Friday, April 23, 2010

Guru Masih Manusia Biasa Wahai Manusia Tanpa Nama Dan Kami Pelakon Hebat Tanpa Anugerah.


Salam semua.
Aku sedang dihambat kesibukan hingga tidak punya masa untuk menulis sambungan Legasi Cinta Alisia. InsyaALLAH, akan ku lunaskan secepat mungkin, doakan sahaja aku mampu ya?

Sedang aku menulis markah kecergasan buat para pelajar, aku menerima satu pemberitahuan di surat elektronik. Ada yang menitipkan pesan di penulisan aku di bawah ini.
Dan itu adalah manusia yang dangkal pemikirannya.


Ada aku kisah?
Gambar kenangan bersama teman wanita sebilik tahun akhir di daerah kelahiran.

Untuk pengetahuan kamu yang membaca (mengikut pengalaman, manusia Tanpa Nama pasti akan kembali untuk membaca apa reaksi tuan punya blog), blog aku adalah dunia peribadi aku. Aku menulis tanpa menghebahkannya kepada pelajar dan kakitangan sekolah. Ya, dunia peribadi aku bukan untuk dicerca.

Semalam aku ada membaca status seorang penulis blog yang terkenal. Dia menulis di dalam bahasa Inggeris dan aku gemar dengan penulisannya. Jujur dan telus, ada yang aku setuju dengan pendapat dia. Kebanyakan penulis blog (sama ada lelaki atau perempuan) yang mempunyai perwatakan (dan rupa) menarik, kalau menulis membeli seluar dalam sehelai pun akan menerima pujian dan digilai ramai.Lumrah bukan? Tetapi aku juga tidak kisah, itu penulisan peribadi, maka aku tidak akan sesekali mencerca dan aku bahagia menjadi diri aku yang tersangat biasa. Ah, kita akan bicarakan ini lain masa.

Dan aku manusia beku yang menjadikan blog sebagai medium aku meluahkan perasaan dan menulis tentang apa yang aku lihat sebagai seorang insan dalam kelompok dunia yang indah. Ada sedih, ada suka dan ada duka. Bukan semata-mata demi cinta.

Bila dikatakan kurang kasih sayang, aku ketawa lagi. Ah manusia, kamu baca satu sahaja penulisan aku dan terus menebak begitu sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa pemikiran kamu cetek. Aku tidak tegar menulis ceritera cinta aku di sini sewenangnya disebabkan aku dan dia lebih senang berkongsi rahsia. Hati dan kisah kami bukan untuk dijaja. Kalau ada sesekali aku menulis mengenai dia, itu hanya kerana aku rasa aku mahu berkongsi rasa.

Memang aku seorang guru.
Aku juga sangat kenal akan diri aku.
Maaf kalau buat kamu berbulu.
Blog ini tiada sempadan masa dan waktu.
Jangan buat tuduhan melulu.
Kamu yang mendapat malu.

Kami yang menjadi guru ini mempunyai ruang lingkup kami sendiri. Kalau kamu mahu tahu, kerja yang aku hadapi mempunyai banyak tekanan dan dengan menulis aku melepaskan perasaan. Menulis adalah terapi terbaik aku dan aku bangga dengan itu. Salahkah aku menulis sesuatu dari hati kerana itu lebih dekat dan bermakna buat diri?

Ketawa dan tangisan aku adalah bukti aku masih manusia.
Bergelar guru adakah membuatkan aku bukan manusia biasa?
Aku tahu batasan yang aku perlu jaga.
Aku kenal dengan apa itu etika.
Jadi, ulasan kamu hanya buat aku ketawa.

Aku tidak pernah bawa masalah aku ke sekolah.
Orang yang kenal aku tidak pernah lihat aku sebagai muka bermasalah.
Sebab aku tahu di mana aku perlu kelihatan gagah.
Kesakitan aku tinggalkan di dalam kamar rumah.
Keluarga pun tidak aku pernah pamerkan wajah gundah.
Maka, siapa kamu sebagai orang luar mahu membantah?
Ketawa, meludah!

Buat manusia Tanpa Nama, aku titipkan ayat ini buat kamu.
 Renungkan dan selamat beramal.

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik buat kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Nota kaki :
1. Akan berusaha menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 15 secepat mungkin.
2. Membuat panggilan awal pagi yang membungakan hati nurani.
3. Ayat Al-Quran di atas diberikan oleh teman manisan merah jambu buat aku.
4. Usai buat ujian kecergasan yang membahagiakan.
5. Buat mereka yang masih mahu mengata dan mencerca, silakan, aku manusia terbuka.

Zara : Kasih sayang yang tercipta dengan aku dan pembaca itu sudah cukup buat aku bernyawa di bumi yang semakin tua. Ah, kalian antara orang yang rapat dengan aku selain yang istimewa serta keluarga. Aku dihimpit kesibukan melanda, doakan aku mampua ya? Sayang kalian.

11 comments:

sebelas said...

ini barulah nama wanita :D

ps:/apasal semua wanita suka MU?

http://nomborsebelas.blogspot.com/

atty's said...

yes ..zara..wanita tabah ..suka tgk gambar tu .happy je.harap zara senantiasa happy tau ..

hans said...

happy jer gambar ko
haha

azieazah said...

Setuju. Menulis suatu terapi.

Teruskan ZARA...

Anonymous said...

alahaiii...syahdunya..kalau dah namanya peribadi tak perlula nak tayang utk orang ramai..

kalau macam tu bila pulak nak cerita kisah beli seluar dalam baru,beli coli baru??tu kan kisah peribadi jugak??

kesian aku kat pelajar ko sebab dapat cikgu yang macam ko..setakat ceria tak membantu kejayaan pon..

p/s: tolong ubah fesyen tudung & spect 2 boleh x??burok sangat aku tengok..

Azrul Hisham said...

apa kes anon kat atas ni?? serupa takde telur je mengaum macam tak cukup susu badan...hehe

zac zirwan said...

pe kes anonymus tu..aik..

HEMY said...

dan ada pulak anonymous yg cakap je lebih tak nak plak letak nama..kalau cara ko betul..nk watpe takut letak nama..apa la ko ni..mak bagi nama tknak letak..ahahaha..bacul!!!

ko plak anon..tolong mintak kat tuhan tukar perangai ngan kepala otak..nyampah kami tengok..ahahaha

zulaikha said...

sis zara tabah!! yeah!! (dengan semangat waja) teruskan mengarang =)


biasa la.. dalam seplastik buah rambutan yang kita beli tak semuanya baik dan cantik. jadi, yang buruk tu kita buang je.


same gak ngan kes si an0n ni. biarkan aje.. (^.^)v

miss zahidah said...

orang kata sabar itu separuh daripada iman =)

miss zahidah said...

adeh2...si anonymous komen di sini jugak...kalau berani letak nama la...(lebih2 pulak nak marah=P)