulaikha said...

wahhh.. seronoknye!! tahniah (^.^)v

luvly mya said...

wow2..dah glemer..hee~

Kujie said...

tak moh tandatangan..nak kek

fadhil said...

wah wah...famous nye cikgu-cikgu skrg, sampai murid baca blog..huhu

belalang said...

pas nih leh la
ajar murid2 melalui
blog jer...buat kelas tambahan
kot blog...
save ruang nak blajar...
kuikuikui

SyaZa SyaFeeQaH said...

wah, cikgu zara dah ada peminat. he~
nak tandatangan gak! :)

MyaFiza said...

cikgu...
nak sign!

(^_^)

yusuf mujahidin ™ said...

sedih tgk cursor kt blog ni...mu kalah cikgu

T_T

izzad b* said...

wah!hebat2

soffya cik bulan said...

cikgu...nak sain..hehh


zara,all da best!sayang dari jauh...;)

touyakaruma said...

Waaaaa dah ada yang minta autograf !!!!

Bungakopi said...

kalau dah buat blog, kena terima kemungkinan akan diterjah oleh pembaca di mana-mana.